28 November 2011

BILA SALESGIRL CAKAP TAK TAHU

Bila kita dengan mood nak membeli sesuatu barang yang agak penting dengan masa yang terhad lepas pergi ke bahagian barang yang kita cari tu dan cari punya cari tak jumpa seterusnya ambil keputusan untuk bertanya pada jurujual yang bertugas kat bahagian tu untuk memudahkan jumpa barang di cari dengan kadar masa yang pantas tiba - tiba bila kita tanya jawapannya.. " Tak tahu la.. Cuba U cari kat area2 ni."

Hangin tak? Dah tentu angin tsunami itu secara automatik datang tanpa perlu jemputan VIP. Kalau la aku cari benda tu jumpa.. Mustahil la aku nak saja tanya kau dengan tujuan beramah mesra bersama jurujual sedang aku tengah kejar masa. Jawapan tidak tahu adalah jawapan tidak munasabah & tidak boleh di terima. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia. Dia patut berusaha untuk menjawab pertanyaan pelanggan dengan jawapan yang memuaskan hati pelanggan. Jawapan .."Tak tahu & cari sendiri" adalah jawapan yang agak kurang sekolah.

Dah la dia jawab tak tahu.. Takde la pulak dia nak membantu kita cari. Dia boleh buat hal dia jer.. Mana tak sakit hati. Sang Lekit yang mula panas dalam aircorn Tesco Kota Damansara di bahagian pakaian wanita tu (Yelah, hari minggu tesco je buka sampai lewat malam).. Tetap la cari sendiri barang yang nak di cari. Memang takde. Buang masa jer.. Last2 sakit hati yang dapat.

Caring la sangat. (Carian Google)

Jadi pada para jurujual terutamanya di pasaraya besar ambil pengajaran. Nasib baik orang tak buat komplen tu kira bagus. Datangnya manusia cerewet & kurang sabar.. Tak pasal2 je kau kena. Jurujual macam ni bukan sorang.. Tapi dah ramai sang lekit jumpa. Ada yang bagus.. Walau dia sebenarnya tak tahu tapi dia berusaha juga cuba membantu pelanggan. Itu sebenarnya kerja korang. Korang di bayar gaji untuk buat semua kerja tu bukan layan gosip dengan rakan setugas yer. Harap maklum.

26 Komen Melekat:

rosmina samin said...

Alamak...macam kerja tak kerja jer salesperson tu..

mas saari said...

pernah jugak kena camni...
bila Mas cakap 'you kerja sini takkanlah tak tau!'

boleh pulak dia cakap 'i tak jaga bahagian tu!'

hangin je kan?

Nyamuk Terbang said...

NT kena smlm dkt kfc
tnggu zinger x smpai2
then tnya pekerja situ
selamber jer dia jwb 'g tnya sndri dkt kaunter bwh'
grrr

mrs eyza said...

alhamdulillah setakat nie tak penah lagi la jumpa salesgirl mcm tue...tapi agk sombong la jawapan dia camtue. sekurang2nya kalau tak tahu pun, apa salahnya bertanya pd rakan sekerja lain.

Ummi Aish said...

dia malas la tu...hehe

Shahada Fauzi said...

sabo mummy lala..memang ramai je yg jenis cmtu..PR tak bagus..padahal memang tugas depa kan treat customer elok2..

Puteri Katek said...

lagi hangin kak kalau yang suka ikut bontot kita...haihhh...rimass mcm la kita nk curik sgt barang depa.....

tieykah said...

tu la masalah kadang-kadang kalo gi pasaraya.

tak tahu itu.tak tahu ini

☾SHiemaCMa786☾ said...

pernah jugak terkena..tp ngan promoter yg jual product-

"kak,minuman ni boleh menguatkan rahim tak"

dik,akak x tau la..akak cuma jual je produk ni,cuba adik baca kat kotak ni"


*bole ke camtu??aishehhhhh!

Mr feckry said...

sabo aje la

Unknown said...

hmm..to be fair,mungkin jurujual tu tengah sibok nak buat kerja lain ke..

MalizaMah said...

kalau dia tak tahu. dan dia minta kawan2 lain/sale girl lain. okey lagi..
manusia... mungkin dia tgh penat lah kot...

Azzah said...

pernah kena macam ni tapi selalunya yg perangai mcam ni,pekerja yg dah lama yang rasa dah mls nak jawap pertanyaan cust.

Not Specified said...

Banyak jurujual yang tak ambil kisah. Dah tugas tu jurujual, do your work lah kan? Ni tolong costumer pun susah sangat nak bergerak.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

pastinya bengang tahap dewa! macamna kerja klu tak tahu kecualilah di lain bidang, ni kan sama je dalam supermarket di bahagian tu jugak-,- kan?

Rtp Farra Arisha said...

i've faced the same cases of yours! surely anybody who're in the smae boats of you marah tahap maksimal! at least, hormatilah pelanggan for a moment..

Jo Qusary said...

Kurang ajar punya salesgirl... mencari brg tu kerja dia, bukan kerja pelanggan... makan gaji buta apa dia tu?!

Ce'gu JAERA said...

iyaalaah.. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia....

Menyuruh kita yang cari sendiri benda tu memang jawapan yang biadab rasanya... Dia dibayar gaji, sedap2 jak nak mengarah customer yang carik sendiri...

Unknown said...

selalunya aku kalau kena macm ni, aku akan sekolah kan dia sampai puas hati, tapi tak maki la..

cuma bagi nasihat menusuk kalbu...

belogkiter said...

suka dengan tesco shah alam. walaupun masa tu hampir 15 minit jugaklah staff tolong saya carikan barang keperluan, tapi saya tak marah pun sebab nampak usaha dia unutk menolong.

safurara said...

knp akk tak sound je kak.

eliyaezlinalias said...

pengalaman lazim pada rmai pembeli di Malaysia ni kot
rata2 bole dikatakan hampir setiap dr kita penah terkenan dgn pengalaman mdapat servis tahap hampes dr sales-person or CS personnel
katanya org Malaysia ni berbudi bahasa..dia tu org Malaysia kot...!!!!
geram mluap2 plak! sbb diri sendiri pon penah kena!

Mun said...

hmmm sepatutnyerr dia kena laa tolong carikan sama2.. huhu

Admin said...

Baru sehari kerja agaknya
budah tu, huhuhu ~

LURZAN TAZA LIMAJ said...

pernah maki cashier masa bulan posa sbb bkira nak mampos, haishhh

Unknown said...

bengang sangat kat sales girl yg cakap..kalau nak yang murah pergi tingkat atas..ada sales 70% 50%..jenama same je..hohoho..
bukan aku dan kwn aku xmampu nk beli baju baby yg rege mhl cm harga sehelai bju orng dewasa jenama levis tp agak2 la..baby cpt bsr sbb tu kitorang nk cri baju baby yg harga boleh tahn tp berkualiti.
xyah la perli2..hampeh tol salesgirl kat sogo tu.
opss..termention nama tempat plak..lalalala

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;