TERKINI! (13 OKTOBER 2017) LAGI PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN OLEH KKM MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
Saya tak salahkan KKM la.. sebab itu tanggungjawab mereka yang ingin memasarkan produk mereka kepada orang awam. KKM akan ambil tindakkan bila terdapat banyak aduan. Mana2 produk yang berdaftar dengan KKM adalah di bawah pemantauan KKM. Sekiranya terdapat aduan KKM akan melakukan siasatan & menghantar sampel ke Lab untuk di analisa. Jika di kesan mengandungi bahan terlarang Notifikasi yang pernah di beri akan di tarik balik serta merta & KKM akan mengarahkan di hentikan jualannya.
Pagi ni terbaca satu perkongsian dari Facebook Fahmi Hassan Salah seorang kakitangan Pharmacist KKM tentang produk tempatan yang jenamanya agak di kenali kantoi sebab mengandungi bahan terlarang. Produk skincare.. Biarlah Jenama2 produk tu tak appear kat blog lekatlekit yang memang tengah kontroversi ni kan tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pengguna & blogger.. Saya berkongsi jugak la disini untuk rujukan orang lain.
Benda ni melibatkan kesihatan pengguna. Jangan ingat tenyeh2 kat atas kulit muka takkan bagi effect kepada kesihatan organ dalaman manusia ok! Sebagai seorang yang pernah juga terguna skincare yang mempunyai bahan terlarang ni sebab masa tu jahil tahap nirrojim katanya. Aku dulu cukup percaya.. Local produk ni memang cukup selamat dah kalau boleh di jual secara terang terangan di pasaran berbanding produk antarabangsa ni. Dulu memang jarang pakai produk luar sebab saya lebih percaya formulasi produk mereka memang menggunakan bahan semulajadi yang di petuakan turun temurun. Masa tu memang tak pernah tahu tentang kewujudan OEM produk ni. Saya ingat setiap pengasas tu akan buat formula produk dia sendiri. Please jangan gelakkan saya ok! Saya tau sangat bodoh cara saya fikir masa tu. Banyak jenama jugak la yang saya pernah guna dulu.. Muka tak payah cakap la masa tu. Muka memang minta kaki je rupanya.. Hodoh, berjerawat, kusam bagai...
Tapi atas kesedaran sendiri.. Bertukar ke produk drugstore baru nampak rupa manusia sikit. At least tukar2 produk pun muka takde la macam dulu penuh jerawat walau masih berjerawat. Takpe semua orang pernah jadi bodoh tapi jangan selamanya di perbodohkan. Berhenti percaya dengan Fitnah konon KKM buat test kat sampel produk tiruan bagi mengelirukan pengguna bila ada produk kantoi. Padahal KKM takkan ambil sampel tepi jalan. Selalunya mereka akan ambil sampel direct dari pengeluar produk. Benda ni saya pernah merujuk sendiri dengan bahagian penguatkuasa KKM.
Sebagai pengguna, kita boleh buat pilihan samada untuk menggunakan atau tidak. Tepuk dada tanya jantung, hati, limpa, buah pinggang, usus semua.. Adakah benda tu ada jual kat farmasi sebagai ganti kalau rosak??
Untuk rujukan ;
Kenyataan Akhbar KPK 13 Oktober 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Oktober 2017
susah bila org berpaksikan duit...semua nak kaya, nak jadi jutawan...yg jadi mangsa nya pengguna :(
ReplyDeletesaya pun rasa produk drugstore lagi macam selamat berbanding produk tempatan yang saya rasa mcm cepat jer kena produce tapi kat mana dorg produce, ada buat quality test ke tak, selamat ke tak ...
ReplyDeletekadang takpaham jugak dngan pengguna, dah beribu kali cakap tak elok still jugak nak pakai ha ni nak marah ni haha
ReplyDeleteTlalu byk sgt produk kecantikn kt pasaran skrg ni..tp as a pengguna masih juga mudah terpengaruh..suka sgt kesan yg mendadak.. harap lebih byk kesedaran di war2kan kpd pengguna agar lebih bhati2..
ReplyDelete