AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI
AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI. Dah masuk tahun ketiga kita hidup dengan virus covid-19 ni. Yang masih covirgin (belum di jangkiti covid) Alhamdulillah la. Anda mampu bertahan dari di jangkiti. Yang mana dah masuk kategori covijan (covid janda) dengan covidud (covid duda) tu jadikan pengalaman di jangkiti tu untuk anda berhati hati dalam urusan seharian agar dapat berusaha untuk di jangkiti lagi.
Tapi melihat trend varian omicron sekarang dah ada omicron XE yang di kesan sudah berada di Thailand.. ramai yang kecundang. Setiap hari kalau kat news feed facebook ada sahaja yang update positif covid. Sangat mudah berjangkit varian baru ni. Jadi nak tak nak kita terpaksa biasakan diri hidup dengan adanya covid.
Semenjak wujudnya virus covid-19 ,yang menyerang dunia pemakaian mask dan sekarang test kit covid untuk ujian kendiri dah jadi macam satu keperluan. Maka muncul la bermacam macam jenama test kit covid di pasaran. Yang penting beli yang ada kelulusan kkm atau MDA.
Hari ni terbaca di Facebook page rasmi kkm dua jenis test kit covid di batalkan oleh MDA dan kementerian kesihatan Malaysia menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan dua jenis test kit covid ini.
Dua jenama yang di batalkan MDA itu adalah dari jenama Deepblue, INNOVAC TECHNOLOGY SDN BHD dan Wizbiotech, CONAN MEDICAL TECHNOLOGY BERHAD. Kedua dua jenama ini di kilangkan di China.
Jadi pengguna di luar sana berhati hati memilih test kit covid. Elakan yangtiada kelulusan MDA atau yang telah di batalkan atas faktor keselamatan.
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini