HANTU BERGAMBAR DI KUBUR
Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa.
Tak penting la dia anak cucu cicit sapa tapi yang paling penting dalam story ni adalah.. dalam panas yang lit.. lit.. (bak kata orang kedah yang bermaksud panas terik) sempat lagi satu couple yang datang dengan rombongan family tu dok berpossing manja kat dalam kawasan kubur tu. Tak tau la apa motif.. nak kata lawa sangat tanah perkuburan kat kampung sang lekit lekit tu, takde pulak. Kot2 la ada landscape cantik ker hapa ke.. takde pun.
Motif memang tak di kenalpasti.. tapi apa yang pasti agak pelik permandangan di kaca mata ni. Sang Lekit dok cari apa yang menarik kat kubur tu.. tapi sampai sudah tak jumpa. Maka sang lekit nilaikan depa tu sejenis hantu yang di gelar hantu gambar. Pantang pergi mana2 mesti kena amik gambar. Sampai ziarah kubur pun nak kena ambil gambar. Almaklum la zaman hujung jari.. nak upload & update setiap aktiviti kat facebook la katakan... kekekekekeke
ingat hantu betul
ReplyDeletehantu kepala hitam rupanya,haha
selamat hari raya kak lekit
zaman dah berubah... cuma manusia kdg2 berubah jadi pelik...
ReplyDeleteerr ingatkan hantu btl
ReplyDeletebaik laaa...hantu gambar!
ReplyDeleteAlfatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita. LLG beruntung juga boleh menziarah kubur ayah walaupun dia berada di alam lain, akak langsung tak pernah ziarah kubur ayah sekali pun tidak...sedihhh...
ReplyDeletemungkin ada yg snap pic tu utk update kat blog memasing,pastu bgtau kat semua: Hari Raya Pertama di kubur atok...WTF. Huhu
ReplyDeletemanuasia ni kdg2 pelik sungguh!
ReplyDeleteingatkan bebtul hantu tadi...
ReplyDeletedah tak sabar nak pindah rumah sewa lebar 3kaki, dalam 7 kaki la tu...
ReplyDeletebetoi2..saya pun perasan dengan situasi camni..alahai..kot ye pun dunia di hujung jari obses nak ngapdet gambo kat alam maya beragak-agak la sikit..ni smpai pergi kubur pun nak amik gambo siap posing2..tak paham betoi..(-_-")
ReplyDeleteErm.. Saya tak pernah pulak jumpa situasi macam ni.. kalau ada, SOUND je.. hehe
ReplyDeletehuhuh..kalau bukan pasangan yg halal mmg hantu sungguh la..
ReplyDeleteerrkkk
Tak kena pada tempat betul..
ReplyDeletedalam masjid pon orang suka selfie. :( haih
ReplyDelete