JANGAN HALANG JERAWAT KELUAR IA SANGAT BAHAYA
Jangan kelam kelibut sangat ok.. Meh baca dulu meh apa yang saya nak sampaikan kat hangpa. Memang kita tak boleh hanya halang jerawat dari keluar tapi kita kena rawat jerawat dari bermastautin terus kat muka kita ni.
Semua orang tahu isu produk skincare yang mengandungi merkuri yang mampu memberi kesan cepat dalam merawat masalah jerawat ni. Kenapa produk yang ada merkuri ni mampu beri kesan yang cepat dalam merawat masalah jerawat? Mesti ada yang masih tak tau kan.. Hari2 dok mencang merkuri bagai nak rak tapi bila tanya kenapa merkuri boleh bagi kesan cepat pada kulit dia cuma tau jawab sebab chemical tinggi..
Sebenarnya produk kecantikkan yang mengandungi merkuri dia tak merawat jerawat tapi lebih kepada menghalang jerawat dari keluar sebab merkuri telah merosakkan lapisan kulit paling luar (lapisan epidermis) menyebabkan kulit kehilangan protien. Sebab tu kadang2 orang yang pakai produk mengandungi merkuri ni rasa perit bila terkena matahari.. kulit jadi radang & kemerah merahan. Ini di sebabkan kulit dah tak ada protien & melanin yang berfungsi melindungi kulit dari sinar matahari & UV.
Kebanyakkan produk yang mengandungi merkuri memang hanya block jerawat bukan merawat jerawat sebab tu kulit licin macam bontot bayi tanpa ruam. Ia berlaku kerana bakteria tidak dapat hidup di atas lapisan kulit yang dah rosak akibat merkuri yang hangpa dok tenyeh hari hari dari krim siang malam pagi petang hangpa tu tau dak!!
Dan sebab tu juga bila hangpa berhenti guna kulit jadi breakouts tahap nirrojim sampai rasa nak bunuh diri. Bila guna cantik bila stop jadi muka mak lampir.. erkk.. mak lampir pun takde jerawat ok! Kira muka hangpa yang breakouts sebab penggunaan produk bermekuri ni lebih ngeri la dari mak lampir hahahaha.
oo baru tahu merkuri tu block jerawat rupanya
ReplyDeleteTakutnya nk cuba sembarang produk.
ReplyDelete