22 September 2011

MEE SANGGUL

Tetiba petang ni teringat pula mee sanggul. Korang tau ke mee sanggul tu macam mana?? Kalau belah utara memang panggil mee sanggul tapi ada sesetengah tempat panggil mee siput kalau tak silap. Lama rasanya tak makan mee sanggul ni. Mee sanggul ni dah lama wujud.. dari sang lekit kecik2 dulu dah ada mee sanggul ni.

Kenapa ia di panggil mee sanggul?? Mungkin jugak sebab dia di gulung macam sanggul. Tapi kenapa sesetengah tempat panggil mee siput. Takde rupa macam siput pun. Kalau macam sanggul tu memang la ada. Tu sang lekit tak dapat nak jawab. Apa yang sang lekit nak kopek pasal mee sanggul petang2 hari ni yer??

Takde apa sangat nak cerita pasal mee sanggul cuma tiba2 teringat. Masa kecik2 dulu kalau hari minggu mak suka jugak goreng pagi2 untuk sarapan. Memang sedap mee sanggul tapi bergantung pada tukang masak jugak. Kalau tukang masak yang memang tak tau masak, tu tak di jamin la akan jadi sedap. Mee sanggul ni masak lebih kurang macam bihun goreng @ mee goreng jugak. Nak campak apa pun campak la.. sayur ke, udang ke, ayam ker, daging ke.. sama je macam bihun & mee goreng.

Bagi yang tak tau macam mana mee sanggul @ mee siput ni meh nak tunjuk sikit rupa mee ni.. Ala2 entri Wordless Wednesday lak kan.. Erkk.. tapi entri ni tak wordless. Jom2 kita tengok wajah anggun mee sanggul @ siput ni.

Ni la rupa mee sanggul @ mee siput
Ni rupa setelah di keluarkan dari bungkusan

P/S : Lama giler tak makan mee sanggul ni.. rasanya dah dekat 10 tahun. huhuhuhu

25 Komen Melekat:

Edy Ramanov said...

ingat mi sanggul ni cina je ada. melayu punya pun ada ya. nice entri.

AdaNaz87 said...

mee sanggul ni sesuai buat masakan pe ek? hailam? ladna? goreng?

Ceritera Anak Sampah said...

senang nk measure klu wat mee kari kew..mee jawa..

Wawa T said...

oh mee siput kena goreng sedap dicicah dengan sambal tumis kan? ke mee lain ni? selalu ada di muar johor. :)

Unknown said...

hang pernah makan laksa sanggui???

JunAina said...

mee sanggul ni rasanya lebih terkenal sebelah selatan terutama johor...

eliyaezlinalias said...

mee sanggul neh kalo wat kuah kicap kicap pekat2 buh plak cendawan shitake kennnn
makan ngn cili jeruk~~~
perghhhhh terlentang tau! hehehehe

Cik Ecah said...

xpernah mkn..tp pernah dengo..
mkn mcm ner eh?? ader kuah dier ker

☾SHiemaCMa786☾ said...

muehehe...
cma panggil me sanggul..
peberet mak cma ni...

Ce'gu JAERA said...

sumpah saya tak pernah pun tengok atau merasai mee sagul ni.. 1st time tegok mee ni tau.. ehehe..

norinaomar said...

FEVERET I NI CIK LEKIT!!
Saya panggil mi siput.Goreng dengan minyak panas,makan dengan sambal tumis..makanan yang saya carik tiap kali waktu rehat zaman sekolah dulu.

Kalau nak goreng kena rebus dulu,biasa goreng dengan kicap + bawang + bilis tu je,makan dengan nasik.pehhhhh...

Kak Amy said...

amy pernah makan sekali je mee sanggul nie..

Salina@IbuAqil said...

Lekit!! Nak mintak mee sanggul satu.. Eceih!! Bukan2.. Akak nak mintak alamat umah lekit bleh dik? Ada benda nak bagi kat Cik Lala.. ;) Email kat akak ye (emienaqil@gmail.com)

Nyamuk Terbang said...

sedap nie
tiap2 pagi selalu goreng

Hana Soffelia said...

First time tau kewujudan mee sanggul ni. malunya.. :-p

dhiera zainudin said...

dulu mak selalu masak mee sanggul ni~ sekarang dah jarang2. he. sedap.. tapi kami tak goreng. masak macam nak masak bubur~

btw, tahniah dapat baby. ringan ye baby kamu masa lahir~

Elyssa said...

rindunya nak makan mee sanggul. kalau kat rumah mak dulu selalu goreng mee sanggul. tapi kalau mak yg gorengkan lg sedap.

Rtp Farra Arisha said...

arisha pun dah lama tak makan mee sanggul..but now teringin sgt nak makan :'( will find it very soon la..
tapi susah nak cari makanan malay kat sini..

eiela said...

kitorang panggil mee sanggul nih mee lokar. sedap campur dalam pengat pisang.

aliza said...

macam sanggul kan... akak x biasa makn tapi pernah tengok la orang cerita.. sdap agaknya yerk

Shasha said...

hui, mee sanggul ni memang terbaik.. sedap gak kalau wat goreng2..

farz zull said...

mee sanggul mmg rmai suka, terliur plak tngok, x bleh jadi ni, nak order kat kdai sya cepat...hoh0ho

LURZAN TAZA LIMAJ said...

cek suriaaaaa !!

tang mana nk cari mee sanggul kat sini? rasa ngidam la pkan nk mkn bln2 posa ni nk balik kedah lmbt lg huhuuu ....

Unknown said...

berapa harga untuk paket 450gm,bihun ada tak yg paket sama dgn 450gm dan berapa harganya???

Hasraf said...

Mi Siput: menjawab persoalan kenapa panggil Mi Siput tapi tak rupa macam siput tu, tempat saya di Pahang siput tu maksudnya simpul, simpul rambut tu jadi bulat macam org nak pakai sanggul tu.. contoh perkataan:- siti , panjang nye rambut kamu ni, siput sikit rambut tu biar kemas... haa gitulah maksudnya

Kiranya mi ni disimpul jadi bulat lah macam bentuk sanggul

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;