BUKAN SENGAJA MENGHINA ISLAM DALAM VIDEO RAYA DENGAN ANJING
Isu video raya dengan anjing.. Yang jadi kecoh pasal video tu adalah sebab ada ANJING yang majoriti masyarakat Melayu Islam kat Malaysia ni sangat2 la sensitif sehingga anggap menyentuh anjing tu macam dosa besar yang tak boleh ampun dah. Ok.. menyentuh anjing tanpa sebab hukumnya HARAM. Menyentuh anjing dalam keadaan tertentu macam basah, terkena air liur darah najis dia wajib samak. Den faham sangat pasal tu. Dalam video tu muzik latar dia ada takbir raya sikit & lagu raya. Sebab ada ANJING & Takbir raya.. orang labelkan dia sebagai menghina Islam. Selepas tu dalam video tu ada babak si tertuduh tu basuh kaki & muka anjing di selangi dengan babak dia basuh kaki & muka dia seolah2 berwuduk jadi orang cop itu pun menghina Islam.. kononnya dia mengambil wuduk untuk anjing.
JAKIM dah mengesahkan perbuatan dalam video itu sebagai menghina ISLAM jadi den terima sebab bagi den depa lebih arif dalam isu agama tapi apa yang den tak boleh terima bila ada yang menuduh tertuduh menghasilkan video tu semata mata nak hina ISLAM. Aku terima dalam video tu ada perbuatan yang tak sepatutnya dia buat dengan anjing. Dalam Islam membolehkan kita membela anjing untuk tujuan tertentu sahaja seperti jaga kebun, jaga rumah & sebagainya. Nak info lebih lanjut google la sendiri yer. Yang tak boleh kita bela anjing untuk jadikan pets.
Dia bergaul dengan anjing yang di bawak masuk dalam rumah & di beri makan kuih tanpa alasan tertentu yang membolehkan dia buat macam tu memang la salah tapi aku percaya niat dia menghasilkan video tu bukan nak mencabar undang2 Islam apatah lagi dengan tujuan menghina Islam sebab mesej yang nak di sampaikan dalam video tu jelas. Berkongsi kegembiraan dengan haiwan tapi mungkin sebab haiwan tu bernama ANJING & ada perbuatan yang tak sepatutnya berlaku terjadi maka orang anggap dia buat semua tu dengan tujuan menghina ISLAM.
Mungkin secara dia tak sedar & tak sengaja dia seolah olah menghina Islam tapi aku tetap yakin yang perbuatan menghina Islam tu bukan motif utama dia hasilkan video tu. Dia salah seorang aktivis haiwan terbiar. Anjing2 tu anjing yang di selamatkan ketika masih kecil & di buang mungkin.
Aku tak pernah melihat anjing makhluk yang hina walau aku pun tak pernah sentuh anjing. Laki aku dulu pun selalu bagi sekor anjing ni makan. siap beli makanan khas untuk anjing tu. Anjing jalanan yang selalu lepak tempat laki aku parking kereta. Bila bagi dia makan.. dia selalu jaga kereta laki aku. Kami tidak pandang dia sebagai makhluk yang haram untuk di beri simpati & kasih sayang walau kami tak pernah menyentuh dia pun. Kami tidak membela tapi kami hanya berkongsi rezeki Allah dengan dia. Sebab mungkin rezeki yang kami dapat tu sebahagiannya adalah hak dia sebab tu Allah temukan dia dengan kami. Tapi sekarang bila badan dia dah gemuk.. kurap2 kat badan dia pun dah takde.. dia pun membawa diri mencari teman gamaknya. Takpe la.. dia pun berhak hidup bebas & membuat keputusan sendiri.
Berbalik pada story pasal video raya tu.. Biarpun video tu di sahkan JAKIM sebagai menghina Islam tapi ia berlaku secara tak sengaja & bukan motif utama beliau untuk menghina Islam. Mungkin atas dasar kasih sayang & keprihatinan dia terhadap haiwan bernama ANJING tu beliau terlupa akan garis panduan seorang Islam untuk bergaul dengan anjing. Macam orang kata cinta tu buta.. Sebab cinta la ada yang kena tangkap kat hotel budget bulan2 puasa ni kan?? Tapi Isu tu mungkin tak sensitif sangat sebab dia kena tangkap dengan manusia bukan anjing atau babi.. ye dakkkkkkkkkkkkkkkkk (paham sendiri yer)
Kita menghina, mengutuk & mengeji dia seolah2 apa yang dia buat Allah takkan ampunkan dah padahal kadang2 yang maki hamun tu bukan sensitif pasal agama sangat pun. Orang yang ada Iman tak maki hamun orang camtu.. cuba check 5 waktu dia cukup tak?? Kalau 5 waktu tak cukup.. Solat pun dia tak sensitif tapi bila bab ANJING & BABI je dia sensitif sendiri mau ingat la kan?? Spesis macam ni adalah spesis yang bila ramai orang bercakap pasal sesuatu isu dia jadi pinggan tambah yang ada racun untuk mengeruhkan keadaan. Lagi satu blog @ laman2 sosial FB/twitter yang konon sensitif tapi sebenarnya kejar rating & traffic je tulis isu2 macam tu. Ni semua spesis ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Tu pun biasa... memang wujud pun spesis macam tu. Tapi bukan semua cuma banyak je macam tu.
