BEZA DULU & SEKARANG BILA JUMPA ARTIS

10/06/2011 07:54:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Tak di nafikan sang lekit pada zaman remajanya fanatik juga dengan artis2 ni. Nak - nak lagi sang lekit bukan la membesar kat kotaraya.. Nun kat kedah sana. Nak jumpa artis pun sekali sekala jer. Tu pun kalau dorang datang kat tempat yang dekat dengan sang lekit untuk roadshow, promosi album, filem bagai la..

Masa zaman gedik2 tu memang teruja jugak la bila jumpa artis. Kalau tahu artis tu datang, siap2 isi filem dalam kamera (org kedah cakap kodak walhal kodak tu brand filem dalam kamera. Tapi brand apapun filem tu tetap kita panggil kodak). Masa zaman sang lekit tu rasanya Digicam tak famous or mungkin takde lagi kot. Tak pasti pulak.. sebab den hanya mampu guna camera filem tu jer.

Koleksi2 gambar artis yang sang lekit simpan tu ada jugak.. tapi semua dalam arkib kat kampung. Ramai juga la artis2 yang sang lekit tengok secara live masa zaman gedik2 tu termasuklah artis kegilaan sang lekit masa tu KRU & amy mastura. Masa Amy Mastura datang buat promosi album dia sang lekit tengah PMR. Gigih, lepas exam berdesup balik rumah siap2 nak pergi tengok show amy mastura. Paling tak malu, siap naik pentas menari dengan amy mastura tiba2 lagu tak abis blackout. Nanges kau! Macam malang sangat, kan??

Ely Mazlin masa sang lekit jumpa orang pun tak kenal, sebut elly mazlin semua tertanya2 artis mana, dayang Nurfaizah pun masa tu macam kayu je atas pentas. Nak cakap pun kekok. Tapi tetap ni teruja tahap gaban punya kalau dapat jumpa artis. Sanggup tunggu depan stage tu 1 jam sebelum show bermula semata2 nak dapat tempat depan. Berhimpit2, bersesak2 tu biasa la. sanggup berebut2 semata2 nak dapat autograf artis, alih2 autograf tu ntah mana aku campak sekarang ni. Kiranya zaman gedik2 tu sebut jer pasal artis.. memang teruja tak terkata. Siap ada 1 buku tebal untuk tulis lirik lagu & keratan2 akhbar & majalah gambar2 artis (termasuk tandatangan artis). Dalam bilik tu tak payah cakap, kat dinding tu dah tak
nampak rupa dinding la. Penuh poster artis.. Yang dapat sendiri masa tengok show atau dari majalah. Pernah sang lekit ada buat salah kat sekolah & kantoi, arwah ayah bengang, dia koyak semua poster2 dalam bilik.. Nanges bila tengok poster Amy Mastura siap tandatangan yang sang lekit dapat sendiri dari tangan dia, ayah koyak jugak. Nak sedih lagi.. cebisan2 poster tu sang lekit lekatkan balik. Tak sadis ke kalau korang bayangkan?? kekekekeke

Tapi sekarang, kalau artis berlanggar hidung pun rasa keterujaan tu takde la sangat. Mungkin sebab dah selalu serempak dengan artis selama berhijrah kesini maka keterujaan macam zaman gedik2 tu dah takde lagi. Jangan nak tegur, nak ambil gambar pun rasa malas (Tak tau kot2 lepas buat entri setelah mengungkit kenangan lama jadi teruja balik ker. hehehehe.) Mungkin juga terikut & terasuh dengan cara en hubby yang memang tak pernah teruja bila terserempak dengan artis2. Tapi yang pasti bila umur meninggal zaman gedik, perasaan 'Dewasa' tu mengubah segalanya kot. Itulah perbezaan keterujaan pada artis dulu & sekarang. korang lak macam mana??

15 comments:

  1. saya pernah ambik gambo dengan iqram dinzly n lisdawati (masa tu dia belum kawen) tapi rilek2 je..nak tunjuk teruja tu macam segan

    anak buah saya yang along haritu masa saya ajak dia jalan KL,dia tunjuk satu buku "ni buku autograf kalau kalau terjumpa artis nanti"..sabar jelah

    ReplyDelete
  2. Sama lah kita ni sang lekit...tak teruja pun tengok artis, tp sy tengok artis tu juga..kalau peramah mgkin tegur juga :)

    ReplyDelete
  3. Ibu pun dlu minat dgn KRU mummy.. Siyes!!! Plg suka sgt masa tu dgn norman.. Hik3!!! Dulu le skrg oh tidak lagi..

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu minat la, sekarang nih tak minat sangat dah, biasa je.

    ReplyDelete
  5. dah dewasa dah ko kan nyah kan...


    hahaha

    seingat aku, aku tak penah mintak otogerap...

    tapi bergambar ada la jugak.. hehehe

    ReplyDelete
  6. wa tak pernah gambar dengan artis..

    ReplyDelete
  7. hurm...pengalaman mendewasakan
    dan kita jugak dewasa bersama pengalaman..kan?!
    eh! merapu apa kah ini...huhuuuhu

    ReplyDelete
  8. mase duk kl salu la jumpe artis tp mmg x penah la smpi pegi kejar melulu mintak autograf. takat pandang2 jeling2 je.
    "eh, nora danish la. muke cam sombong siot"
    "pehh cun gile gefren fizo!"
    "eh, rendang rupenye zed zaidi ni"
    "ek eleh nabil, ttup muke konon. igt hadap sgt nk kejar kau?"
    sok sek sok sek dari jauh je. kahkah =D

    unless artis tu ct nurhaliza. otometik kaki begerak sendiri kejar die ;D tgok konsert mahal mane pn sggp. tp x habis2 die kene kutuk kan? kesian. haha ^.^

    ReplyDelete
  9. tetap eksaited kalaqu jumpa remy ishak dan jep sepah!! ahhahahahahah

    ReplyDelete
  10. teruja jumpa Ally iskandar jer hehee

    ReplyDelete
  11. xteruja gak bila jumpa artis2 nie. tapi ada sorg artis nie je yg akan buat moon teruja kalau dapat jumpa laaa.. nabil raja lawak.. hehe

    ReplyDelete
  12. hehe..bole masuk kategori fanatik jgk la abby ni..
    cma dulu minat kumpul lirik je..x seteruja jumpe artis..

    ReplyDelete
  13. haha... dulu pon agak teruja gak dengan artis ni... tapi sekarang dah x heran sangat kot sbb hari2 dok jumpa dengan artis...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com