HATYAI.. TAK MURAH SANGAT LAH!

2/01/2013 04:44:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bulan Januari 2013 ni bulan rewang2 jauh sikit. Jauh sikit je la.. Nak jejauh sangat tu tunggu la kaya raya esok2.. pusing2 dunia pun boleh.. ye dak?? apapun bersyukur la kan dapat jugak jenjalan dari tak dapat langsung. Last rewang punya setori pasal jenjalan Kat Singapore

Okey trip seterusnya adalah Thailand. Alah.. Thailand pun dekat Hatyai jer. Tak jauh sangat jelajah Thailand. dua tiga tempat je sempat pergi selama 3 hari 2 malam.

Di mulakan dengan gambar budak tak reti diam dalam kereta Ateh An ketika dalam perjalanan ke Hatyai

Masuk je Thailand apa yang menarik pandangan kami adalah tiang letrik tepi jalan bersama kemeriahan wayar wayarnya. Memang tak terdapat di Malaysia Uolls... hahahahaha

Bersyukur la sebab kat Malaysia kita jarang tengok keindahan macam ni. hahaha

Destinasi merayap pertama mestilah Hatyai.. Memang meriah orang meniaga tepi2 jalan.. depan hotel.. depan kedai.. dorang main belasah je la kat mana dorang suka nak menjaja. Tengok macam takde sapa pun nak kacau. Yang menariknya.. sepanjang 3 hari di hatyai.. sang lekit tak nampak pun ada pengemis/peminta sedekah kat situ. Yang banyak orang meniaga tak kira la berniaga makanan, kain baju sampai la meniaga jenis perkhidmatan tilik nasib.. jual nombor ekor bagai.

 Lee Garden Plaza. Dekat area2 hotel kitorang

Yang best kat hatyai ni pemandu dorang semua jenis cool & rilex. Kalau tengok traffic dorang memang tak systematic langsung. Main redah jer kalau kat roundboard tu. Tapi pemandu di hatyai ni jarang sangat nak tengok yang kelam kabut & laju jer.. Hon pun susah nak dengar. Mat rempit jauh sekali nak nampak. Perempuan yang bawak motor rilex jer gantung handbag kat handle motor. Kalau kat Malaysia ni.. memang berisiko jadi mangsa peragut la. Bab tu memang respect dengan warga Hatyai.. takde pengemis.. takde rempit & takde peragut jalan raya.

Sang Lekit cuma sempat merayap area hatyai (hotel yang kitorang check in central hotel ke hapa nama.. yang 1st hotel tu tak ingat lak namanya tapi dua2 pun dekat2 jer) pergi juga floating market (pasar terapung) & Samila Beach yang kononnya ada ikan duyung. Pemandu tut.. tut.. mati2 iyakan ikan duyung hidup punya nak pancing kitorang pergi sana naik tut. tut.. dia padahal kita masuk hatyai memang bawak kereta sekali. Susah sikit nak bergambar dengan duyung derhaka tu (hahahaha.. duyung derhaka sebab dia dah jadi batu maybe kena sumpah dengan mak dia macam tanggang tu). Orang ramai dok nak amik gambar.. kena tunggu turn.. alih2 malas pula nak berebut amik gambar dengan duyung tak pakai bra tu.

 Samila Beach. Betul kan duyung tu tak pakai bra. Hahahaha

Kat Samila Beach tu budak lala kusyuk layan pemuzik jalanan gesek biola. Sempat jugak dengar hubby dok borak dengan dia. Nama dia Oo.. Student U kat situ la apa nama U dia pun tak hingat. Walaupun dia student U tapi English dia teruk jugak. Dia nak cerita satu2 hal tu amik masa lama juga dia nak cari perkataan dalam english. Majoriti orang Thailand kat situ tak pandai English.. ada juga satu dua yang pandai melayu & sikit2 je yang pandai english. Susah jugak la kalau kita nak deal barang.

Bab makan.. susah sangat nak cari restoren halal. Kat area hotel kitorang duduk ada dua je restoren halal.. satu lebih kurang macam mamak style.. hamid ke hapa namanya.. satu lagi restoren kelantan tapi harga tak payah cakap. tak murah sangat. Tu bab makan.. dah tu semua yang kitorang makan termasuk kat kedai makan tepi laut jalan nak menuju ke samila beach tu. Dah la dorang tak pandai english.. tak juga reti melayu.. harga memang terjerut leher jugak. Tapi cuma boleh hidup.. tak mati je la. Sedap tu rasa boleh telan je la bila lapar.