Apapun den doakan tertuduh itu akan di beri bimbingan sepenuhnya & di beri hidayah dari Allah untuk perubahan kearah yang lebih baik. Usaha murni dia menyelamatkan haiwan terbiar tak kira la anjing ke hapa ke den sokong cuma mungkin dia perlu tahu garis panduan untuk bergaul dengan anjing. Mungkin dia silap dengan menghasilkan video tu.. dan kalau dia nak bertaubat pun antara dia dengan Allah jer.. tapi kita2 yang pernah & sedang menfitnah dia tu sendiri mau ingat la kan...
Jadi semoga penjelasan ni yang mana dok kata den tak sensitif dengan isu agama, tak salah faham lagi. Kalau tak faham jugak, takpe la Allah faham.
p/s : Moga kes chetz @ maznah ni memberi pengajaran pada kita semua. Islam tak mengharamkan kita untuk mengasihi sesama makhluk cuma berkaitan anjing & babi ni kita perlu prihatin sebab pergaulan kita dengan mereka ada batas. Moga Chetz @ Maznah belajar sesuatu dari apa yang berlaku & kita juga kena belajar menilai perbuatan tanpa niat & dengan niat. Macam membunuh tanpa niat & membunuh dengan niat jugak la.. kedua duanya salah & ada hukuman tapi hukuman dia mungkin berbeza. Dengan niat kesalahan dia lebih besar berbanding dengan yang tanpa niat. Macam tu la jugak dengan kes video raya dengan anjing ni walau ia di sahkan ada unsur menghina Islam tapi mungkin bukan niat sebenar dia menghasilkan video ni. Salah memang tetap salah.. Dia dah terima hukuman kita pun jangan nak terus menghukum sedangkan kita pun sentiasa buat silap & mengharap peluang.
Salam Mummy Lala..
ReplyDeletesejujurnye,cma tak anggap video dia menghina islam yg mcm pasangan 'TU' buat..
tp dah jakim dah sahkan menghina..so.. lepas ni berpada2lah nk upload sebarang video..
nie bukan kes selamatkan anjing ka apa ka...pnh baca tak tentang kes budak pompuan pegang babi posing..islam xlarang tp sah2 binatang tu haram...mmg silap dia la sbb buat video tu bawak anjing seperti nak ke masjid belatarkan takbir..sbb tu pakai akal..tahu niat baik tp ikut la kesesuaian..
ReplyDeleteko paham tak entri aku tu cakap pasal apa?? ko paham ke tidak kucing hitam. Jangan hanya sebab dia buat salah sikit kita boleh tuduh dia dengan satu fitnah yang besar. Aku pun tak nafikan perbuatan dia tu salah tapi tak bermakna kita boleh tuduh dia hina Islam sedangkan jelas mesej dalam video tu bukan tujuan menghina Islam. Salah dia takde sapa nafikan cuma korang yang dok tabur fitnah dia buat video dengan tujuan menghina Islam tu betul ke?? Kalau tak faham sila baca 10 kali bagi paham maksud entri ni. lepas tu baru ko komen
ReplyDeleteSalah dia mungkin bergaul dengan anjing tanpa sebab yang di bolehkan dalam Islam.. salah orang2 yg dok fitnah dia buat video dengan tujuan menghina Islam tu macam mana pulak?? Salah dia memang terang2 orang highlight besar2.. yg hangpa tu sorok celah ketiak, tak mau ngaku nak orang terima sebagai tak salah jugak
ReplyDeleteSetuju sgt dgn entry ni dan komen ni. Hehe sy mmg rs smpati dgn chetz. Dia lakukn kslpn pttny kne bmbing bkn hntam fitnah kawkaw lg. Org mlayu mmg cmni mgkn ye?
Deletesy rasa ni semua provokasi. sebab bab-bab agama ni adalah merupakan isu sensitif.video dh lama, baru sekarang HOT. apa motif tu? lagipun jujur sy katakan apa sahaja niat si pelaku hanya ALLAH SWT sahaja yg mengetahui. siapalah kita manusia yg hina dina ni utk menghukum.
ReplyDeleteP/S-atuk saya pun ada bela anjing dok jaga kebun.kalau sy upload gamba dgn anjing tu, mesti jadi lagu ni juga. moral of the story, think twice! =)
By the way, SELAMAT HARI RAYA!
bak kata laksamana sunan (watak dalam novel karya ramlee awang murshid), biar tersilap ampun.. jangan tersilap hukum....
ReplyDeleteigtkn dia jantan rupanye tino.. hahaahah !!!
ReplyDelete