CIKGU SHIDA CAKAP DAKU NI PEMUTAR BELIT

7/19/2012 01:04:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Cikgu shida meluahkan perasaannya di laman Facebook dengan letak sekali url blog sang lekit. Katanya sang lekit salah seorang haters, menagih komen dari entri tentang dia,nak dapat banyak iklan dari entri tu & memutar belitkan status2 yang di update beliau.

Setakat ni tak pernah kaya lagi la dari duit iklan blog. Jadi takde la sebab nak BE dari nuffnang update pasal cikgu shida. Update pasal cikgu shida pun sebab minat... kekekekeke

Putar belit macam mana tu cikgu?? Sang Lekit cuma printscreen bukan copy paste seketul2 apa yang cikgu tulis tanpa sebarang sentuhan magik untuk mengubah apa2 kenyataan cikgu shida. Sang Lekit komen pun berdasarkan apa yang cikgu shida tulis. Nak kata sang lekit salah faham dengan niat cikgu shida? Niat cikgu shida bukan saja sang lekit je tak boleh tahu malah siapa2 pun takkan dapat tahu. Niat yang baik kalau di susuli kata2 yang baik akan nampak baik.. tapi kalau niat baik di luahkan dengan kata2 yang tak berapa sedap nak baca.. maka kefahaman orang pun menjuruskan kepada yang negatif jugak.

Ni la status yang cikgu shida kata sang lekit putar belitkan kata2 dia.. (Boleh rujuk entri ni : SEDAP JE MULUT CIKGU SHIDA MENGATA DARI ANAK SAMPAI MAK BAPAK
Komen dari cikgu shida kat blog melekit di entri tersebut
 
Tak sepatutnya seorang cikgu menulis secara terbuka di laman sosial untuk melepaskan geram kat anak murid dengan kata2 macam tu. kata anak murid benak sebab mak bapak makan makanan dari sumber yang tak tahu halal haram semasa mengandung & tak amalkan doa2 & Al-Quran semasa anak dalam kandungan tu.. sang lekit nak tanya cikgu shida ada bukti ke mak bapak dorang buat macam tu? Dah interview sorang2 mak bapak anak murid yang cikgu shida kata benak tu? Ada dorang buat pengakuan ker?

Mungkin kalau cikgu shida tulis macam ni.. orang tak salah anggap.. "Amalkan memakan dari sumber yang halal & amalkan doa2 & Al-Quran semasa mengandung supaya anak tak benak & senang terima pelajaran yang di ajar".. So, takde la orang nak pertikaikan apa yang cikgu shida cakap. Ni tak cikgu shida point sebijik2 menjuruskan kepada anak murid yang benak sehingga melibatkan mak bapak murid2 tu. Sang Lekit ada satu kepantangan kalau marah sorang, sebut 1 family. Bodoh ke jahat ke baik ke.. dalam setandan pisang tak semua busuk. Walau cikgu shida perangai tak semegah, dok tergedik2 dalam video miming tu.. sang lekit tak cakap mak dia yang salah makan masa mengandung @ mak dia yang masa mengandung dia memang tergedik2 macam tu sebab sebagai mak bapak.. semua mendoakan yang terbaik kepada anak dia sejak dari dalam kandungan. Jadi tak tergamak pulak nak salahkan ibu mengandung. Kalaupun ada salah masa ibu mengandung bila dah besar anak boleh fikir sendiri.. takkan nak salahkan mak bapak lagi kot. (I kan seorang mak.. bila jadi mak tau feel mak ni macam mana? Cikgu shida sila jadi mak dulu baru la tahu..)

Tapi sang lekit tak pelik la kalau dia nak tuduh sang lekit putarbelitkan kata2 kat status dia tu.. Sepanjang mengikuti cikgu shida dari awal kontroversi dia, memang dia jenis takkan terima sebarang komen, pandangan, kritikan tak kira secara baik @ tak kalau komen tu tidak menyokong perbuatan beliau tak kira salah ke betul ke apa yang dia buat. Bagi dia yang tak menyokong dia tu semua haters. Ustaz Azhar Indrus pun pernah kena bantai dalam blog dia bila komen pasal dia dari pertanyaan seseorang. Apatah lagi pandangan sang lekit yang bukan sesiapa ni... kan?? Boleh rujuk entri pasal komen balas cikgu shida kepada Ustaz Azhar Idrus tu kat sini : KOMEN BALAS CIKGU SHIDA TENTANG KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

P/S : entah apa pulak dia cakap lepas baca ni entri. kalau entri lepas tu putar belit entri putar apa lak??

25 comments:

  1. huhuh
    cikgu shida...
    dah lama tak tgk video dia..

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh... sabar jer la... fb aku pun dah kena block lame dah dgn cikgu gedik ni... sbb pernah tegur die pasal gelar haters die samting yg teruk... terus kena blok... tp ada aku kesah... x hadap sgt pun... ni nak mintak penjelasan ni... tang mana yg dia kata putar belit tu...

    ReplyDelete
  3. hahahahahahahaha....kelakar lah!! ntah hape2 laaaaa.... tapi, kalo org bca status dia tu pun, org boleh pikir negatif.... xpyh nk bc org putar belit ke ape...dia yg membelitkan diri dia sendiri...

    ReplyDelete
  4. dia yang memutar sendiri ayat cik lekit tu..

    sudahlah cikgu shida, nak masuk bulan Ramadhan ni, banyak-banyaklah istighfar

    ReplyDelete
  5. antara mentaliti cikgu2 skang bukan semua ye cuma antaranye!. kdg sebabkan seekor kerbau membawa lumpur , habis semua yg len terpalit. Harap cikgu2 len diluar sana x macm ni ye

    ReplyDelete
  6. ehhh.. yg bestyer die tolong promote blog lakat lekit ni... waaa... naik la trafik kan... best laaa... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  7. rasanya lebih baik berhenti je cerita pasal dia ni, kalau tak makin menjadi-jadi...

    konsep mudah..

    macam budak2, makin ditegur makin kuat dia melawan...

    so kita dah tegur, bagi masa dia fikir...

    Nak atau tidak terpulang pada dia, ada akal, dah besar panjang boleh fikir..

    kita boleh nasihat lagi tapi secara direct, tak perlu lagi nak hebahkan, kesian jugak kat dia ni.

    nak cari makan agaknya :)

    ReplyDelete
  8. nampaknya cikgu shida tersentap hehe

    ReplyDelete
  9. glamournya Lekit, hehe..

    Akak dah lama unfriend dgn Cikgu Shida & tak mngikuti sebarang pkembangan dia, bukan haters tapi MELUAT!! Bukan meluat dgn video dia tapi meluat dgn sikapnya yg mcm Suria ckp tak boleh terima teguran orang & perasan bagusssssss

    ReplyDelete
  10. teruskan buat cerite pasal die... best lak baca kisah org mcm tu... utk pengajaran diri sendiri jugak...

    ReplyDelete
  11. kelakar lah cikgu syida ni muahahaha

    ReplyDelete
  12. serius, makin lama makin menyampah pulak aku kat cikgu ni...mmmm

    ReplyDelete
  13. salam..

    pedulilalh... tp kalau dia nak marah cara lembut mungkin org boleh terima, tp kalau angkut semua family mmg parah la..

    salam ramadhan dari syira. maaf jika ada tersalah bicara.

    ReplyDelete
  14. hahahaha siap letak url blog akk lg.hahaha kesian!

    ReplyDelete
  15. sentap dengan diri sendiri yang sentap. kesian akak lekit...

    ReplyDelete
  16. Takpe.. amik yang positif. Dia tolong promote kan blog lekat lekit ni. ;)

    ReplyDelete
  17. hahaha.. buat malu je cikgu gedik nih.. tengok video dia pun buat naik bulu roma aku je.. gedik semacam .. sekali je aku tengok video cikgu gedik nih.. layak ke panggil cikgu ? erk ? opps..

    ReplyDelete
  18. ko pun satu duk pegi facebook dia cari salah dia buat entry kat blog apasal..ko x buat camtu xde isunya..bnysk lagi benda lian ko boleh buat xyah la duk cari salah orng..

    ReplyDelete
  19. la.baguslah dia bt mcmtu,boleh sedarkan diri seseorang dan sesaman kita.apalah ko nieee

    ReplyDelete
  20. bru je unfrendz ckgu shidaaaaa nie.....trasaaa pla bila kata mak bpa nie,..xska cian mak bpa yg len,..trukkkknyer perangai...

    ReplyDelete
  21. panas pulak baca post CIKGU shida ni.. x elok cakap mcm tu.. ada jgak mk ayah slalu amalkan surah2 bacaan al quran masa mngandung, tapi anak dia kurg pndai ms sek.. tp x smestinya ank dia x brjaya.. ada la rezeki dia kat lain.. kalau da rasa tak mampu nk mngajar brhenti je jadi ckgu.. jadi je artis, glamor sket.. dia ckgu tapi cara dia tak mcam bijak pndai pun.. apa lah nasib murid2 dia..
    bagus penulis blog ni, menegur apa yang tak kena.. bukan sebarangan gosip.

    ReplyDelete
  22. Tak semua mak mcm tu,sy pon agak terasa bila baca post cikgu shida ni..bkn apa sy ni pon seorg anak,baru berusia 20 thn,thn dpn 5 jan masuk 21..sy dulu pernah bersekolah,arwah mama sy seorg yg baik..dia x pernah bagi sy makan benda ntah apa2 masa mengandungkan sy,yg hanya makanan halal..tp sikap degil ni berpunca dari diri sy sendiri,sy berhenti belajar kolej sb salah faham dgn pensyarah(panggil cikgu) dgn kwn2..malah kawan kawan suka sentuh hal keluarga saya,saya x suka org suruh sy jd buat itu dan ini..sy org dgn terpaksa..sy x nak jd hipokrit..kalau mcm ni lah,sy dah tawar hati dgn cikgu shida...mana2 ibu bapa pon akan terasa dgn komen cikgu ni,sedih sy...tu sb cikgu shida perangai mulut laser mcm ni sampai skrg X ADA ORG NAK!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com