TAYANG GAMBAR BOGEL ANAK SENDIRI

2/19/2013 11:49:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Bukan la sang lekit suka cari salah orang je manjang tapi dah memang itu jer asyik datang depan mata. Blog ni pulak jenis bukan blog cerita hal dalam kain atas katil dengan laki sendiri yer.. (paham maksudnya tak?? Maksudnya bukan semua hal peribadi & rumah tangga akan di kongsi dalam blog ni. Hal2 yang tak sulit & boleh di baca umum je akan di kongsi) jadi sang lekit gunakan konsep apa jer yang jadi di sekeliling sang lekit tu je sebagai isu yang mungkin boleh kita sama2 ambil iktibar.

Berbalik pada isu untuk entri ni pasal upload gambar anak/baby berbogel. (Maaf kalau ada pembaca blog ni pernah buat benda tersebut tapi terimalah sebagai teguran bukan penghinaan agar korang lebih positif yer). Yelah.. anak kau kan, kau punya pasal la nak buat apapun.. nak upload gambar telanjang bulat ker.. tertonggeng ker.. orang lain nak menyibuk apahal lak?? Bukanlah nak menyibuk tapi sebelum buat sesuatu fikirlah untuk jangkamasa panjang. Kesannya untuk masa depan. Mesti ada yang cebik.. apalah sangat kesan untuk masa depan tu kan?? Alah budak jer... kalau gambar tu wujud sampai dia besar pun orang tengok pun gambar telanjang masa budak bukan masa  dah remaja/dewasa.

Tu kata kata hangpa.. kata depa akan datang hangpa boleh tau ka?? Fikir2 kan lah wahai mak bapak yang cerdik pandai lagi bijak bistari.. bayangkan akan datang anak korang sorang setazah, tiba2 search2 nama dia google keluar gambar telanjang bulat dia pakat dok share pulak dengan ramai orang dengan caption Setazah Jameah berbogel (maaf sapa2 nama Jameah yer.. ini sekadar contoh takde kena mengena dengan sesapa). Nak2 pulak anak korang tu pedakwah bebas lepas tu jadi setazah selebriti pulak.. Apa lagi pakat dok jadi bahan blogger pulak. Tajuk entri dengan Capslock GAMBAR BOGEL SETAZAH JAMEAH. Memang la gambar tu gambar masa belum baligh.. baru pandai berlari.. baru reti sebut alif ba ta tapi kesannya dari isu2 yang di perbesarkan.. Tipu la kalau dia tak malu. Tipu la kalau dia tak rasa di aibkan. Macam tu jugak dengan anak lelaki..

Nak2 lagi anak tu anak seorang selebriti yang terkenal kan?? Time ni dia kecik.. tapi bukan selamanya dia dok kecik camtu. Ye Dak?? Mana tau dia ikut jejak mak bapak dia jadi selebriti terkenal jugak..  Nak2 lagi masa tu dia berhijab ala2 wardina safiyyah pulak (Wardina Safiyya pun kalau boleh taknak orang tayang gambar2 dia tak tutup aurat dulu.. bayangkan kalau ada gambar bogel dia masa kecik dalam carian google mesti dia sendiri pun tak selesa, kan??). Tetiba keluar isu pasal gambar bogel dia masa kecik yang orang jumpa masa google pasal dia.. Kita sendiri pun tak dapat nak teka apa reaksi, penerimaan & keadaan dia waktu tu. Kalau dia jenis positif, kental & tenang ok.. mungkin tak jadi kes kemurungan ke hapa ke yang lagi serius. Kalau sebaliknya.. tolong fikir yer mak bapak.

Identiti selebriti ni di rahsiakan. Sapa tahu.. maka tahu lah yer. Sebahagian dari komen2 yang menegur selebriti tersebut tapi bila tuan punya badan kata takpa budak kecik orang tengok tak berdosa & bandingkan dengan orang dewasa yang tak tutup aurat.. apa lagi nak di kata, kan?? Orang tegur tu untuk kebaikan jangkamasa panjang

Moral Of The story.. Biarpun budak tu still kecik.. tapi tolong la jaga maruah dia untuk akan datang. Jangan kita pula penyebab maruah anak kita bakal di pijak2 orang satu hari nanti. Jangan kita jadi penyebab anak kita jadi bahan ejekkan pula satu hari nanti. Hari ni mungkin semua tu kita tak rasa satu masalah besar tapi tak mustahil satu hari nanti dia bakal jadi masalah paling besar pada mereka. Siapa tahu akan datang punya kisah..

P/S : Kadang2 mak bapak ni anggap gambar bogel anak tak nampak Tutttt dorang tu ok je nak tayang2 kat 1 dunia.. tu bagi mak bapak bukan dari pihak anak bila dorang dah besar nanti, kan??


 Setuju dengan apa yang Ameno World cakap.. Kita tayang gambar anak bogel mungkin ada manusia pelik akan teransang mendedahkan kanak2 lain termasuk anak kita dalam bahaya

14 comments:

  1. entry ni dah terkena batang hidung gua... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. sy pernah shoot studi ank sy usia 3 bulan ms tu... gmbr bogel tp x nmpak la anu die tp bile dah ade isu mcm ni terasa la pulak... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. amik gambar bogel tu tak salah utk simpanan peribadi.. tp tak payah la upload bagi semua org tgk & tersimpan dlm carian google kan?? Kita2 dlm family tgk dah la yer.. Maaf kalau terasa bukan la niat nak mengata just cuma bg pandangan. Terpulang pd individu la.. kalau rasa nak buat teruskan

    ReplyDelete
  4. its ok... terasa mmg ada tp benda yg baik... kalau xde isu mcm ni mungkin ank ke 2 3 4 5 6 nnti masih lg buat benda yg sama... blajar dr pengalaman..

    ReplyDelete
  5. Mungkin bg artis tu perkara ni lucu atau seronok. Iye la...budak kecik bogel nmpk comel. Tp itu seolah dia tak terapkan rasa malu pd anak dia dr kecil lg. Bila besar nnti, anak2 bersikap...takpe..takde hal...tak kesah...dll.
    Anak bujang akk pemalu dr kecik. Ada jg snap gmbr bogel dia tp simpan je utk dia sendiri tgk bila besar...hehe

    ReplyDelete
  6. salam abby..
    huhuh..masalah negara sungguh la depa ni..
    yg baik jadikan teladan yg buruk tu sempadannnn.. :)

    ReplyDelete
  7. sape ni kak.sy ada jugak gambar bogel anak.tp utk simpanan sendiri lah.idak lah tanayng kat org

    ReplyDelete
  8. ank lelaki bleh thn lg..tp kalo ank perempuan,malu jgk..sian ble beso nnt kne ejek dek kwn2..aduiyai..

    tgk sini..http://ysmcdn.com/share/my/2604/3236149

    ReplyDelete
  9. ermmm erkkk mula2 nk komen;

    header baru tu comel,krm slm pd si kecil tu tau!

    yup kesian pd si kecil,nnt masa maknya bangga ckp "mummy ada blog..maka anak google je keluar lak foto plg hangit semasa dia kecil he3...

    ReplyDelete
  10. ade jugak eh orang macam tu huhu. mungkin org ingt 'budak kecik' je pun kan

    ReplyDelete
  11. rasanya tak perlu le walaupun anak tu masih kecil

    ReplyDelete
  12. kesian kat budak tu bla besar nanti

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com