JUSTICE FOR ZARA QAIRINA & KAMPUNG SUNGAI BARU

JUSTICE FOR ZARA QAIRINA & KAMPUNG SUNGAI BARU. Dua isu tengah hangat sekarang ni di media sosial. Aku membaca je semua isu yang berlegar di sosial media cuma tak semua isu aku akan komen. Ada isu aku follow rapat tapi ambil pendekatan kunci jari. Ada isu aku komen juga. 

Isu Zara Qairina semua orang sedia maklum sekarang tengah berlangsung di mahkamah untuk mencari keadilan buat mangsa yang di dakwa di buli sehingga menyebabkan kematian iatu Arwah Zara Qairina. Bagi menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan aku ambil pendekatan follow tapi senyap. Kita semua nak tahu apa sebenarnya berlaku kepada Arwah Adik Zara. Nak panggil adik pun dia sebaya je anak aku.. Arwah Anakanda Zara. Kita nak keadilan untuk semua pihak. Jadi kita doakan semoga Allah membuka jalan kebenaran agar yang benar mendapat keadilan. Semoga di permudahkan proses pengadilan buat semua pihak yang terlibat. 

Isu kampung sungai baru yang sejak semalam kecoh segelintir penduduk yang masih belum berpindah di paksa berpindah semalam & operasi merobohkan rumah juga berlangsung untuk memastikan projek pembangunan di tapak tersebut dapat di jalankan. Kekecohan berlaku di lokasi. Sedih juga tengok apa yang berlaku. Jauh di sudut hati risau sebenarnya bila melihat keadaan macam ni. Terkenang negara jiran kita yang sedang berlaku rusuhan besar. Semoga rakyat malaysia masih berada di landasan kewarasan agar negara kita kekal aman & harmoni. 

Apapun sebagai ibu.. Sebagai rakyat Saya doakan apa yang sedang berlaku sekarang akan berakhir dengan perkara yang baik baik sahaja. Semoga Arwah Zara Qairina mendapat keadilan dan semoga Rohnya di tempatkan bersama orang orang beriman. 

Semoga kemelut yang sedang berlaku di kampung Sungai Baru Kuala lumpur dapat di selesaikan dengan baik. Semua pihak mendapat keadilan & hak mereka dan tidak berlaku sebarang rusuhan. Amin.. 

Comments

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini