TIKET PERCUMA DI AQUARIA KLCC SEMPENA HARI JADI

TIKET PERCUMA DI AQUARIA KLCC SEMPENA HARI JADI. Bulan ogos adalah bulan kelahiran saya & anak perempuan saya. Jadi bulan ni 2 tarikh suami kena la celebrate. Jarak tak jauh sangat. Anak saya 20.08 & saya 28.08. Kami baby ogos yer..


Ni la baby ogos
 

Jadi kami ambil peluang untuk redeem tiket percuma yang dengan melawat aquaria. Aquaria akan bagi tiket percuma setiap bulan kepada sesiapa sahaja berstatus warganegara sempena bulan kelahiran mereka. Hangpa tak payah tunggu genap tarikh hari lahir tu. Asal bulan tu bulan kelahiran hangpa pi la tebus tiket percuma hari apapun jangan habis bulan je. Memang tak dapat la. Selain Aquaria, zoo negara juga boleh tebus tiket percuma sempena bulan kelahiran. Nanti ada masa saya share yer tiket percuma zoo negara 

 





Sebab kami berempat jadi 2 tiket percuma & 2 lagi perlu bayar la. Ok la tu.. Kat situ dah jimat. Benda free.. Ambil peluang la. Lagipun tempat tempat macam tu kita takkan datang melawat selalu pun sebab biasanya sama je. Setahun sekali tu dah cukup. 

Walaupun kami pilih hari biasa bukan hari minggu tetap la ramai orang sehingga pihak aquaria terpaksa buat batch by batch. Sebab tempat tidak la besar. Dah tu dalam mall kan. Kalau semua serbu dalam satu masa aquaria pun boleh jadi tin sardin. Sardin manusia bukan ikan dah. 

.



Sebab ramai tak selesa juga nak lama lama dalam tu. Satu round je la melawat. Tempat pun bukan besar. Lepas tu keluar je la. Tak sempat sangat nak belek belek ikan kembung ada tak.. Ikan bilis ke apa. Kita baru nak tengok tetiba ada orang block.. Jadi terpaksa beralih ke station lain. 





Gambar terlalu banyak tak dapat nak share semua

Jadi kalau korang nak claim free ticket aquaria klcc boleh berkunjung pada bulan kelahiran korang yer.



Comments

  1. Bolehlah jimat bulan kelahiran sama dengan anak. Sambut birthday pun boleh sekali:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini