JENJALAN KAT OVERSEA SEPARUH HARI JE, KAU BOLEH?

1/22/2013 03:24:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Selalu jalan2 tak planning ni dalam Malaysia jer.. Yelah, kalau planning gedebuk gedebak kang tak jadi kecewa pulak. Nak2 lagi Permaisuri yang asyik menjerukkan diri dalam rumah jer. Al maklumlah surirumahtangga.. dengar keluar je senyum lebar sampai ke sideburns gitu..

Petang sabtu aritu.. sedang asyik menyibukkan diri kat dunia maya (online) asben yang masa tu pun tengah layan online jugak tiba2 ajak pergi singapore. Takde la fikir benda tu serius.. Time tu Acu lala (adik bongsu daku) pun tengah melepak kat rumah kami ni. Tiba Acu Lala di halau balik suruh siap, bawak baju & pasport sekali.. Time tu pun tak fikir laki aku ni serius nak pergi singapore sebab dia ni memang suka berlawak jenaka hari hari.

Lepas di halau Acu balik suruh bersiap.. Di suruh pula daku cepat2 siap. Ingat nak keluar jenjalan area KL je la, sekali orang tu keluarkan beg dia lap2 habuk sikit. Sah2 jalan jauh jugak ni. Memang betul la dia nak pergi Singapore ni. Benda biasa la laki aku buat. Kalau terdetik je kat hati dia nak buat apa2.. maka dengan saat tu juga dia decide. Apa lagi siap2 la barang2 lala & mak lala. Bukan bawak banyak pun.. nak jalan sekejab je kat Singapore. Tak bermalam pun..

Kiranya lepas Maghrib kitorang (Daku, Asben, Acu & Lala) bertolak la dari sini. Sampai JB (Larkin) Dekat pukul 5 jugak sebab kitorang ada singgah R & R tido sekejab. Tapi tak boleh tido lala tetiba buat perangai.. menangis tak tau punca. Sampai Larkin Tu mandi siap2.. then ambik Bas je ke Singapore. Kat Singapore kita jenjalan naik MRT. Kali pertama jejak kaki kat Singapore rasa tak berapa nak jejak lagi la. Takde apa yang best sangat pun selain semuanya mahal & nak makan pun tak banyak choice sebab banyak yang non-halal kan?? Tambang MRT dua tiga tempat je pun kitorang pergi dah dekat RM100 (untuk 3 orang). Si budak lala masa sampai Singapore banyak tido je dalam stroller.. Yelah, letih + Ngantuk. Jadi senang sikit jenjalan. Tak payah dukung dia. Kalau dia tak tido merengek nak dukung je la bukan nak duduk dalam stroller tu. Last Destination nak pergi universal Studio tapi tak jadi.. Sebab kejar masa & nak jimat jugak la sebab next week pun ada holiday kat obersi lagi. Hahahaha.. obersi mana?? Tunggu je nanti sang lekit update. Yang tu percutian terancang la sebab dah book hotel semua.

Rasa makin kecik lak stroller lala ni. Jarang guna.

Bila fikir balik.. memang kerja gila jugak la kami anak beranak ni. Main terjah jer.. yang pergi semua pun tak pernah jejak kaki ke Singapore lagi. Tapi cool je kita jenjalan. Apa nak susah dalam bandar.. sesat ada orang boleh tanya bukan dalam hutan rimba, ye dak?? Singapore yang sang lekit kagum selain bersih.. pembangunan & bangunan dia.. Wah, tak payah compare dengan putrajaya, Singapore jauh lagi maju. Tak banyak tempat sangat kitorang sempat merewang kat sana.. sebab Acu pun nak kerja Isnin tu, dady pun kena kerja jugak jadi petang tu jugak kita bertolak balik dari Singapore ke JB. Lepas tu amik kereta pulang ke pangkal jalan. Sampai rumah pun dah pukul 1 pagi. Dengan lala buat perangai dalam kereta.. Pelik pulak sang lekit sepanjang jalan kat singapore.. dalam MRT bagai dia takde buat perangai. Mulut dia je bising dok mengomel dalam bahasa dia sambil main tak reti penat tapi bila dalam kereta je menangis semahu mahunya. Sebelum ni lala tak pernah buat perangai macam tu even jalan jauh pun. Sang Lekit perasaan dari masa berhenti tidur kat R & R mana tak lupa pulak dia mula buat perangai menangis tu. Tapi bila keluar je kereta.. sampai rumah elok je dia main. Takde tanda2 macam ada tak kena dengan dia macam masa dalam kereta. Mistik sungguh bila sang lekit fikir. Kekekekeke

Bukan budak2 ok.. mak budak. Kena juga pacak sekeping dua.. kan??

Jadi itulah percutian ke oversea paling singkat yang pernah orang buat. Tapi awak2 semua.. Jangan tiru.. Kalau nak tiru pastikan korang semua memang kental, tak mudah naik angin & boleh kawal stress. Sebab trip macam ni memang sangat2 penat, hokay!! Hahahahaha

P/S : Tetap taknak kalah tu.. obersea la jugak walau obersi yang tak jauh sangat, kan?? Hahahaha


9 comments:

  1. salam Abby..
    wah..dah jejak kaki ke Singapore uolss...
    comel mummy lala sekarg yek? hihih..

    ade bwk balik 1 singa kat cma tak..? :p

    ReplyDelete
  2. biar dekat..tetap dah sampai negara luar..

    ReplyDelete
  3. best tu... main terjah ni aku pun suka.

    rasa nak buat la sekali...

    ReplyDelete
  4. Seronok lala dpt jln2 yer. Tak pernah gi oversea lagi.

    ReplyDelete
  5. dah selamat sampai ye..
    akak plan ujung tahun ni nak balik singapore. oohhhh kampung ibu mertua ku hikhikhik..

    obersea terancang ? teng teng teng Langkawi ke ? obersea jugak kan ?? hehehhe

    ReplyDelete
  6. obersi ni luar negara jugak kak Nisah.. langkawi jawapannya salah sbb langkawi dlm M;sia. :D..

    ReplyDelete
  7. memang hebat la pergi balik singapore satu hari....R&R nie selalu keras..rasanya cik lala nampak sesuatu yg menumpang kereta kot..tue yg buat perangai bila masuk kereta...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com