BLOG YANG PALING TERDESAK NAK MINTA LIKE FANPAGE

1/03/2013 10:18:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Ni la pertama kali dalam hidup daku sebagai seorang blogger jumpa blog paling terdesak yang amat nak dapat like untuk fanpage FB dia. Memang tahap keterdesakkan blog & owner blog tu memang kritikal. Macam paksa jer orang like fanpage dia. Mana tidaknya kalau camtu gayanya..

Gaya macam mana.. jom nak kopek hingga ke urat saraf paling halus. Alkisahnya daku ni tertarik la dengan share kat FB tentang kisah dalam entri dia. Kisah dia ala2 Islamik la jugak. Maka dengan hati yang terbuka nak menerima hidayah ni.. daku pun clik la blog beliau itu. Bagi sang lekit biasa la kalau ada sesetengah blog yang akan keluar dulu paparan fanpage dia untuk like. Paling lama pun kena tunggu kotak tu hilang dalam 10 saat jer. Tapi blog terdesak yang macam minta semua tapak kat anggota badan ni kena tunggu sampai 3000 saat?? 3000 saat try bahagi dengan 60 saat (1minit) berapa minit korang kena tunggu sebelum boleh baca entri dia?? Tak ke 50 minit. Dekat 1 jam tu..

Dakwaan mesti di sertakan dengan bukti, kan?? Ni la bukti yang berjaya di printscreen dari blog copytampal tu.

Tak beragak langsung la kau beb!! kalau banyak pun orang like Fanpage ko tapi cara ko tu sangat2 hina di mata daku ni. Cara paksaan yang terang2 berlaku. Dah la nama blog pun copytampal.. entah2 entri pun entri cedok2 jer.. (Naluri hati ni kuat mengatakan spesis blog copypaste. Jadi tak pelik la kalau blog2 macam ni memang jenis terdesak sebab blogger2 spesis ni cuma berblog untuk popular, dapat rating tinggi & nak duit masuk berkepok2).

Nasihat sang lekit (walau nasihat ni cuma dari seorang blogger tepian parit) kurang kan la jumlah waiting tu.. sampai 50 minit, memang di luar kewarasan seorang manusia yang normal bagi aku. Kalau ko gila rating pun beragak la sikit. Jaga la air muka tu sikit.. jangan sampai orang nampak blog ko macam blog sampah yang berangan nak jadi popular. Cemuih aihhhhhhhhhh

15 comments:

  1. hehehe...saya pun menyampah kalau terjumpa bende alah ni. selalunya sy tak klik like. Saya klik je pangkah terus. Toink!!!

    ReplyDelete
  2. Haha.. tak beragak.. paling tidakpun, letak la option pangkah kalau orang tak nak like. Ni memang takda pilihan dah. Memang close je la blog macam tu.

    ReplyDelete
  3. Serius tak auka bila kluar benda ni...nak wait 1 hal...memang button close yg saya cari fuku

    ReplyDelete
  4. hahaha... giler ker hape... tak jumpe lg blog tu... tp biasenyer kalau aku jumpe blog yg ade bende tu aku skip jer... tak bleh skip aku tutup jer trus...

    ReplyDelete
  5. Bab nak wait2 nih yang malas nih... terus je carik butang pangkah.

    ReplyDelete
  6. gilak!! sampai 50 minit nak tunggu. memang konfem2 aku pangkah awal2 blog camtu. aku macam kena tunggu 300 blog yang sama perangai..

    ReplyDelete
  7. sakit je hati kalo jumpa blog camni....nak close menda alah tu x blh....last2 pangkah terus...

    ReplyDelete
  8. salam abby..
    cma pun penah rasa cam ni jgk.. tp nsb bek la 10 saat je.. ni dekat beribu saat nk tunggu tnpa option 'X' tu.... hhmmm..ntah la..

    ReplyDelete
  9. hehehe..byk blog letak benda macam ni tapi diorang ada opsyen pangkah...tapi yg ni memang nampak terdesak sangat..hehehe

    ReplyDelete
  10. pelik jugak sapela yg rajin nak klik tu ek

    kalau aku mmg x hingin

    ReplyDelete
  11. saya paling pantang jumpa blog yg kuar pop up ni..memang terus pangkah je..tak baca pun takpe blog die..rimas..

    ReplyDelete
  12. Agak menganggu pop up Facebook like ini. Kalau boleh klik tutup okay lagi tetapi kalau kena tunggu count down terus down untuk baca blog. :-)

    ReplyDelete
  13. saya terus tekan butang pangkah je :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com