JODOH ITU RAHSIA ALLAH

9/20/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 24 Comments

Cakap pasal jodoh la pulak kali ni kan. Bukan apa mengenang sorang demi sorang kawan2 sang lekit yang membujang mula menghitung hari nak naik pelamin & ada yang dah jejak pelamin tak kurang juga yang pelamin angannya musnah tu yang muncul ilham nak buat entri ni.

carian google
Berbalik pada topik kita kali ni, kenapa Jodoh itu menjadi Rahsia sehingga tiba harinya baru kita tahu. Yelah.. kita kan manusia.. seminit lagi pun kita tak tahu apa akan jadi, apatah lagi setahun, 2 tahun akan datang, kan?? Maka wujudlah sepotong kata2 yang bertulis begini 'Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'. Dalam merancang jodoh kita di mulakan dengan sesi perkenalan, kemudian di teruskan dalam alam percintaan seterusnya di ikatkan dalam perkahwinan. Dalam tempoh perkenalan & percintaan, kadang - kadang mengambil masa yang lama untuk tiba ke alam perkahwinan. kerana hubungan cinta yang terjalin kadang2 sampai 10 tahun membuatkan kita merasa dia lah jodoh kita tapi apa yang berlaku pula sebaliknya.

Kita dengan yakinnya rasa, itulah jodoh kita. Itulah satu2nya insan yang kita akan jadikan pasangan hidup yang sah. Tapi banyak yang terjadi.. percintaan berakhir tanpa perkahwinan. Macam kisah sang lekit & kawan sang lekit ni..  kisah sang lekit paling lama dalam sejarah sang lekit pernah couple dengan ex-bf adalah 3 tahun tapi tak menjadi jugak. Last2 jumpa en hubby kenal tak sampai setahun, dah sampai pula jodoh dengan dia. Dulu ingat dengan yang couple lama2 mungkin jodoh kita.. Itulah yang di katakan.. Jodoh itu Rahsia Allah. Kalau bukan jodoh, ko bercinta 100 tahun pun tetap tak dapat kawen jugak.


Kisah kawan sang lekit yang baru je naik pelamin ni pun sama kisahnya.. perkenalan melalui IRC, bercinta rasanya lama jugak. Lebih 5 tahun kot.. (mengikut perkiraan sang lekit la) tapi dalam tahun ni tak silap dorang putus, & dalam tahun ni jugak sipolan tu bertemu jodoh dengan orang lain. Itulah namanya Jodoh itu Rahsia Allah. Tak terfikir kita perjalanan kisah tu macam tu, kan? Penyebab perpisahan cuma alasan sebab Allah ni bijak.. Takde satu pun benda di dunia ni di jadikan tanpa alasannya. Mungkin dari kesilapan manusia itu sendiri sehingga terjadinya perpisahan namun kita kena redha.. Perjalanan tu dah tertulis & ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, kan??

Siapapun jodoh kita, kita tak boleh hanya duduk menunggu & berserah sebab kita di tuntut berusaha, berdoa & Tawakal. Jodoh memang rahsia Allah.. tapi rahsia yang akan ada jawapannya juga cuma perlu sabar. Lambat atau cepat Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

24 comments:

  1. komen saya yg tak berkaitan entri lagi ----> waahhh, baby princess sang lekit nampak sgt vogue kat header tu, hehehe....

    ReplyDelete
  2. rahasia itu hanya KAU yang tahu...

    hanya Allah yang tahu kan akak..

    kita yang merancang ni hanya mampu berdoa dan berusaha...

    ReplyDelete
  3. wah.. bestnye bile akak temu jodoh mcm tu... ehhehehhee.. sy pun tgh menanti.. siapalah jodoh sy sebenarnye.. x sabar nak tau... hehehehehehe..

    ReplyDelete
  4. tgh tunggu jodoh jugak nie..sob sob sob.. =.='

    ReplyDelete
  5. thanks untuk perkongsian ini....

    :)

    benar jodoh tu rahsia Allah kan...fara dengan ex 2 tahun.. tup2 skrg dia sudah berkahwen org lain...

    semua rahsia Allah kan :D

    ReplyDelete
  6. berdoa + berusaha jadi baik, so dapat jodoh yg baik.. :-)

    ReplyDelete
  7. Betul tu lekit.. Akak cintun 5 thn x menjadi last2 dgn ayah si Aqil kenal setahun 2nang setahun pastu trus nikah.. Alhamdulillah!! Jodoh Allah mudahan smpai akhir hayat.. Amin!! ;)

    ReplyDelete
  8. sweet entry..:)
    jodoh semamangnya tuhan yg tentukan dahulu..when after we met our true jodoh, baru kita tahu siapa sebenar jodoh kita :)

    ReplyDelete
  9. betul tu dear.. fara dgn en somi pn begitu. kwn lama sepejabat. x pernah bertegur sapa. masing2 ada bf/gf masa tu. jumpa blk (da tak satu ofis), jatuh cinta terus nikah dalam masa 6bulan je.. semua org terkejut& tak sangka.. Jodoh tu rahsia Allah swt :)

    ReplyDelete
  10. salam..
    betul tu..banyak lagi rahsia Allah yang wajib kita ketahui dan percaya..salah satunya, kematian kita dan alam kubur...

    ReplyDelete
  11. salah satu perkara yg tidak akan diketahui oleh manusia ialah ajal maut, rezeki dan jodoh...

    P/s : Best topik ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Lamaaaaa habis tak chat dekat MIRC tu...


    Betul tu, tapi harapnya janganlah kita bagi 100% kepercayaan dan cinta dalam perhubungan tu, takut² bila tak jadi, terduduk di kemudian hari.. kan kak.

    ReplyDelete
  13. hehe..
    selalu org ckp..
    becinta bagai nk rak 10 tahun pun bila kawin x dan sehari dah cerai berai..katanya...jodoh,ajal & pertemuan ditgn ALLAH..manusia hanya mampu merancang.........

    :)

    ReplyDelete
  14. setuju dengan entri ni~ saya pun dulu bercinta dari sekolah smpi uni. last2 putus juga~ masa tu ingatkan dia lah mr right. tp cettt!!

    ReplyDelete
  15. moga jodoh kita ada jodoh yang baik baik :)
    sentiasa mendoakan itu siang dan malam..

    ReplyDelete
  16. suka baca entri ni..setuju..jodoh memang rahsia Allah..hanya Allah yg tahu apa yg terbaek untuk kite..

    ReplyDelete
  17. yup.. btul la tu.. jodoj kt dh ditentukan sejak di luh mahfuz lg... ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com