JANGAN MARAH KALAU JIRAN TULIS CERITA BURUK ANDA KAT BLOG
Tu kisah Abang Ben Ashaari tentang jiran2nya tak tak reti nak jaga kebersihan & tak reti rasa malu bila nak jemur baju2 & seluar2 kecik. Ni kisah jiran den.. bukan jiran sebelah kiri atau kanan jugak bukan jiran depan pintu tapi jiran tingkat atas. Kiranya bumbung rumah den lantai rumah dia la. Dulu ingat rumah atas takde orang & ada hantu sebab manjang dengar bunyi guli jatuh.. orang seret2 perabot tapi takde la rasa seram pun dengan bunyi2 tu sampai en husband pi siasat. Rupanya ada orang tinggal. Sebuah keluarga gitu. Bab2 bunyi tu takde masalah.. orang ada anak tengah membesar biasa la main2 campak barang ni.
Yang aku kesah ala2 mak esah ni.. Perangai jenis fikir perut dia je. Kejadiannya satu pagi sabtu yang indah iatu semalam.. Tetiba dengar bunyi air jatuh atas bumbung kat tempat mengampai baju dengan kuat. Dah macam batu jatuh atas bumbung tu. Kita pun nak tau juga apa kes.. pergi la siasat kat tempat ampai baju tu. Wah.. sudah lebih. Air yang depa simbah tu dah tempias masuk kat tempat ampai baju yang kebetulan memang ada baju. Basah jugak la... Lepas sekali dia menyimbah.. menyimbah lagi dan lagi maka menyirap jugak la darah ku ini.
Den keluar jenguk jugak ke atas dari tembok tepi rumah. Cakap jugak la.. Agak2 la nak simbah air pun ni sampai masuk dalam umah orang, basah baju orang jemur. Tetiba jenguk sorang budak kecik menjawab dengan kereknya.. Ada sampah la! Ayat tu dengar biasa tapi nada dia kau rasa macam nak lempang je budak tu. Berlagak sungguh tanpa rasa bersalah. Aku pun sound jugak la budak tu.. Ko cakap baik2 sikit. kang aku sepak (bukan terajang, sepak = lempang) kang. Mak kau mana.. suruh dia keluar aku nak cakap. Lepas tu budak tu buat tak tau je.. Den pun diam masuk rumah.. tak sampai seminit dia simbah lagi. Takpe la.. kalau esok hari kau buat lagi aku takde nak berdiskusi dari tembok sambil mendongak keatas dah.. aku pi ketuk pintu umah hang nanti. Kali pertama.. biarlah setakat tu je.
Aku ni bukanlah jenis suka bergaduh dengan jiran2 sangat pun. Selama tinggal kat sini sorang je jiran pernah kena sound dengan aku tu sebab mulut dia mengalahkan syaiton. Abis semua di jaja cerita bukan2 pasal aku padahal aku kenal pun tak orang2 kat situ. Ni kali kedua la jiran yang aku sound. Den memang jarang amik pot pasal jiran2.. kau nak bising ke memekak ke.. lantak la janji tak kacau rumahtangga aku sudah. Tapi kalau sampai dah ganggu dalam rumah kita takkan nak buat tak tau jugak. kena la jugak bersuara,
Pada jiran2 kalau orang tegur tak reti nak timbangrasa jugak jangan marah kalau kau terbaca jiran kau canang dalam blog perangai buruk kau tu. Reti2 la hormat hak & hidup orang. Duduk kat rumah bertingkat2 ni jiran2 kau bukan setakat kiri kanan & depan je.. atas bawah pun jiran jugak. ada paham??
samaaa!! dulu penah gak kena camni. nasib baik buat bumbung tempat sidai baju tu. suka hati je simbah2! eee sakit hati! ><
ReplyDeleteMemang bengkek ler kalau dpt jiran pentingkan rumah sendiri je. Kakpb dulu masa dok Kajang, gitu juga. Dia cuci simen rumah, cuci tingkap dapur dia....kesian kita yg kat bwh ni, sabar je dgn kerenah mereka. Susahkan dpt jiran yg tak fikirkan org lain?
ReplyDeletesaya pun sampai sekarang masih "berperang" dgn jiran
ReplyDeletecuma sekarang apa yang diorang buat kat kitorang dulu
happen dkt diorang pula
agaknya KARMA!
Akak berbulu dgn jiran atas bukan Melayulah, ampai baju dengan air menitis2 baju kita kat bawah dari dah nak kering terpaksa bauh balik. Tu belum lagi baju kat bawah dia cuci lantai kat atas. Bila tegur boleh dia kata tak nampak!
ReplyDeleteStress boleh gaduh dpt jiran macam ni.. selagi boleh sabar.. sabarlah.. tak boleh sabar printscreen entry ni masukkan dlm peti surat umah dia..
ReplyDeletetu lah masalahnya kan kak kalau duk umah cm ni.yg tak tahan nya tu budak kecik lah.kalau ckp tu xreti nk elok2.haih~
ReplyDeleteyang simbah air tu rasanya mak @ bapak dia jer.. sebab mak bapak budak tu memang spesis apa ntah. dulu pernah asben akak pergi umah dia just nk tanya pasal bunyi2 tu. Yelah.. kalau ada gangguan makhluk halus ni boleh la kita halau.. kalau setakat anak2 dia jer yg main takpe la tp langsung x buka pintu. cakap dr dalam rumah jer.. macam la org pergi nak serang dia. just nak tanya je. takut sgt nk tunjuk muka dah kenapa. macam penjenayah pulak..
ReplyDeletesabar jela ade jiran macam tu. Kalau I dah confirm confirm dah kean tempeleng budak tu. heheee
ReplyDeleteuih. garang juga sis ni ye. hmm..tegas
ReplyDeletesaya pun dapat jiran jahat lebih daripada tu... siap merembat barang kita lagi... dah la laki bini buat muka tak tau malu....mulut tok sah cakap la, mcm lahanat... mula2 si laki mulut kureng hajau, pastu bini pulak mulut bau longkang...
ReplyDeleteBetul 100%. Jiran saya pun macam tu, bila baik dengan dia, dia kutuk jiran lain, nampak anak jiran lain pakai volvo lama, mengata kata anak jiran tu nak berlagak tapi takde duit. Bila aku dengar jer, dia cakap macam tu, aku dah agak, dia ni jiran yang tak baik dan suka buka cerita keburukan jiran. Terus aku buat2 biasa jer dengan jiran kaki kutuk macam ni.
ReplyDeleteMalas la nak berbaik dengan jiran. Bukan dapat apa. Silap2 bini kita, dia rembat. Biasa berlaku dah sekarang.
ReplyDeleteMalas la nak berbaik dengan jiran. Bukan dapat apa. Silap2 bini kita, dia rembat. Biasa berlaku dah sekarang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete