2012.. DAH CERAI TALAK TIGA, TABAHLAH BERTEMU TAHUN BARU!
Dah masuk tahun baru ni maka ramai la susun azam bagai.. Dah jadi macam satu budaya semua bangsa & agama.. masuk tahun baru je mesti ada azam baru. Nak berazam je mesti tunggu tahun baru.. gamaknya kalau takde tahun baru takde azam la kot. Hahahaha.. Tak kisah kalau azam tu membawa perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, bukan jadi satu isu yang nak kita besarkan atau perlekehkan, kan?? Biar la dia nak buat azam setahun sekali.. at least dia ada juga niat untuk merubah sesuatu kearah yang baik & berjaya dari orang tu jangankan nak buat.. berniat @ berazam pun langsung takde, kan?? Azam juga mungkin jadi pendorong..
Jangan tanya azam sang lekit.. daku ni kalau nak berazam apa2 takde tunggu detik 12 tengahmalam tahun baru. Bila2 jer terasa target sesuatu maka masa tu la mula menyemai azam.. kadang berjaya di tuai.. kadang hanya semai.. tak baja & tak siram maka tak subur & terkubur.. hahahahaha. Yelah.. azam tu bukan satu, macam azam ada. Jadi tak mustahil ada azam yang terperam.. ada juga berjaya di eram.
Tahun 2012 dah bercerai talak tiga dengan kita. Mati hidup semula pun kita takkan bersatu lagi dengan 2012 jadi.. apa yang terjadi di tahun 2012 jadikan sejarah bukan untuk di ungkit tapi mungkin untuk di kenang sebagai panduan meniti 2013. Dan apa yang bakal kita lewati di tahun baru 2013, tabahlah. Suka & duka yang datang adalah Ujian.. Ujian tak datang dalam bentuk duka jer.. tapi jugak dalam bentuk kenikmatan. Jadi tak kira yang bakal datang tu dalam bentuk tangis atau tawa.. kumpulkan semua tabah untuk jadi benteng diri.
2012.. bagi sang lekit banyak yang manis la kot sebab yang tak manis aku malas nak fikir & kenang. Nak2 lagi dengan kehadiran cik lala memeriahkaripapkan suasana hidup kami laki bini. Tinggalkan sejarah.. mulakan langkah. Selamat tahun baru 2013..
P/S : Segala salah silap sepanjang 2012 ni dengan rendah diri saya mohon maaf. Bagi yang pernah terasa hati dengan penulisan saya sepanjang 2012 & masih nak moncong2 sampai hari ni.. pun saya minta maaf. Terpulang pada sesiapa saja samada nak terus muncung atau sempena tahun baru ni nak kembali senyum dengan saya.
Selamat tahun baru... Moga mendapat hidayah dan keberkatan sepanjang tahun baru ini.ameen
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Sang Lekit!
ReplyDeleteepi new year! :)
ReplyDeleteHappy New YEar.. 2013 (^_~)
ReplyDeletememang dah tak dapat rujuklahkan dgn 2012.. tapi bleh minta dia tlg sampaikan salam dgn tahun 2012.. hehe
ReplyDeletesalam abby..
ReplyDeletehai lala yg memeriahkankaripapusing!
hihih..
welcome 2013~~ ceh... dah 3hb pun.. hihi...