ORANG JUJUR MEMANG NAMPAK JAHAT

12/12/2012 09:25:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kadang2 rasa nak bagitau kat semua.. sapa2 yang rasa jejari kontot ku ini sangat puaka sila la jangan follow blog atau friend aku kat FB. Sebabnya aku takut termelukakan hati orang tanpa niat. Niat yang baik kadang2 jadi salah faham sebab penyampaian yang terlalu terus terang & jujur.

Untuk jadi jujur kadang2 kita nampak macam kejam sangat sebab kita terus terang pada sesuatu kesilapan yang kita nampak. Bukan niat pun nak hentam.. niat tu mula2 nak bagitau benda yang kita nampak macam salah pemahamannya tapi alih2 orang terasa pulak. Maaf daku ni kurang pandai membelai orang dengan kata kata walaupun bukan niat aku nak mencerca. Bukan la kata daku ni kental boleh terima semua kutukkan jugak.. ada part2 yang aku sensitif jugak. Tapi nak kata aku ni jenis hati tisu tak jugak la.. kalau tisu sangat rasanya aku tak approve komen2 yang kutuk aku.. paling trajidis lagi maybe aku dah tutup blog. Tapi mungkin la aku di lahirkan dengan jiwa yang boleh tahan tahap kental & kenyalnya maka aku boleh jadi blogger selama lebih kurang 3 tahun lebih tanpa ada rasa putus asa atau kecewa dengan komen2 membunuh dari orang2 yang membaca penulisan aku kat blog ni.

Aku pun manusia.. bukan semua benda aku buat tu betul & bukan semua pendapat aku tu takde silap langsung. Aku mengakui tanpa malu sebab semua manusia memang macam tu. Aku tahu mesti aku nampak lebih jahat bila aku berkomen dengan jujur pada sesuatu isu yang tak menyokong pada seorang kawan yang lain sebab aku jenis tak tunjuk diri teraniaya di sebalik komen2 aku. Nak teraniaya apa kalaupun orang salah anggap pada niat aku. Terpulang la.. yang berakal fikir je la. Nilai.. kalau rasa aku salah tegur aku je.

Jadi kat sini dengan rasa rendah diri aku minta maaf pada sesiapa saja yang mungkin terasa hati & salah anggap bila aku berkomen apa2 pasal apa yang dorang tulis. Kalau rasa cara aku ni terlalu keras & tak boleh terima.. akak rela la kalau nak remove akak dari dik. Yelah.. aku pun kalau boleh taknak termelukakan hati orang2 yang berkawan dengan aku. Tapi untuk jadi seorang kawan tak semestinya kita kena asyik manis mulut je walau kita tahu benda tu tak betul. Jadi kesimpulannya.. untuk jadi seorang jujur memang kita takkan nampak baik sangat tapi untuk buat nampak diri kita baik sila la jadi seorang yang hipokrit. Tapi aku tak pilih hipokrit sangat walau kadang2 keadaan memaksa kita tak terlalu jujur tapi selagi aku rasa jujur tu tak memudaratkan sapa2.. aku jujur je walau kadang2 kejujuran tu memang memudaratkan pandangan orang pada diri aku.

Apapun sebagai manusia walau dalam sengaja ataupun tak aku menyakiti hati orang.. aku tak malu untuk minta maaf. Sapa2 yang pernah terasa tu, dengan rendah diri saya minta maaf.

Mungkin lala ni mewarisi aku sebab dari pemerhatian aku dia jenis tak cepat tacing pun & susah nak nangis. Mungkin jugak sebab dari dalam perut lagi dia di ajar untuk jadi kental & kenyal macam mak dia jugak, kan?? 

P/S : Antara blogger yang aku rasa tahap kental & kenyal dia menerima komen orang & juga berkomen dalam blog dia dengan cara jujur ada blog DIANA RASHID. tu salah satu blog yang kadang2 boleh tahan pedas juga cara dia menulis.. ada lagi blog2 yang telus & terus terang macam blog rasa hati, blog cikgu Noi, Blog cik sha (ni kalau korang nak tempah header murah & nak design blog comel2 boleh contact beliau ).. sudah2.. dah letih otak nak ingat. Walau sebenarnya banyak jugak blog yang aku rasa outspoken punya penulis.

8 comments:

  1. kite jadi diri kite sendiri je la mummy..biarkan je apa org nk cakap..teguran yang elok kite ambil, yang tak elok tu kite abaikan je..yang penting kite jujur..hanya Allah je yang tahu niat dan isi hati kita yg sebenar..dan hanya Dia je yang berhak menilai..

    btw, comel nau la budak lala ni..geram betol tgk die..

    psstt..tenkiu mummy mention blog saya tu..:P

    ReplyDelete
  2. Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak, kalau nak puaskan hati semua, tu yang jadi ahli politik, sini belakang cerita, sana lain cerita.

    ReplyDelete
  3. Tu la, orang jahat plk mesti nampak baik.. hahaha.. saya ni sis tgk baik ke jahat ke nakal?? hahaha

    ReplyDelete
  4. Uhuk-uhuk tersedak sedak kita rupanya ada orang sebut, Bab ni cik lekit kena fikir satu je, apa saja yang kita tapi, kalau 10 orang baca maka 10 lah tafsirannya,maka lagi elok kalau kat ending setiap entri tu kita minta maaf kalau ada yang terasa,takpayah keluar modal pun...saya pun nak cuba buat macam tu. Pusat lala kemain lagi ehhhh

    ReplyDelete
  5. kadang2 jujur tue perlu..tak kan lah sepanjang masa jer kita nak sedapkan hati orang kan...lebih baik jujur dari menipu

    ReplyDelete
  6. salam abby..
    ermm tu la.
    x semua org suka ngan kita kan..
    xpe la..biarla dia..huhu...

    samela kita ye.. juka ade ape2 yg terasa hati..maaf tau..

    hai cik lala yg chomellsss...
    nk susu skit! :)

    ReplyDelete
  7. kite bukan sempurna untuk menyenangi setiap hati manusia.
    kejujuran tu memang pahit. tapi ia lebih baik berpura-pura walaupun kecil. lambat laun kepura-puraan itu lebih memedihkan ...

    ReplyDelete
  8. saya respect sebenarnya orang yang tahan dan kental bila kena kutuk atau di kritik hebat. saya harap cik Lekit terus tabah. biarlah orang nak cakap apa janji kita tak langgar undang2 sivil mahupun agama..(^___^)v

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com