MENJADI DEWASA BUKAN PILIHAN

 Dulu waktu kecil kita tak sabar nak jadi dewasa. Apa yang kita bayangkan menjadi dewasa itu sangat seronok. Bebas, ada duit sendiri, ada pasangan hidup.. Tapi bila menjadi dewasa ternyata menjadi kanak kanak itu lebih indah dari menjadi orang dewasa. 

Menjadi dewasa bukan lagi tentang keseronokan. Tapi sarat dengan ujian & tanggungjawab. Beban kehidupan yang perlu kita hadap bukan lagi perkara yang indah. Sesungguhnya dewasa itu penuh dengan konflik. 

Sekarang aku faham kenapa michael jackson nak jadi peterpan. Sebab dia tak suka kehidupan dewasa. Kenapa dia suka berkawan dengan kanak kanak. Sebab kanak kanak lebih ikhlas. Kanak kanak tidak melihat dia sebagai king of pop tapi melihat dia sebagai michael joseph jackson yang sangat friendly & menghiburkan. Sukar untuk mencari keikhlasan dalam diri orang dewasa berbanding kanak kanak. 

Tapi menjadi dewasa bukan pilihan. Ia fitrah yang perlu setiap manusia lalui & jalani bila tiba waktunya. Betul lah dunia bukan tempat kita tinggal tapi tempat untuk kita meninggal. Dunia bukan tentang nikmat tapi tentang amanah, tanggungjawab kita sebagai hamba. Yang indah cuma ada di syurga dimana tiada lagi bebanan, kesedihan, tua.. Yang ada adalah kenikmatan tiada noktah. 

Comments