Hidup dan kemelut.. Adalah perkara biasa. Jadi tak ada apa perlu kita rasa luar biasa. Yang berbeza cuma kemelut kita lalui. Tapi semua orang akan lalui samada kemelut yang sama atau berbeza.
Ya Allah aku telah berusaha.. Selebihnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan kami. Aku dah tak mahu untuk berharap atau bertegang urat. Aku ingin mengikut sahaja alur takdir mu untuk kami. Tak ada apa untuk di kejar.. Semuanya akan pergi.
Aku tidak pernah berebut tapi aku terpaksa untuk berada dalam situasi itu kerana bukan pilihan tapi tanggungjawab. Jika perlu melepaskan hak aku demi kebahagian orang orang yang aku sayang.. Aku rela lepaskan. Kerana aku tak pernah berharap apa apa. Hidup ini bukan tentang harta tapi kita. Hidup ini bukan untuk pusaka tapi untuk bahagia. Hidup ini bukan untuk menang tapi tenang.
Insya Allah bermaksud 'Jika Allah mengkehendaki'.. Semuanya akan berlaku seperti perancangan kita atau semuanya berlaku seperti perancanga Nya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita cuma perlu berusaha untuk menyelesaikan sesuatu seperti yang di tuntut. Selebihnya doa & tawakal.
Ya Allah moga kau angkat doa doa kami. Jadikan penghinaan ni satu titik mula kami untuk mula mencipta bahagia sendiri tanpa ada manusia berpura pura lagi disisi kami yang memberi harapan kosong. Permudahkan urusan kami & luaskan rezeki kami. Bukan untuk kaya cukup untuk ada cerita gembira. Lindungi mak & adik beradik aku dari khianat, dengki & kejahatan manusia jin & syaitan.

Comments
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini