MITOS TENTANG AIR MANI YANG DI SEBARKAN OLEH PENJUAL PRODUK JAMU
Satgi ada pulak yang kata.. Orang dulu dulu pun tak belajar medical. Ok je buat jamu. Hidup je sampai tua. Mati pun sebab sakit tua bukan sakit di sebabkan jamu depa buat. Jamu orang dulu2 kebanyakkan semua homemade bukan dari kilang. Tu beza jamu dulu dengan produk jamu yang dah packing cecantik. Memang 100% bahan semulajadi yang belum tercemar. Kalau nak banding jamu2 kilang atau jamu buatan orang sekarang ni.. Bukan kata semua yang campur dengan bahan tak semulajadi.. Tapi yang dok jual kat pasaran terutama online ni.. kebanyakkan tak 100% semulajadi dah.
Baru baru media sosial di gemparkan dengan pendedahan seorang wanita bila lubang vaginanya melekat selepas guna satu produk jamu yang perlu memasukkan sejenis kapsul jamu kononnya bagi merawat keputihan, membuang kotoran & mengetatkan bahagian intim untuk kepuasan hubungan suami isteri.
Tu kata yang jual produk.. Meh kita baca pulak pendapat Dr Amirul berkaitan kenyataan di atas. Betul ke Air Mani yang melekat dalam alat sulit wanita kalau tidak di keluarkan menjadi kotoran yang mungkin menjadi punca keputihan & kegatalan.. Baca screenshot je lah yer.. hehehehe
![]() |
Kalau nak baca lagi banyak pendedahan pasal Mitos Jamu ni boleh baca di Facebook Dr Amirul Amzar |
Jangan terpedaya dengan mitos yang di ciptakan pengedar produk jamu untuk melariskan jualan mereka. Merujuk la kepada orang yang selayaknya memberi pandangan berkaitan kesihatan dalaman anda. Bukan kata jamu ni tak bagus tapi kena tengok jugak produk jamu apa hangpa nak ambil.. cara pengambilan dia macam mana. Orang dulu2 rasanya tak sumbat jamu dalam vagina pun.. Elok ja badan ramping, ketat melekat. Laki setia sampai mati. hehehehe
Moral of the story.. Untuk kaum wanita. Sayangilah Vagina anda jangan jadikan vagina anda seperti ikan caru sumbat.. Nak sedap kau main sumbat je tak kaji dulu apa benda yang kau sumbat tu. Dah tersumbat baru la nak menyesal. Jadi sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna. Salam sayang dari blogger khidmat masyarakat anda.. hehehehe
haih macam- macam..akak yang ibu tunggal ni pun x de nak sebarang guna product jamu...nak pi buat pap smear setahun sekali pun takut..seriau....adik akak nak beli produk tu nak insert tapi akak tak bagi..jangan mengarut..
ReplyDelete