Kalau orang kata seronok shopping kat hatyai.. sang lekit kata lagi seronok shopping kat kenanga. Tak payah jejauh nak pergi hatyai shopping sebab harga dia takde la murah mana. Lebih kurang harga kat booth orang thailand buka kat supermarket @ mana2 kat sini je. Orang Siam pun cerdik.. kalau pelancung jer, memang kena pancung jugak. Ada la satu dua yang boleh kategori murah. Alang2 pergi tu semua yang join family trip tu beli la satu dua.. bak kata ateh An (adik sang lekit).. setakat nak beli baju siam yang harga sama je macam kat tempat kita baik tak payah beli banyak2. Dah tau kualiti dia macam mana, kan?? Kalau tak betul2 murah.. bazir je. Tu bagi pendapat sang lekit yang semekin ni la.. bagi orang yang sekaya.. maybe lain pulak dia rasa. Mungkin orang2 kaya ni tak pernah belek2 baju2 murah jadi kalau pergi hatyai dia akan rasa semua barang kat situ murah berbanding sang lekit yang semekin memang selalu juga survey harga baju2 murah.. baju2 siam.. & baju2 kat kenanga tu jadi tak rasa la kat hatyai tu murah sangat cuma kat floating market tu boleh tahan jugak murah. Boleh la nak membeli.

 Floating Market bersama bihun sup siam yang rasa ala2 bihun sup segera PAMA

Sapa yang tak pernah pergi & nak pergi sana.. rata2 kat sana terima jugak Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli tapi rugi sikit la.. sebab kalau guna duit thailand (bath) harga murah sikit bayar tapi kalau bayar dalam RM.. lebih sikit la. Contoh barang harga RM8 dalam bath 80 tapi kalau guna RM kena bayar RM10. Jadi tukar bath banyak2 sikit. Kat Hatyai bagi mana2 yang ada baby memang kurang sesuai bawak stroller sebab jalan dia sempit & sesak sangat. 

Ok.. lala & the gangs dah nak check out

Ok la sang lekit pun tak tau nak cerita apa dah.. Part yang paling best kalau berjalan kemana mana pun sebab lala tak meragam langsung. Lala memang jarang nak meragam kemana pun. Dia enjoy je sepanjang perjalanan tak kira la panas terik ke.. sejuk ker.. Risau jugak la sebab hatyai panas macam kedah jugak. Takut demam pulak si lala. Alhamdulillah dia takde demam.

Trip ni di sertai oleh.. (wah skema punya ayat ni) Sang lekit, asben, lala, Acu (Adik sang lekit), Ateh An (adik jugak) & mak. Untuk next rewang2 episod tunggu la ada rezeki lebih.. Maka berewang la kami anak beranak.

P/S : tu je la boleh share sebab tak banyak tempat kitorang melawat cuma floating market tu je dua kali kitorang pergi. Entahlah.. macam best je. hahahaha

P/S : Memandangkan blog ni bukan blog worldless tapi blog photoless jadi kurang gambar la. Hahahahaha. Cukup la sekeping dua sebagai tatapan.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

14 comments:

  1. best kan sekali sekala dapat jalan-jalan lepastu beramai2 dengan family...kepuasannya lain macam walaupun poket jadik nipis lepas tu =)
    masa g langkawi tahun lepas ada plan jugak nak ke hatyai dari sana..tapi disebabkan saya demam so tak jadik..maka tak le rasa ralat sebab tak dapat pegi lepas baca review cik lekit ni

    ReplyDelete
  2. tak dapat g jalan sana...baca kat sini pun ok la

    ReplyDelete
  3. salam abby..
    amoih..intro dak tecit ni! comelss!

    merasa jgk la g oberdesea.. muahaha..
    seronoknya jalan2..
    tp x best x byk pic..

    duyung kan mmg x pakai b*a.. huahuahua :P

    ReplyDelete
  4. hr tu g haiyai gak, selamba je jual vcd lucah tepi jalan terang terangan hehehehe

    ReplyDelete
  5. best jugak kan tengok tempat orang luar..nice trip lekit n lala :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai hatnya...golok jer pernah...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Duit thai lagi tinggi lah dari rm...100 rm dapat 970.00 baht

    ReplyDelete
  8. Ahmad Yazid.. tu semua org tau tp kalau baju spoloh hinggit kat sini sana jual 100bath pun sama jer harga ye dak?? Tak payah pergi jejauh.. Walau matawang bath nampak macam rendah berbanding RM.. tp harga brg tak rendah sgt kat sana. tak tau la org kaya raya rasa murah la kot.. org semekin mcm sy tak rasa murah sgt tp ada jugak la yg murah tp x mcm org gambarkan bila gi shopping sana. konon mcm murah gila2.. walhal lbh kurang jer

    ReplyDelete
  9. cute post! :)
    new follower!
    Juliet
    www.apurplesky.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. tp mkn mkn kat sana best kan kak.harga sama je mcm malaysia.xmurah pon kan.

    ReplyDelete
  11. sila lawati saya jgk di blog jalan & makan : http://mmama2754.blogspot.com/

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com