KESEMPITAN MASA

10/19/2011 12:54:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Kalau dulu, celik mata celik la pc & internet. Kalau dulu.. Sebelum memulakan tugas harian, check dulu blog, komen2 kat entri.. Kalau dulu boleh setting & manage time tu ikut suka hati. Boleh delay2 nak buat kerja rumah, delay2 mandi kalau rasa hari tu sejuk sikit tunggu panas sikit baru mandi. Kalau dulu.. boleh update 5 entri 1 hari. Kalau dulu.. Jarang sangat blog ni sunyi. Tapi semua tu dulu bukan sekarang yer...

Sekarang ni betul2 rasa kesempitan masa tu sejak cik lala ada. Kalau dulu boleh delay2 buat tu ni.. Sekarang ni kena pandai ambil kesempatan waktu cik lala tidur untuk settle kan semuanya kat rumah ni. Memang betul2 terasa masa itu emas la. Nak2 lagi hari ni (semalam kot sebab sekarang dah masuk tarikh baru) lala demam lak. Semua kerja buat sambil berlari. Yelah.. tengah kemas dapur, dengar lala menangis lari ke depan. Tengah mandi pun walau belum siap dengar je lala menangis.. pergi jenguk dia dulu.

Itulah punca seharian siang tadi blog ni tak ber update, blog kawan2 semua tak sempat di jenguk, kunjungan rakan baru tak sempat berbalas. Betul2 kesempitan masa sekarang ni. Ni pun curi2 je masa tidur update blog. Nak BW pun tak mampu sebab mata dah berat. Insyallah kalau ada kesempatan nanti saya akan buat lawatan sambil belajar kat blog kawan2 semua. Sekarang ni betul2 kesempitan masa.. Harap maaf yer.

15 comments:

  1. wah,sibuk sekarang yer sejak ada lala

    ReplyDelete
  2. takpe sang lekit..utamakan yang mana dulu, kita dulu pun cam gitu gak..

    ReplyDelete
  3. biase la tu kak, anak masih kecik mmg camtu. sbb tu ade mbr lepas kawen makin betambah kurus sebab letih jage anak. tambah plak anak hyper aktif. haha.

    ReplyDelete
  4. pengalaman menjadi ibu itu membahagiakan...semoga cik lala cepat sembuh..amin~~~

    ReplyDelete
  5. xpe2..memahami situasi kamoo sekarang..

    take a good care of ur self n cik lala..
    :)

    ReplyDelete
  6. akak faham dik..
    dah pernah melaluinya..
    tambah2 bila ada 2..tu yang blog akak selalu berhabuk tu..hik..hik..nanti lam2 ok la pengurusan masa tu..sbb skrg memg dia perhatian yg khusus..

    ReplyDelete
  7. X pe mummy kami paham.. Ibu pun demam lekit dh 2 hari mc.. Td g cek darah low.. Esok kena msk darah.. Rutin bulanan dipercepatkn.. Hi3!!! Cik lala pun demam? Ali ciannya dia.. Cpt smbuh sayang!! ;)

    ReplyDelete
  8. biasa lar tuh bila dah ada tanggungjawab kan.. :P

    ReplyDelete
  9. sian lala demm, moga cept smbuh lala :)

    ReplyDelete
  10. sis bz ngan cik lala,rara ni bz ngan wedding.tension gak sis =( but sempat gak update blog.hehehe

    ReplyDelete
  11. takpe, paham.. tunggu lala besar sikit, pandai merangkak.. dah jarang nagis, leh aktif balik...

    ReplyDelete
  12. no biggie deal, sis. settlekan apa yg perlu dahulu, kemudian baruslah boleh bersenang-lenang menghadap lappy. hehehe. MMUUUAAAHHH to baby lala :')

    ReplyDelete
  13. biase la tu bile dah ade si kecik ni..hehe..takpe takpe..pembaca belog ni semua jenis memahami..^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com