SITUA BERMULUT PUAKA TAK KENA TEMPAT

2/24/2012 12:10:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

3 hari pergi jumpa Mak kat KLIA. Flight Mak kat KLIA untuk pergi mengerjakan Umrah. Jadi sebelum mak kita berlepas, kita awal2 lagi dah sampai semata2 nak jumpa mak. 5.30 pagi dah bertolak dari rumah. Lala pun terpaksa la bangun awal.

5.30 pagi takkan la nak mandikan lala.. ye tak?? Budak tu baru 6 bulan. Jadi sang lekit cuma tukar baju tapi tak tukar pampers dia sebabnya tgh malam tu sang lekit dah tukar jadi pagi tu pampers dia tak basah sangat & takde bau lagi. Malam tu kebetulan lala dari lepas tukar pampers sebelum tido (lebih kurang pukul 12.00) sampai pukul 5.00 pagi dia takde pulak bangun minum susu. Macam tau2 je dia kena bangun awal hari tu. Bila dia kurang minum susu dia kurang kencing jugak.

Sampai Airport lebih kurang 6.30 la.. Sempat la luangkan masa berbual2 dengan mak sebab flight pukul 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 7.00 pagi macam tu sang lekit tukarkan la pampers lala walau basahnya tak kritikal & takde bau sangat. Memang totally kalau tak pergi cium takde bau pun. Sebab rasa takde bau & takde pemandangan yang menggelikan sangat sang lekit malas nak pergi toilet tukarkan pampers lala. Cuma tukarkan dalam stroller lala jer sebab boleh lap dengan tisu basah dulu. Masa tengah tukarkan pampers lala ni tetiba satu suara tua menyindir.. sekali dia cakap sang lekit buat tak tahu.. sampai 3 kali dia dok ulang cakap.. "dah tukar pampers pulak kat sini" panas jugak telinga.

Maka daku pun menjawab la balik.. "apa masalahnya?? Bukan dia berak ke apa ke @ busuk pun." terus diam si tua tu. Mentang2 kau tua kau rasa kau boleh sakitkan hati orang sesuka hati ke wahai pakcik. Sang Lekit pun tahu hormat keselesaan orang sebab tu sang lekit tukar pampers lala dalam stroller & sang lekit tau pampers lala tak mengundang bau & permandangan yang menganggu keselesaan orang lain. Tak pernah lagi sang lekit nak tukar pampers berak lala depan2 orang ramai. Muka pakcik tu dah la menyombong gila. Mulut pula puaka tak tentu pasal memang mengundang kebencian je tengok.

Orang lain rilex je yang pakcik tua sorang tu je lebih2. Wahai orang tua, kalau rasa nak di hormati maka tunjukkan perangai yang buat orang akan hormat bukan orang rasa nak maki je. Kalaupun dia rasa sang lekit tukar pampers kat tempat menunggu tu agak kurang sopan, kau tegur la baik2. Yang kau nak sindir tu apasal??

Rilex la atuk mulut puaka.. mummy tukar pampers je. Untung mummy tak sumbat pampers dalam mulut atuk tu. (gambar carian goggle)


9 comments:

  1. Salam mummy..
    hohoh..marah betui ni..sabar la ye..pakcik tu kemurungan kut.. huhu..

    alhamdulillah.. mak abby nak mngerjakan umrah dah..seronoknye la..
    semoga semuanya selamat.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    SabaQ! sabaQ! sabaQ!
    bukan semua orang tua patut kita hormat. Janganlah pulak rasa kita tua, maka kita boleh buat sesuka ati je...dia belum jumpa buku dgn ruas lagi tu hu hu hu

    ReplyDelete
  3. annoying seyy..
    kasik jelingan maut skett!!

    ReplyDelete
  4. Lain kali mummy sumbat jer pampers dalam mulut pakcik tu.. Hi3!! Padan muka..

    ReplyDelete
  5. alahai..memang saje nak cari masalah kot pakcik tu mummy lekit..sabo je la..memang ramai org yg jenis mcm tu..mungkin tujuan die repeat byk kali tu nk tarik perhatian org lain yg ade kat situ untuk blame mummy dgn tindakan tukar pampers kat situ..tapi takde org peduli sebab itu tak mengganggu depa pun..tu die tak puas hati p cakap byk kali kot..pakcik2..attention seeker betul..hehe..

    ReplyDelete
  6. salam ...

    kalau pakcik tu ye pun nak menegur,biorle beralas sikit ye dak... terer gak lekit mnjawab yer. berani ;)

    ReplyDelete
  7. tak suka jugak orang tua camni, tak respek orang langsung... dia ingat dia tua kita je yang kena hormat dia, sepatutnya dia kenalah hormat orang lain jugak walaupun orang tu lebih muda dari dia!

    ReplyDelete
  8. tak de salah pun sbnrnya tukar pampers kat mana2 asalkan tak mengganggu org lain....bukannya nak tukar seluar dalam budak 12thn kat tgh2 org pun! apa punye pokcik...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com