KENA RAGUT & TRAUMA SEKEJAB

1/09/2012 02:00:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Ni kejadian segar dari ladang... Baru kejab tadi (lebih kurang pukul 1 lebih pagi) sang lekit terdengar suara perempuan menjerit dari bawah (rumah sang lekit tingkat 9. Tingkap mengadap jalan). Sepantas kilat sang lekit jenguk la ke bawah melalui tingkap..

carian google
Sempat dengar perempuan tu menjerit kena ragut & rasanya budak motor yang sang lekit nampak sedang beredar tu peragut. Aduhai trauma sekejab bila terkenang kenangan sang lekit di ragut. Kejadian tu berlaku kat Mc D damansara damai. Masa tu masih bujang. Belum kenal pun dengan asben. waktu makan tengahari.. Sang Lekit tak bawak handbag keluar lunch, just bawak hp & beg kecik isi duit. Hp letak atas meja.. Datang budak peragut.. di rampoknya hp atas meja lalu memecut sepantas watson nyambek sebelum bonceng motor yang dah siap sedia menanti bersama penunggangnya. waktu kejadian sang lekit tak jerit sebab masa dia ambil hp sang lekit tak nampak sebabnya dia membelakangi sang lekit cuma kawan sang lekit je terjerit sebab dia duduk berdepan dengan sang lekit. Bila tahu HP yang baru 1 bulan sang lekit beli tu kena rampok, sang lekit cuma terdiam & tergamam.

Cuma buat report lepas tu petang tu jugak pergi beli handphone baru sebab kerja sang lekit masa tu amat2 memerlukan enpon. Nak2 lagi memang ada rezeki untuk beli enpon baru. Enpon yang baru beli masa tu kini masih sang lekit guna tapi tak baru lagi la. dah buruk & sedikit kedutan pada wajahnya mula kelihatan. kekekekekekeke

Wahai gadis.. wahai.. wanita.. wahai perempuan.. Kita adalah kaum yang paling terdedah pada bahaya. Kita di anggap kaum yang senang di buli maka berhati2 lah. Tak payah la nak menunjukkan gelang emas separuh lengan, rantai leher sebesar sauh kapal, beg Gucci, Guess bagai.. menyandang beg dengan gaya mak2 datin yang ada bodyguard 24 jam walhal kau tu pak guard suwit2 tepi jalan jer bukan dok guard ko 24 jam pun. Paling selamat biarlah leher / lengan kosong, kalau nak sangat pun salut emas.. biarlah kecil ala2 benang gitu. Tak nampak sangat. Beg tu elok lah yang bergalas silang (tu pun belum menjamin selamat 100%). Kerana kaum kita sering menjadi mangsa ragut. Ragut ni bukan saja kita akan mengalami kerugian tapi berisiko mengalami kecederaan malah bukan benda baru mangsa ragut yang maut. Jadi sentiasa berjaga2 & ambil langkah selamat bila berada di luar lebih2 lagi kalau gerak sendirian. Pesanan khidmat masyarakat ni adalah sekadar untuk berpesan kepada diri sendiri & orang lain jugak.

18 comments:

  1. dulu makcik aku kena samun, lagi teruk siap ada pisau kat perut dia..


    lepas tu terus dia belajar taekwando.. tetap jugak kena ragut.. tak keluar pun blackbelt kaler biru dia...hehe

    ReplyDelete
  2. Yup..pesanan yang berguna dan perlu diingat selalu sebab perempuan memang cuai, hehe..

    ReplyDelete
  3. Mcm2 kejadian, macam2 pengalaman org lain kita tengok kat TV dan baca kat surat khabar tetapi ramai yang masih cuai. Bayangkan naik motor galas handbag sebelah jalan paling tak selamat handbeg masuk bakul... Masih tiada kesedaran.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..xnak kena dan mmg xnak merasa..mintak dijauhkan..
    tp adik cma pernah kena ragut rantai leher ngan henpon..
    seriau jgk la..

    ReplyDelete
  5. kat mana2 ada kes ragut kan? memang kena berhati2 sekarang..

    ReplyDelete
  6. Kadang2 waktu kita alpa tu kejadian berlaku.. Masa beringat2 selamat pulak kan..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..salam ziarah.
    first time kat cnie.sudi2 singah kat blog sy. ade contest.dapat hadiah misteri

    http://chomelmedia.com/blog/jom-join-contest-ni-sume/

    ReplyDelete
  8. have to beware with all this serious case...dunia sekarang makin bertambah penjenayahnya...emm :'(

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah Allah msh ldgi dr kejadian ragut,cuma pernah 2 kali tgk dpn mata orh kena rgt,mmg kite trauma!baru2 ni sepupu pun kena ragut,setakat duit tu xpalah...tapi menyusahkan bila kena report police,kena buat ic baru,lesen memandu baru.mmg xda hati perut betul peragut ni.kot nak duit kejalah cari duit halal ^^

    ReplyDelete
  10. takut lah.. harap harap kita semua dijauhkan lah... entah kenapa es ragut tak pernah pon pulih

    ReplyDelete
  11. makin menjadi2 kes ragut sekarang ni kan

    ReplyDelete
  12. memang tak berani nak keluar sensorang..macam2 kes sekarang nie kan?

    ReplyDelete
  13. eee..seram lah bab ragut2 ni..jahat sungguh..

    ReplyDelete
  14. dah lama tak jenguk dik lekit..mummy lala..lala mesti makin bijak kan..
    akak tak de pengalaman..maybe gaya akak sengkek kot..org pk 2 kali..ada duit ke dia ni..haha...kekadang baju pun pakai yg tampal2..handmade tshirt..hahaha..kata tukang jahit kan..tp akak memg mengurangkan risiko di ragut

    ReplyDelete
  15. takut nak jalan sorang2 kat tepi jalan

    ReplyDelete
  16. org rumah pernah kena sekali depan rumah ....tengok je la kita semua....nak kejar tak larat dia org naik motor rempit!

    ReplyDelete
  17. yang penting skali jangan tayang barang mahal or beharga, biar orang nampak kita miskin, hakikatnye kite kaya..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com