TIKET PERCUMA ZOO NEGARA SEMPENA HARI JADI. Mungkin ada yang tahu & masih ramai yang tak tahu bahawasanya zoo negara meraikan sambutan hari lahir hangpa dengan menghadiahkan tiket percuma kepada warganegara malaysia yang menyambut hari jadi. Jadi sepanjang bulan kelahiran hangpa boleh ja pi claim bila bila masa tiket free untuk masuk zoo negara. Selain tu free ticket ni untuk golongan berstatus oku juga. Untuk OKU anytime masuk memang percuma & free parking.
Beberapa tahun ni kami memang akan ke zoo negara setiap kali menjelang ogos sebab saya & anak saya lahir pada bulan ogos. Jadi kami dapat la claim free ticket tu. Ok la kan setahun sekali masuk zoo negara kan. Nak masuk tiap tiap bulan buat apa.. Sama jer. Tak tau la ada orang suka pergi zoo negara sampai setiap bulan wajib kesana. Kalau saya memang tak la. Setahun sekali pun rasa cukup la tu. Hahahaha..
Tapi di sebabkan free kan.. Ok la beridah sambil jalan jalan dalam zoo negara bawa anak anak. At least aktiviti sihat. Dan anak anak pun boleh belajar tentang haiwan. Masa kecil dulu pun mak & arwah ayah saya selalu juga bawa kami adik beradik ke zoo. Paling dekat waktu tu zoo taiping la sebab saya tinggal di kedah. Dulu kita tak macam anak anak kita sekarang sentiasa bawa berjalan sana sini. Kita dulu setahun sekali dapat berjalan jauh sikit tu dah seronok sangat. Kalau tak.. Setakat sebulan sekali mak dapat gaji bawa ke luar ke pekan kulim tu makan makan.. Masuk pasaraya & tengok wayang. Setahun sekali arwah ayah bawa 1 family jalan jauh sikit.
Haiwan haiwan dalam tu lebih kurang sama je la setiap tahun. Tapi bagus juga la zoo negara bagi tiket percuma pada golongan oku & sempena bulan kelahiran. Untung bagi yang ada anak anak yang lahir pada bulan yang sama. Bayangkan 1 family lahir dalam bulan yang sama atau ada status oku. Semua free termasuk parking (bagi yang ada status oku). Masuk tak payah bayar 1 sen. Cuma kalau nak masuk tempat tempat berbayar dalam zoo negara atau nak naik train tu kena la bayar.
Jadi pada warga Malaysia kalau hangpa nak claim free ticket pergi la zoo negara pada bulan kelahiran hangpa.
itulah, linda pun nak pergi nanti...dapat 2 tiket free,anak pun lahir bulan 9...dah jimat tang tu
ReplyDeleteJangan lupa claim tiket aquaria juga. Free untuk birthday
Delete