BUKAN KU PINTA PENDEK SEBEGINI..
Sebab tu kebanyakkan ibu lebih rela berlapar asal anaknya kenyang, sanggup bersengkang mata memastikan anaknya lena dengan selesa, rela bersakit demi melihatnya anaknya membesar dengan sihat. Bila anak yang di tatang, di jaga, dibelai, dimanja tu menjadi bahan kejian atau bahan kutukan orang lain mesti yang paling terasa adalah ibu dia lebih2 lagi yang di kutuk tu sikecik yang baru ada 2 batang gigi, tak pandai nak berkata2 apatah lagi nak mempertahankan diri, kan?? Maka.. ibulah pelindung & pembela kepada si kecik tu.
Anak yang sekecik tu takkan mampu merasa & faham apa2 bila orang mengata dia dengan perkataan2 yang tak elok tapi yang akan terasa dah tentu mak dia. Macam tu la nasib lala.. dulu masa dalam perut ada sorang insan yang sekarang dah pun jadi ibu kata dia anak yang bodoh sebab terhasil dari gen2 bodoh mak bapak dia.. Masa tu kali pertama dalam hidup sang lekit rasa sangat2 sentap. Rasa sentap seorang ibu bila anak dalam kandungan dihina. Kalaupun daku yang salah, kenapa anak aku di hina? Sang Lekit belajar untuk tidak jadi macam orang tu. Takkan menghina anak atau family dia kerana marahkan seseorang. Kalau orang tu yang aku nak kritik maka orang tu saja aku kritik. Konsep sang lekit senang.. yang aku tak berkenan perangai dia, dah kenapa aku kena kutuk mak bapak, anak pinak & sedara mara dia pulak, kan??
Carian Google. Sekadar hiasan |
Mungkin lala kelemahan sang lekit. Takpe la.. sebab aku ibunya jadi apa je yang orang cakap pasal anak aku memang aku terasa. Orang2 yang takde anak mungkin tak berapa nak faham naluri ni. Jadi sang lekit putuskan.. orang tak boleh bawak gurau jangan di usik nanti abis 1 keturunan aku pulak jadi bahan keji dia.
P/S : Sang lekit memang sejak dari zaman sekolah seorang yang kuat menyakat & mengusik.. Setakat orang nak kutuk aku pendek, ketot, kerdil, budak tadika apa je yang berkaitan dengan fizikal sang lekit yang kurang inci ni dah takde rasa nak rasa sebab dari kecil sang lekit dah hadapi semua tu. Tapi tolong jika aku yang mengutuk kau.. sila kutuk dengan nama aku bukan anak & family aku.
Sabar...sabar itu ganjarannya besar..saya walaupun belum ada rezeki anak lagi tapi saya faham perasaan cik lekit.
ReplyDeleteSaya nak share satu kisah,
di saat orang mencaci dihadapan kita,jika kita diam maka ada malaikat yang akan membalas cacian tu untuk kita.Tapi kalau kita membalas, maka semua malaikat akan tinggalkan kita dan syaitan yang akan duduk dengan kita.'
Yang seeloknya kita doakan dia semoga Allah elokkan perangainya
salam abby...
ReplyDeletehmmm..sabar ye abby..
Yang mengutuk tu memang kurang akalnya, so kita buat tak tau jea, kalau layan kita pun cm dia gak kurang penggunaan akal...! sabarrr..
ReplyDeletemulut org yg x boleh nak ditutup.
ReplyDeletehuhuuu..
kdg kena bnyak bersabar juga..
siapa yg kutuk lala nih? meh nak cepuk die..huh! suke2 hati je nak kutuk lala yg comel tuh.. (-_-")
ReplyDeletesabar eh mummy lala..