KERANA NASI HIMPIT SERINGGIT

4/04/2012 01:05:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Bukan la nak kecoh pasal benda kecik. Bukan juga nak perbesarkan hal remeh tapi kadang2 sebab benda kecik boleh jadi besar bila di biarkan. Jadi sementara masih kecik tak salah kita jadikan pengajaran supaya benda2 yang kecik ni tak di jadikan amalan sehingga menjadi isu besar. Kecik ke besar ke salah tetap salah kan??

Alkisahnya minggu lepas keluar sekejab. Singgah Giant cari puree untuk lala.. beli aiskrim 2 mangkuk kecik untuk buat pemanis mulut sementara nak pergi makan. Di pendekkan cerita masa pergi makan tu.. Sempat juga order satay ayam 10 cucuk. Cukup la tu untuk 2 orang makan. Lagipun sebelum tu dah makan nasi goreng ikan masin, nasi goreng ayam goreng kunyit, laksa semangkuk & akhir sekali satay ayam 10 cucuk. Tu menu2 untuk 2 orang makan. Tak banyak sangat kan?? Sesampainya satay ayam tu tiba2 tengok ada nasi himpit sekali. Tanya asben dia ada minta ke? Setahu sang lekit kitorang dua2 tak makan nasi himpit. Kami makan nasi renggang jer.. himpit2 ni tak gemar sangat. Asben kata takde minta. Sang Lekit fikir mungkin dah pakej dengan satay kot.. Tiba bayar dia cakap RM7.. rasanya satay 1 cucuk RM0.60 jer (merujuk pada harga yang di tulis kat gerai satay dia).. kalau 10 cucuk baru RM6 kan?? Sah2 harga nasi himpit tu seringgit. Masalahnya sapa yang minta?? Amboi.. suka2 tambah je. Lepas suka2 jugak suruh orang bayar harga makanan yang orang tak minta.

Sekadar Hiasan (Carian Google)

Tengok orang lain yang order satay memang sama jugak. Semua ada nasi himpit. Sah2 la memang nasi himpit itu akan di sukahatikan penjual satay untuk tambah dalam menu satay pelanggan minta supaya dapat untung RM1 lagi untuk setiap satay yang di pesan. Memang la dengar RM1 tak banyak tapi kalau 100 orang makan satay hari tu.. kira la. Untuk 1 malam dia dapat extra penjualan nasi himpit yang di sukahati dia nak tambah tu dah berapa. Pengalaman sebelum ni makan satay kalau pelanggan minta je dorang akan tambah nasi himpit tapi kalau tak minta dia tak tambah. Dah la kena banyar extra RM1 lepas tu kesian pulak tengok nasi himpit tak di cabul pun walau sikit. Dah membazir 1 hal. Takkan dorang recycle balik. Kalau recycle tu kategori melampau la.

Dalam kes macam ni bukan saja pelanggan rasa macam tertipu atau teraniaya.. dah buat satu lagi kesalahan lain iatu membazirkan nasi himpit. Jadi pada penjual2 satay.. berhemah la sikit. Mungkin sekali orang senyap.. mungkin juga ada orang yang suka senyap & biarkan je tapi takut silap haribulan sebab RM1 kecoh jadinya. Tak kira la.. duit bukan jatuh dari langit. Kena kerja baru dapat duit walau RM1. Kau nak dapat duit pun berpeluh ketiak bakar satay.. Macam tu jugak orang lain. Kau tau tak seringgit tu sang lekit boleh masuk tabung tau! sendiri mau ingat lah yer.

P/S : Ni entry Draff jer.. Rasa seminggu dah tinggalkan blog.

16 comments:

  1. kalo rara boleh lah mkn sbb mmg suke nasi himpit =)

    ReplyDelete
  2. org jual satey patut tanya. mcm kat tempat aku, die tanye.

    so, die pun tak payah la nak bazir nasik impit kalau takde orang makan. ye dok?

    ReplyDelete
  3. org jual satey patut tanya. mcm kat tempat aku, die tanye.

    so, die pun tak payah la nak bazir nasik impit kalau takde orang makan. ye dok?

    ReplyDelete
  4. kire diorang add on ikot diorang je kaannn...
    padahal kite xmintak pon benda tu...
    hak pengguna..perlu disuarakan..klu xmkn membazir plak cmtu je..

    ReplyDelete
  5. En aiman jer yg suka nasi himpit ni... Sate cik aisyah yang suka

    ReplyDelete
  6. mcm ni punye peniaga ade jugak ke..??
    alahai...

    ReplyDelete
  7. Selalunya penjual akan bertanya kepada pelanggan jika mahu nasi himpit ataupun tidak. Mungkin ini kes ingin mengambik kesempatan dengan meletak nasi himpit dan dicas lebbih kepada pelanggan.

    ReplyDelete
  8. Samala macam makan nasi lemak kat kedai.. dia letak sambal sikit je. pastu bila kita mintak sambal lebih, caj RM1 akan dikenakan.. sabo je la....

    ----------------------
    jom like fanpage vivadea
    www.facebook.com/vivadea

    ReplyDelete
  9. hmmm..
    da lama tak makan nasi impit dengan sate.. :D

    ReplyDelete
  10. zaman sekarang org lagi mementingkan keuntungngan dari kualiti

    =Tinggalkan Link Anda Untuk List Blog Saya!==

    http://list.encikkai.com

    ReplyDelete
  11. patutnya kalau orang minta baru bagi kan?

    ReplyDelete
  12. penah kena gak gini..siap dah ckp kita x nak nasik impit tp dia bg jugak..malas nak kecoh kitaorg hadap jelah


    p/s: lama giler sy x singgah blog lekit :)

    ReplyDelete
  13. sekarang nasi impit dah ada harga..dulu kasi free sama satey jer..

    ReplyDelete
  14. Mkn satay kat mane ni? Huh! Patut elak kedai menipu camtu.

    Jom try burger bakar kawan saya nak?
    Gerenti sedap terangkat~ http://adaapadgnaidadewie.blogspot.com/2012/04/ai-burger-bakar.html?m=1

    ReplyDelete
  15. slalunya penjual akan tanya dlu nak x nasi impit. saya jarang amik. kdg2 je. hakhak kalau sampai sertakan skali mmg melampau la kan. dlu kalau penjual tanya nak nasi impit tak, saya betol2 ingt dia bagi free, mama la kata kena bayar la maknanyaa. waa baru tau. haha sjak tu cakap awal2 mmg xamik sbb xmakan sgt pn.. huu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com