SOGO SANGAT MENGERIKAN

12/09/2012 12:31:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Semalam tak plan pun tetiba sampai Sogo.Sekarang ni sales hujung tahun, maka penuh la dengan manusia. hujung2 tahun ni memang sales je la sana sini. Nasib baik la kat luar dady yang akan jadi baby sitter. Jadi takde la susah sangat nak tengok barang.

Sogo KL (Carian Google)
Macam biasa kat tingkat bawah tu memang orang macam semut jumpa gula. Nak pilih barang pun rasa tak selesa sebab dok berlanggar bontot kan. Jadi tak de mood la sangat. Terus ke tingkat atas je. Selesa la sikit tengok baju, beg bagai.. Takde la bercium bontot dengan orang sangat. Sempat jugak rembat 1 beg untuk letak barang2 lala. Yelah sejak lala lahir beg barang lala tak bertukar lagi pun. Dah setahun pun budak tu. Tukar la beg lain. Tak baby bag sangat la.. Asalkan beg tu banyak poket kiri kanan & depan.. ok. Cuma sang lekit pilih tali dia yang jenis galas di belakang. Senang sikit nak bawak turun dari tingkat 9 setiap kali nak keluar. Handbag sang lekit dah jenis galas tepi.. jadi elok la beg barang lala galas belakang pulak, kan??

Selain beg.. dua pasang baju lala & dua pasang baju mummy.. Masa nak bayar baju lala tu ada 1 couple tengah bayar baju2 baby. Yang si bini tengah pregnant. Maybe anak firts kot sebab masa nak bayar suami dia macam terkejut sikit jumlah yang perlu di bayar dengan jumlah barang yang di beli. Mungkin dia tak tahu lagi barang2 keperluan baby ni memang la tak berapa murah kot. Legging lala pun dah RM30.. baru beli dua pasang pakaian pun dah dekat seratus. Apatah lagi berpasang pasang, kan?? Itu pun brand biasa2 je. Sang Lekit semalam beli jenama Anakku & Garfield jer. Tak berapa kaya raya sangat la nak bermewah sangat. kekekeke

Lepas bayar baju lala nak cari pula kasut tapi pepaham je la mummy lala ni.Kaki kecik..kalau ada design yang berkenan size lak takde. Kalau ada size tak berkenaan pula design dia. Jadi tak berapa berjaya merembat kasut. Jadi tu je la kot hasil menuai kat sogo. Tak banyak sangat la..

Sebenarnya bukan nak cerita pasal hasil menuai kat Sogo semalam cuma tertanya tanya bila agaknya sogo tak ramai orang. Dari first time pergi sogo sampai la yang terbaru semalam.. sang lekit tak pernah lagi tengok Sogo dalam suasana yang tenang & selesa nak membeli belah. Mesti sesak dengan orang punya. Mungkin jugak la sebab selalunya sang lekit pergi Sogo time sales. Walau bukan selalu pun pergi Sogo. Bagi Sang lekit sogo takde la best sangat & rimas jugak la dengan keadaan sesak. Nasib baik lala jenis yang ok. Dia ngantuk dia tidur jer.. dia bukan kisah sangat bising ke.. panas ke.  Cuma keselesaan membeli belah tu kurang la kalau kat Sogo. Tapi bila tengok sales dia memang terjojol bijik mata & tergugat jugak iman cuma kawal agar tak over budget. Kang pergi tempat lain dah tak dapat beli lagi. Beli sikit2 takpe.. boleh beli selalu selalu, kan?? Tu dia tips membeli belah melekit.

Jadi kesimpulannya bagi sang lekit Sogo memang mengerikan dari segi harga (sebab banyak sales) (memang ngeri bagi para suami sebab poket depa bakal susut) & ngeri tengok lautan manusia yang macam jumpa emas bertaburan kat Sogo tu. hahahahahaha. Korang ada yang fobia tak nak masuk sogo??

15 comments:

  1. balik kl ni nk g sogo lah.nk g h&m.dorg kata baju baby banyk kt sana.

    ReplyDelete
  2. saya tak tahu kenapa, sejak dulu saya tak suka ke sogo. sebab barang2 di situ boleh dapat kat tempat lain apatah lagi terpaksa bersesak bila sale. yg hanginnya kaunter pembayarannya tak sesuai dengan pengunjung yg ramai. pernah saya beratur sejam semata2 nak bayar sehelai baju! lepas tu saya dah serik dan terus pilih tempat lain w/pun sogo tu dekat dengan rumah tapi sogo ni mmg glamer bagi org yg diluar KL..sebab bila dtg KL je saudara mara saya mesti sebut sogo..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Ngeri nak parking dekat SOGO ni sebab parking sangat mahal. Hehe

    ReplyDelete
  4. salam abby..
    huhuh..cma dtg sogo time xde sale..blh tak?? :p

    tp mmg ngeri bile tgk suasana sesak nauzubillah tu...berbeza g time xde sale..
    dah byr kene bratur lmbt..berlaga2 sfn org ramai,parking ssh,klu ade pun tiket mahal... huhuhuh...

    ReplyDelete
  5. NH belum berkesempatan nak ke sana, sebab NH duk johor.. haha..

    teringat NH pada kakak, dia minat barangan pasu2 dan hiasan, masa lalu kat air hitam tu tiba2 dia tertoleh kedai baru jual pasu kat situ.. tiba2 dia tepuk nh.. nh dah faham dahh..

    Tapi nasib baik kedai tu dah tutup.. dah pukul 10 malam pun.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Sogo tu kalau sale mak ai mau roboh bangunan dia. Kalau nak lenggang sikit gi hari biasa tanpa sale.

    ReplyDelete
  7. sogo tempat favorite aku. hahaha

    ReplyDelete
  8. mmg ngeri dgn jammed, susah parking n parking mahal...hehe...

    ReplyDelete
  9. dah lama x shopping kat sogo...rindu zaman stdy dulu...

    ReplyDelete
  10. suka shopping kat situ.. dr brg2 dapur.. dan baju2 ... byk kenangan kat situ... bertemu jodoh pun disitu

    ReplyDelete
  11. Setju tu sis.Smlm baru pegi lari jap time lunch..Owh sangat tak boleh pegi lg berulang kali...

    ReplyDelete
  12. Skrang dah selesa sikit sbb sogo dah sediakn bnyk bangku tuk para suami duduk2 smbil tunggu istri membeli..klu nak beli beg kat parkson maju junction mall pun bnyk pilihan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com