NAK TAU STATUS KANDUNGAN FASHA, BACA NI

5/18/2012 05:51:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Kecoh sangat Si Fasha Sandha yang bunting pelamin tu.. Ada yang kata dia honeymoon sebelum nikah la.. Sebab ada yang anggap mustahil dia boleh kesan kehamilan tu dalam masa 16 hari selepas bernikah buat sang lekit sendiri tertarik bukan sebab nak tau status kandungan si Fasha Sandha tapi mencari jawapan sebenar bila paling awal boleh kesan kehamilan selepas persenyawaan berlaku @ dalam bahasa kita selepas hubungan seks la. Jadi untuk mencari ilmu maka tanya la en google. dapat la jawapan.. kalau ada yang salah tolong betulkan tapi taknak jawapan yang tak berlandaskan.. 'Aku rasa..' 'Mak aku bagitau..' Sepatutnya berlaku..' Betulkan dengan dengan ilmu jugak la.

Carian Google

Apa yang sang lekit dapat dari pengajian pendek bersama en google walau payah jugak nak search pasal ni. Pening cari keywords yang boleh trace. Hasilnya sang lekit dapat ialah... sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).

Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari. (Rujukan DISINI). Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas persenyawaan berlaku. Jadi apa nak pelik kan kalau Fasha sandha dapat kesan kehamilannya berusia 2 minggu selepas 16 hari bernikah. Cuma express sikit la kejadiannya. kekekeke

Sekali sang lekit nak bagitau entri ni bukan la nak memburukkan fasha @ membetulkan fasha.. Entri ni sebenarnya lebih untuk kegunaan & pengetahuan sendiri di samping tu sang lekit cuma nak share dengan orang lain apa yang sang lekit dapat je. Sang Lekit bukanlah peminat Fasha sandha @ Haters fasha. Sang Lekit cuma orang awam yang ikut jugak la perkembangan semasa, hiburan & lain - lain. Mungkin entri jugak boleh membantu orang lain yang mungkin sedang di fitnah. Cuma.. kesilapan kecil yang di lakukan jadi isu yang besar. Yelah.. awal sangat kan dia bagitahu orang dia pregnant. Kalau tunggu sebulan dua dulu pun bagus.

Apapun anak adalah anugerah Allah.. & rezeki buat setiap pasangan cuma kita tak tahu je bila Allah nak bagi anugerah & rezeki tu pada kita. Kalau awal.. alhamdulillah.. kalau lambat sikit Insyaallah ada rezeki dapat la anugerah. kan??

P/S : Sebagai seorang ibu yang pernah mengandung tapi tak tahu jugak pasal ni harus la ambil tahu, kan??
 

20 comments:

  1. bagus betul lah nyah kau buat kajian dulu sebelum komen..

    ReplyDelete
  2. Hehe..nice info..bleh hindarkan spekulasi dgn fakta yg kukuh ni kan...

    ReplyDelete
  3. bersangka baik itu lebih bagus. nice info pasal kajian yg dibuat

    ReplyDelete
  4. bagus lah...
    berfikiran positif...

    ReplyDelete
  5. yang mana tak tau senang2 mengata dak Fasha tu, ai amik jalan selamat.. no komen.. hehehe.. itu rezeki dia.. ;)

    ReplyDelete
  6. salam..

    harap2 lepas ni y sukar fitnah tu stoplah...sy juga bkn peminat fasha, tp xdelah sampai nak mengutuk..


    jemput joint contest syira :

    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..yang penting, fasha tu wanita yang subur juga la kan...pandai pilih tarikh kawen..heee~

    ReplyDelete
  8. Btl cpt sgt bgtau..bkn sume org faham proses persenyawaan ni...kita yg perempuan ni pun konfius lgla plak lelaki..

    ReplyDelete
  9. kalau dia main before kawin pun takde apa nak heran. zaman sekarang biasa sgt dah, sedangkan orang biasa buat, ini kan artis. tapi samada dia ada main sebelum kawin atau selepas tu, tu antara dia dgn tuhan, kalau dia salah tuhan tahu, kalau dia betul pun tuhan tahu... tak perlu kita buat spekulasi yg bukan2... btw nice info...

    done follow - Noob

    ReplyDelete
  10. bese la manusia..hasad dengki..wuwuwuww

    ReplyDelete
  11. bila keluar isu fasha pregnant nie secara tak langsung ilmu bab2 mengandung nie pun bertambah...

    ReplyDelete
  12. bagus juga entri ni, tambah ilmu lagi.. banyak juga yang tak tahu dan tak ambil tahu sal benda2 gni..

    ReplyDelete
  13. Hurm, kesian kat Fasha sebab orang tuduh dia main sebelum nikah la, tak pasal-pasal jadi fitnah.

    Kadang-kadang lawak bila ada sesetengah orang tu kata dia ni nurse bahagian perbidanan tp tak pernah jumpa lagi kes mcm fasha, tu yang buat dorang tak percaya. Ini kes yang jarang, tp in theory mmg boleh terjadi.

    ReplyDelete
  14. Berlambak org kat dunia ni bunting pelamin..termasuk la aku..tak heran pun..

    ReplyDelete
  15. Totally love the fact. tq :)

    Visit back www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  16. ye la..saya pun bunting pelamin..Alhamdulilah,rezeki dr Allah nk bg diaorg ank cpt,doakan keselamatan ibu n ank :)..

    ReplyDelete
  17. good info :) saya pun dulu bunting pelamin :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com