INI CAPRICE YANG SEBENAR,MOHON MYDIN DAPATKAN. Salam jumaat pembaca blog lekatlekit. Dah lama blog ni tak ber update cerita cerita baru tapi tiap tiap tahun tetap renew domain. Yelah.. kasih sayang terhadap blog lekatlekit ni masih belum pudar. Banyak suka duka sepanjang blog ni di tubuhkan. So, selagi mampu untuk terus di hidupkan.. Insya Allah akan ada la di carian google tu kalau korang search.
Ok kita terus ke topik tanpa membebel bebal panjang panjang. Bagi pengamal media sosial pasti tahu apa isu yang sedang hangat di perkatakan kat social media sekarang berkaitan CAP & RICE atau CAPRICE. Penafian ini bukan entri nak menganjing mana mana individu cuma nak berkongsi info dengan semua pembaca blog lekat lekit tentang CAPRICE yang mungkin anda belum tahu.
Bila sebut caprice kat Malaysia ni orang cuma terfikir tentang seorang figura tapi kalau di Thailand sebut caprice depa tak terfikir individu yang memakai cap atau suka makan nasi. Tapi ia masih berkaitan dengan nasi.
CAPRICE DI THAILAND adalah singkatan dari satu nama company Capital rice yang mengeluarkan beras berjenama CAPRICE TAU. So, kat Thailand CAP singkatan dari capital. RICE tu merujuk kepada beras yang mereka jual lah.
Jadi kesimpulannya.. Tak ada salah pun kalau kita nak sebut caprice merujuk kepada beras kan? Seban memang ada jenama beras tu. Harap pihak mydin dapatkan CAPRICE untuk di pasarkan di pasaraya Mydin. Teringin juga nak rasa nasi CAPRICE NI. Biasa beras siam ni sedap kan?
CAPRICE adalah singkatan nama bagi syarikat Capital Rice Co. LTD yang berasal dari Thailand.
Kilang Caprice ini terletak di Samut Prakhan. Area Phra Padang, belah-belah Samrong. Tak jauh dari Bangkok, jalan nak menghala ke Pattaya.
Kilang ni lama dah, dari tahun 1977. Ada ISO 9001,2000 GMP HACCP.
Moral of the story.. moga semua jelas tentang CAPRICE yer. Maka terungkailah misteri CAPRICE. Hehehe..
Terus besar gelak akak...aduhaiii..sabar jer la kan..
ReplyDelete