BUDAK PUN ADA MARUAH

12/30/2011 05:55:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Walaupun budak tetap ada hati tetap ada perasaan tetap ada roh & jasad. Bezanya perasaan hati cuma kematangan. Jangan ingat budak2 yang belum akil baligh & tak matang tak reti rasa apa yang kita rasa.. Dorang jugak rasa cuma rasa dorang kurang garam sikit je dari kita tapi tetap ada rasanya.

Kita sebagai orang dewasa (tak kira abang, kakak atau mak bapak kepada budak2) kena lebih prihatin pasal ni. Kenapa pulak tiba sang lekit cakap pasal maruah seorang budak ni?? Alkisahnya..

Carian Google
Tiba2 je teringat satu peristiwa yang jadi masa bulan puasa lepas (sebelum lala lahir). Time tu orang dah mula shopping raya tapi sang lekit time tu mash bershopping barang2 lala. Peristiwa ni tak silap kat Pasaraya maiden, Subang. Ada sekeluarga kecil. Mak Ayah dan 2 orang anak. Yang besar maybe 7 @ 8 tahun kot.. Yang kecik rasanya bawah setahun sebab masih di dukung. Biasa la budak2.. Yang si Ayah dengan mak ni sibuk pilih baju melayu kat si anak tiba2 sang lekit nampak bapak dia lempang dia. Kuat jugak.(tak pasti lak kenapa, mungkin nakal kot) Budak tu senyap jer. Mungkin sakit & rasanya lebih malu dari sakit kot.

Kes yang kedua.. Kes jiran tetangga. Sang Lekit tak sengaja ternampak budak2 main kat koridor rumah. Sang Lekit jenguk sebab bising sangat. Tiba2 bapak salah sorang budak tu keluar dengan hanger terus libas anak dia depan kawan2 yang lain. Sama macam kes pertama budak tu terus terdiam lepas tu masuk rumah. Dalam rumah dia kena rotan ke tidak tak tahu la.

Sang Lekit mula terfikir perasaan budak2 tu. Sakit memang la sakit tapi sakit hati & malu rasanya lebih sakit kena pukul dengan bapak dorang tu. Macam kes yang pertama walau dekat shopping complex.. orang2 yang nampak bukan kenal dia pun tapi sebagai seorang kanak2 yang dah pandai merasa.. mesti ada perasaan malu. Kes kedua lagi lah malu. Depan kawan2 pulak. Esok hari nak mengadap lagi. Mungkin dia akan terkilan dengan perbuatan bapak dia yang pukul dia depan orang. Walau marah dia tak lama tapi fahamilah wahai orang dewasa.. mereka juga ada maruah. Nak marah ke pukul ke boleh tak buat dalam rumah sendiri dimana takde orang asing yang tengok. Nak mengajar pun biarlah kena gaya.. ye dak??

Benda ni jadi pengajaran pada sang lekit yang jugak seorang mummy. Moga sang lekit boleh mengawal perasaan marah supaya tak memalukan anak sendiri di depan orang. Moga sang lekit sentiasa ingat.. 'Budak2 pun ada maruah' yang perlu kita jaga.

15 comments:

  1. betol tu,. budak-budak pun ada rasa malu. Nak ajar anak pun kena lah bertempat.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya sangat tidak bijak jika memalukan budak2 didepan org ramai nanti mereka meniru perkara yg sama kepada org lain atau adik2nya...

    ReplyDelete
  3. Kalau adik buat hal, selalunya kat rumah baru kena leter atau lempang. Nasib parent adik faham. ^^

    ReplyDelete
  4. kalau kita marah kan anak pun kawal lah sikit kemarahan tu, janganlah pukul dia depan orang ramai kan?

    ReplyDelete
  5. bayangkan perasaan die pada parents die

    ReplyDelete
  6. kalau rara dulu xkena pukul depan org,balik rumah baru kena.tp agak2 lah nk lempang anak depan org.mmg budk pon malu.adoi.

    ReplyDelete
  7. pantang sangat dgn org yg pukul anak! kejam!byk lagi cara lain nak mengajar anak-anak nie...

    ReplyDelete
  8. wowowowowooooo... malu dia. rasa muka kembang woo..

    ko nanti jangan tau Suria.

    ko nak pukul pun belakang2 org...

    malu woooooo

    ReplyDelete
  9. selalu jumpa kat pasa mlm or supermarket..budak2 kena marh dgn mak2 sbb nak beli sesuatu..kesian plak tgk..emhhh

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru 2012..
    harapan semoga lebih success
    dari tahun-tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  11. semua org pun mesti ada maruah..

    selamat tahun baru dik..

    ReplyDelete
  12. kadang2 hangen jugak bila ank2 buat pasal bila bwk keluar..tp xde la sampai nk marah anak2 depan orang..

    ReplyDelete
  13. betul. kalau nak pukul anak jgnlah dpn org kan. miss laala

    ReplyDelete
  14. malu pun ye sakit pun ye..kalau kat public memang lebih malu dari sakit lah kan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com