MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHU
"Kau ni meroyan apa pepagi ni dok marah2 orang??!"
Tu dia contoh ayat menggunakan perkataan meroyan.. Pernah cakap.. tulis.. taip camtu?? Mesti kebanyakkan dari kita pernah kan?? Korang dok kata meroyan sana.. meroyan sini, korang tau ke meroyan tu apa?? Ha.. tergaru nak jawab...
Di era ni perkataan meroyan berleluasa orang guna untuk tujuan menyatakan seseorang atau diri sendiri tengah merapu.. atau membebel.. marah & sebagainya. Tak mustahil ada orang yang tak tau.. nak2 lagi budak2 yang baru nak 'up' kata orang mesti dorang fikir meroyan tu menjuruskan kepada perkataan lawak yang mengambarkan seseorang tengah merepek, merapu, membebel atau marahkan seseorang, kan??
Jadi sebagai seorang akak yang mithali taknak adik2 terus terkeliru dengan pemahaman sendiri yang melihat fenomena perkataan meroyan di gunakan sebagai bahan jenaka secara meluas di alam siber mahupun realiti jadi akak nak share la jugak fakta tentang meroyan supaya korang semua tahu apa itu meroyan yang sebenar bukan seperti apa yang korang paham selama ni.
Meroyan ni sejenis penyakit yer adik2.. Penyakit kemurungan yang biasanya di alami oleh ibu2 selepas bersalin. Orang kampung biasanya panggil GILA MEROYAN. Jadi kalau dah ada perkataan gila kat depan pepaham je la macam mana gaya pesakitnya yer.. Penyakit meroyan ni takkan sembuh kalau tak di ubati, ok!. Antara tanda2 orang mengidap meroyan adalah..
-
- perasaan putus asa
- bersalah
- amat letih
- muram
- sering menangis
- sunyi
- gelisah
- terperangkap
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda. (Artikel penuh boleh baca kat SINI )
Kalau nak senang paham meroyan ni penyakit dia macam penyakit mental jugak la.. Sebab orang yang pernah ada sakit mental ni pun berisiko kena penyakit meroyan jugak tau. Sebab tu la orang tua2 dulu sangat menjaga ibu dalam pantang.. bukan dari pemakanan jer malah perasaan pun. Sokongan orang terdekat terutama suami sangat penting untuk mengelak bini depa kena meroyan. Jadi dok tambah stress orang yang baru lepas bersalin.. risiko nak kena meroyan ni amatlah besar.
Bahaya tau kena penyakit meroyan ni. Ada yang sanggup bunuh bayi sendiri. Perbuatan dorang bukan dari kehendak hati tapi dari kecelaruan fikiran dorang hadapi. Selalunya dorang tak sedar apa yang dorang buat.
Pada adik2 sekalian yang sering gunakan perkataan meroyan dalam sembang santai korang harap jelas apa sebenarnya MEROYAN tu.. jangan tau sebut jer.. Macam entri akak pasal JAKUN BATAK & SAKAI tu. ada orang yang tak tau.. JAKUN BATAK & SAKAI tu sebenarnya salah satu suku kaum orang asli. Depa ingat sekadar satu perkataan ejekkan atau gurauan yang di cipta. Sebab tu la terhasilnya entri meroyan ni. Supaya yang tak tahu dah pun tahu walaupun ramai rasanya tau pasal penyakit meroyan ni tapi tak mustahil jugak ada yang tak tau, kan??
Entri sekadar berkongsi info dengan semua hope takde yang terasa ke hapa ke..
** Penggemar Mister Potato kena tahu pasal ni >> Pasal Mister Potato <<
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
saya pernah tengok makcik jiran sebelah rumah kena penyakit ni..kesian..sampai sekarang tak sembuh2..die ada kat hospital bahagia tanjung rambutan sampai sekarang..
ReplyDeletesalam Mummy la..
ReplyDeleteyup..penyakit gila meroyan ni selalu terjadi kepada wanita lepas bersalin yg stress..
so. wanita2 yg berpntang brsalin diluar sana sila jaga emosi anda :)
Salam.. Mummy lala..
ReplyDeleteMinta2 lah kita semua dijauhkan penyakit ni kan.... Ya allah lindungilah kami dan keturunan kami serta sahabat2 kami amin...amin...
Bila ibu m3royan k3sian kat anak.
ReplyDeleteSampai dah bercucu pon tak hilang meroyan nya tu.
sebab tu la masa dlm pantang kena jaga betol2, takot jdk meroyan cm nih...huhhuhuh..
ReplyDeleteich bahaya meroyan ni kan.
ReplyDelete