MALAYSIA TAK ADIL SEBAB SERANG TENTERA SULU GUNA JET PEJUANG?

3/08/2013 11:25:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Adil?? Layakkah mereka soalkan tentang keadilan bila dorang menceroboh masuk ke negera orang, Menyerang hendap anggota keselamatan orang, membunuh anggota keselamatan orang dengan cara kejam & keji saat Malaysia bagi masa untuk berbincang & mereka keluar dari sabah dengan cara baik. Masa sesi slow talk dorang ambil kesempatan membuhuh 8 anggota keselamatan Malaysia, layakkah depa nak mempersoalkan keadilan??

Membunuh kalau setakat tembak.. Mungkin kita tak rasa kejam sangat sebab adat berperang senjata api kan tapi bila dapat tahu ada anggota yang di siksa dengan kejam sebelum mati. Ada yang di sembelih, di robek organ dalaman, di korek biji mata.. hati siapa tak sakit. Siapa tak marah?? Siapa tak terluka?? Siapa tak benci?? Siapa tak dendam?? Rasa kalau ada kuasa yang boleh membunuh pengganas yang buat macam tu rasa aku nak cincang lumat biar tak nampak rupa manusia lagi.. Tapi kemampuan kita terbatas untuk buat semua tu. Ada hikmahnya Allah membataskan apa yang termampu kita buat sebab kalau mereka keji.. Kita jangan jadi sekeji mereka sebab mereka di pandang hina oleh manusia lain jadi kita tak perlu jadi sehina mereka di mata manusia lain. Biar la mereka terus di pandang hina sepanjang hayat sebab mungkin itu balasan pada kekejaman mereka.

Bila baca berita harian Online yang mengatakan  Azzimudie Kiram kesal kerana Msia menggunakan jet pejuang dalam serangan tersebut (boleh rujuk artikel penuh kat SINI), rasa kalau dapat bertentang mata dengan dia nak tanya dia adil ke apa yang tentera dia buat pada anggota keselamatan Malaysia. Jangan cakap seolah2 Anggota tentera Malaysia berperang cara kotor sedangkan mereka sendiri masuk secara ceroboh, serang & bunuh anggota polis Malaysia terlebih dahulu sebelum Malaysia mengguna Jet penjuang untuk menumpaskan mereka.

Bila sang lekit tertengok sendiri (tengok hujung2 mata jer sebab tak sanggup) anggota polis yang di sembelih tentera sulu (tak sure dari mana sumber video tu), Dalam hati berdoa, moga selepas ni takde sorang pun pengganas sulu yang masuk ke sabah akan pulang dalam keadaan sihat sejahtera atau bernyawa. Manusia macam tu tak boleh di biarkan hidup, nanti dia biakkan zuriat yang keji untuk menyambung tradisi ganas mereka dalam berperang. Biarlah mereka mati & di azab dalam kubur. Itulah setimpal timpalnya hukuman bagi kekejaman mereka. 

Maaf kalau entri blog melekit dua tiga hari ni berkisah pasal pengganas sulu & isu lahad datu, sabah je sebab tu je yang sang lekit ikuti setiap hari & sedikit memberi kesan pada diri daku ni.

Setiap hari sang lekit akan berdoa semoga isu pencerobohan Lahad Datu berakhir dengan secepat mungkin & tiada lagi anggota keselamatan kita terkorban atau menjadi korban kekejaman pengganas sulu filipina ni. Selamat berjuang buat semua perwira negara. Yakin, Allah sentiasa bersama orang yang benar. Apa yang puak Sulu Filiphina tu buat dah terang2 tak mengikut landasan Islam & perjuangan mereka juga Insya Allah takkan berjaya & sia sia. Matinya mereka juga mati katak.


P/s : Semoga perwira negara yang terkorban akan mendapat tempat Istimewa disana setimpal dengan pengorbanan nyawa mereka untuk tanah air. Al Fatihah buat semua

6 comments:

  1. dorang ni masih hidup dalam kenangan masa lalu.. teringat yang 'kerajaan' dorang masih gah lagi. pastu ingat sekarang ni masih zaman kesultanan melayu melaka ke yang nak main serang2 wilayah orang lain.

    malaysia x adil? kelakar betul la soalan ni..

    ReplyDelete
  2. cepat lah aman,cpt lah kembali mcm biasa.

    ReplyDelete
  3. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Semoga kembali aman..

    ReplyDelete
  4. rasa macam kembali ke zaman sebelum merderka la..cepat2 la aman...tak sanggup la nak baca berita sedih2 macam tue

    ReplyDelete
  5. harap keadaan kt lahad datu akn kmbali aman..syg kot tmpat cntik mcm 2 tp dicemari dgn pgganas2 sulu 2... hiskk...

    ReplyDelete
  6. itulah mcm org dulu2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com