KISAH TAK BALIK RAYA

11/02/2011 04:28:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Diam tak diam lagi 4 hari Umat Islam akan menyambut satu lagi yang dinamakan Raya iatu Raya haji/aidiladha/raya korban. Yang dah planning nak balik kampung tu lebih2 lagi oghe klate mesti time ni dah mula pack baju bajan bagai kan? katanya Oghe klate ni meriah sambut raya korban berbanding negeri lain yang lebih meriahkaripapusing time raya puasa. Tak tahu la.. Oghe kato kawe dok penah lagi raye kat klate sana nu..

Bila dekat nak raya.. kepala otak pun ikut tema nak flashback kisah silam ni. Kisah yang tetiba ter review kat otak sekarang kisah tak balik raya. Takde la silam sangat kisah ni.. Kiranya kisah di era 2000 jugak la. Tapi kisah ni kisah zaman anak dara dulu. Seperti ada yang dah sedia maklum, sang lekit bukan merantau negeri orang kerana ikut suami yer.. Sang lekit menjadi anak rantauan sebelum bersuami lagi. Kisah ni berlaku pada raya puasa 2009. Sang lekit tak balik kampung. Korang bayangkan la.. dah la menyewa sorang2, tak balik kampung.. macam mana perasaan time tu.

Takde la meraung sampai jiran sebelah terpaksa ketuk pintu tanya khabar, just sedih lite2 je. Tapi tetap beraya jugak. Raya tahun tu special skit.. raya kat the curve. Pagi raya.. lepas je orang sembahyang raya.. sang lekit keluar bersama en hubby. Erkk.. kata kisah zaman bujang macam mana boleh ada en hubby. Time tu belum kawen.. nak cakap boifren kang orang konpius lak.. en hubby la boipren masa tu. Tempat pertama pergi OU.. kalau orang tak tau OU tu apa.. One Utama. Pergi beli baju raya.. 2 pasang baju kurung. Sepasang suruh salesgirl kat situ iron kemudian terus sang lekit masuk fitting room pakai. Tapi bayar dulu ler.. Baru berdesup beraya kat the curve.

Orang2 kat kampung mula sedu sedan terkenang sang lekit tak balik beraya.. mak call, bagi makcik cakap, makcik lak cakap sekejab terus sebak tak boleh cakap dah. Sedih sangat, anak kesayangan dia tak dapat makan ketupat palas. Kita lak kena pujuk.. walhal sepatutnya sang lekit la lebih sedih. Nak buat macam mana sejak di rantauan orang, jiwa ni makin kental. Bila terkenang semua tu.. 1 perkara je yang sang lekit terfikir, aitu Kasih Sayang seorang makcik pada sang lekit. Dia kalau boleh nak sang lekit sentiasa ada depan mata dia.. Tapi sang lekit pilih untuk cari rezeki kat tempat orang. Mula2 dia tak bagi jugak.. tapi terpaksa akur dengan kedegilan anak kesayangan dia ni. Bila dekat nak raya ni.. makin rindu pulak. Mak dah awal2 pesan suruh balik, bukan sebab rindu kat sang lekit sangat dah sekarang tapi tak sabar nak jumpa cucu kesayangan, lala. Makcik pun sama.

 Anak sapa la datang collect duit raya kat the curve ni yer... kekekeke 
(Raya Puasa 2009 kat the curve)

P/s : korang rasa sang lekit pakai size apa baju kurung tu?? kekekekeke.. Ada rahsia di sebalik size.

20 comments:

  1. style lah suh salesgirl iron bju
    kehkeh

    ReplyDelete
  2. saya tak dapat balik beraya haji pun dah sedih sangat esp bila time takbir...huhu lekit nampak kecik masa tue =)

    ReplyDelete
  3. mesti baju saiz kanak2 kan? huhu...
    kalau betul, kita serupa.. ngeee...

    ReplyDelete
  4. so, macam mana pengalaman bila beraya tak balik kampung? pasti perasaan bercampur-baru right? :') arisha setakat ini slalu saja beraya dengan family, tidak pernah miss excluding my brothers :'((

    heee ada apa rahsia di sebalik size baju kurung itu yah?? tell, tell me now!! :D

    ReplyDelete
  5. kak aina setakat ini belum pernah berhari raya kat kl. mesti mau balik tp raya haji sejak berkeluarga ni tiap2 tahun tak balik...:(

    ReplyDelete
  6. far_east dari kecik sampai skang ni tetap kecik.. bkn masa tu je skang pun kecik jugak.

    Mrs.Eady :: 36 ker?? kekekekeke

    missn nak buat camna yg ready made ni dorang x buat size kita. kdg2 ada XS tp ttp besar jugak.. sian kan?? kekekekeke

    Rtp Farra Arisha dah hampir terbongkar rahsia tu.. kekekeke

    Nyamuk Terbang boleh jer kalau ada iron kat departmen tu.. suruh je mesti dorang buat

    JunAina, kak sedih memang sedih tp kalau dh biasa sedih tu kurang la skit

    ReplyDelete
  7. boleh eh suh salesgirl iron kan baju terus? hahahahahaha.. kelas kau jah! heheheh..

    ReplyDelete
  8. kg kat mana kak?

    amboii beli terus iron.mantap2 :D lenkali basuh dlu taw br pakai..hehe..saja je ckp pasal raya..yus pon xleh balik raya nih..sobs..

    ReplyDelete
  9. alololo comelnya mummy.. x kan mummy pakai baju saiz budak punya kot.. kih3!! jgn mare mummy cuyunk.. ;p

    ReplyDelete
  10. mcm budak sekolah dlm pix hehe. fara teka saiz 34 betul tak? takpun xxs ;)

    ReplyDelete
  11. baca entri ni tiba2 terkenang plak saya zaman kampus dulu... kalau raya Aidilfitri laju je nak pulang kampung..

    tapi bila raya haji mesti tak dapat balik sebab cuti sekejap je.. tapi seronok lah dapat korbankan lembu bersama2 teman sekampus...

    kenangann.. (",)

    ReplyDelete
  12. yang ko tak balik kampung tu kenapa nyah?

    ko nak rasa tdur tengah jalan raya kl ke masa raya? hehehe

    ReplyDelete
  13. selamat beraya di kota eh....
    kental sungguh jiwa~~~

    ReplyDelete
  14. wow..header baru..
    huhuh..nnti cma dah upload pic utk header tu cma gtau ea..ade 1 pic kt hp hubby..x sempat nk upload lg..

    raya haji thn ni xpasti lg sambut kat cni @ seremban..
    tp ala kadar je..xsemeriah sambutan di kelantan..

    tahun berapa punya pic da..
    btl2 cam kanak2 ribena..hehehe..jgn mare..
    size?paling kecik kut..ngeeee...^_^

    ReplyDelete
  15. comelnye akak! tah2 baju tempah x tu ;)

    sy pn x blk raye haji nnt. sedih sbb 1st time x raye haji dgn family. ibu masak best2 T_T

    ReplyDelete
  16. kelate mmg meriah time raye Suria.... expecially raye aji lelebih lagik.. pas korban lembu itik ayam kobau sume, leh masak reramai gotong royong.... erksss kena update entri nih sebelom lik kg sOk... :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com