AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM
Perkara ni memang biasa kita nampak berlaku dalam iklan2 produk kosmetik/skincare. Pengedar & pengeluar produk kosmetik memang suka jual nama KKM untuk menyakinkan pengguna bahawa produk mereka di jamin selamat padahal Kosmetik cuma ada dapat NOT KKM di mana produk tidak di analisa pun oleh KKM sebelum di beri NOTIFIKASI. Cuma pengeluar produk perlu declare je bahan bahan melalui dokumentasi. Lepas tu depa membohong la pengguna konon produk depa ada kelulusan KKM. Kelulusan hek dia! Kecuali ada bukti R&D.. Maybe boleh di percayai selamat. Tu pun bukan kelulusan dari KKM ok!
Ni untuk perhatian semua pengeluar & pengedar produk kosmetik/skincare.. Hangpa rasanya sedia maklum adalah menjadi satu kesalahan mengiklankan produk kosmetik/skincare anda mempunyai kelulusan KKM. Kalau tak tahu mai sini nak bagitau..
Contoh Iklan #1:
”Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”
Kenyataan sedemikian tidak dibenarkan untuk diiklankan atau dinyatakan pada label produk kosmetik. Semenjak 1 Januari 2008, produk kosmetik dikawal melalui prosedur notifikasi iaitu pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM bahawa produk yang dipasarkan sentiasa mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan khususnya daripada segi keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan produk yang boleh disokong oleh bukti yang mencukupi.
Huraian mengenai prosedur notifikasi tersebut membawa maksud bahawa pihak KKM tidak mengeluarkan bentuk pengendorsan atau kelulusan bagi mana-mana produk kosmetik. Walau bagaimanapun, produk kosmetik di pasaran dipantau secara berterusan dan tindakan regulatori akan dikenakan ke atas syarikat yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Selain mengiklan kenyataan dapat kelulusan KKM tu.. antara yang tak boleh di iklankan pada produk kosmetik adalah
Contoh Iklan #2:
Unsur grafik atau gambar yang mendedahkan payu dara pada label atau iklan produk kosmetik
Penggunaan imej yang menjolok mata contohnya gambar yang mendedahkan payu dara atau mempunyai grafik yang mempunyai isi tersirat yang bertentangan dengan standard moral serta akhlak masyarat Malaysia adalah dilarang sama sekali bagi produk kosmetik.
Selebihnya hangpa boleh baca sendiri di http://www.myhealth.gov.my
Moral of the story.. Semoga perkongsian yang santai ni memberi manafaat kepada semua. Kita semua adalah pengguna jadi sama sama lah kita mendedahkan kecurangan pengeluar & pengedar produk yang tidak beretika untuk kesejahteraan kita semua. Jangan terus biarkan diri anda di tipu sampai liang lahat.
Teruskan menulis. Sisipkan juga link atau rujukan yang perlu supaya fakta anda tidak dapat dimanipulasi atau diputar belit oleh orang-orang yang tidak ada integriti dan etika. Mereka memang cari peluang menjadi 'gemuk'.
ReplyDelete