BILA LELAKI BERMULUT LONGKANG

3/31/2010 11:58:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Maaf  Uolls... Dalam kekalutan hidup aku ni sempat aku mencelah dengan segmen 'Mari mengumpat sambil belajar".

let's mengumpat

Dah tema pun Mengumpat & belajar kan so amik la dari sudut positif yer... Lagi cerita yang berlaku di tempat keja. Mesti korang tertanya - tanya adakah aku insan yang obses dengan keja??? Tak juga Uolls.. Keja bagi aku adalah tanggungjawab... Life aku bukan hanya keja dan di kerjakan yer...

Busy katanya...

Berbalik pada topik hangus kita hari ni.. kat opis aku tu.. ada la sorang sales advisor ni. Kalau kaum Adam kat situ nampak tak berapa la ngam ngan dia sebab mulut dia agak kebetinaan. erkkk... camna aku nak cakap. kalau cakap keperempuanan, aku pun pompuan gak.

Tapi kalau dah set2 camni.. Nak kata jantan.. tak bapa jantan.. Nak kata pompuan memang sah2 jantan.. Nak kata pondan, tak berapa pondan. So how??
 
Dia ni juga spesis tak boleh simpan rahsia sendiri apa lagi rahsia orang. Sampai cite dalam bilik pun dia nak bagitau orang. Mana hotel dia check in apa dia buat... Orang lain kalau boleh tak nak menyerlah dengan keburukkan sendiri, ni tak selak kain pelekat sendiri pastu bangga tunjuk kat orang. (Lagi perumpamaan yang takde dalam subjek kat skolah yer).

Op's terlondeh lak...

Adakah dia berasa 'Hero" di ranjang??? Atau dia rasa harus di puji??? Atau dia baru nak bersosial & rasa semua itu jadi satu kebanggaannya??? Dia je yang tahu apa tujuan dia mencanang cerita peribadi yang bermoralkan tak baik tu.

Korang Vote lak yang mana sesuai k.. a) Hero b) Zero
 
Dan satu lagi perangai dia... Kalau set2 akak bergosip dia pun join setubuh la.. Apa lagi buka skill kebetinaan yang ada dalam sekujur tubuh jantan dia tu walau dia ada la 40% naluri 'LEM" walau masih bernafsu normal. Aku kat opis cuma dengar.. Macam biasa malas nak campur kan??? Dulu dia skandal dengan someone.. bila dah clash.. Abis semua rahsia si 'tut' ni dia cerita kat orang. Pastu.. Pantang silap skit jer.. mula la dia nak buruk kn si "tut" ni.. Bukan menyebelahi si "tut" ni tapi bagi aku kalau sampai meng "aib" kan orang & bercakap soal maruah orang agak melampau la.

Tak perlu penjelasan tentang gambar di atas.. memang sesuai untuk mamat tu

 Yang paling tak tahan tu.. Kalau akak2 tu bergosip.. Dia yang baru join akan sibuk tanya.. "siapa??" Napa??" Betul ke??" Gaya ala2 mami jarum gak... Ya, Tuhan ko tu jantan. Cuba bersikap lelaki skit. Bukan kata lelaki tak bergosip tapi tapi tetap la berkonsepkan lelaki. Aku pun pelik ngan mamat ni sorang. Beriya ni cerita sal dia.. "tut".. "tet".. padahal dia tak tau belakang orang mencebik kat dia & menjadi dia tu objek umpama badut untuk di tertawakan & menjadi bahan.

Watak paling sesuai dengan ko beb!
 
Aku pun tak baik.. At Least yang buruk tu takde la aku bangga2 kan. Bukan hipokrit tapi apa untung membuka pekung di dada??? Makin hari makin menyampah lak aku dengan mulut hanjs dia tu. Kuat bergosip & suka sangat cerita personal dia kat orang. Macam hidup dia takde ruang privacy. Semua boleh di tonton "U". Kalau camtu kan.. ada baik ko datang keja berbogel.. sama la macam ko cerita semua sal ko kat orang lain. ye tak???

Tak yah susah2 ko nak iron uniform
 
Moral dari cerita ni.. Kalau korang kenal someone yang terlalu mudah cerita hal peribadi dia kat semua orang, bermakna korang jangan sesekali percaya untuk berkongsi cerita peribadi korang kat dia. Orang yang tak boleh simpan rahsia sendiri takkan boleh simpan rahsia orang lain juga. Mungkin korang rasa dia boleh di percayai sebab dia mempercayai korang dengan bercerita rahsia dia pada korang tapi sebenarnya dia memang rasa takde apa yang perlu di rahsiakan tentang diri dia & dia anggap semua benda boleh di kongsikan & takde sensitivitinya. Begitu juga dengan rahsia korang kalau korang berkongsi dengan dia. sebab orang yang takde sensitiviti ni akan rasa semua benda yang dia dengar & tahu juga takde sensitif walau bagi korang amat la privacy.


Melihat kerenah dorang semua buat aku semakin berfikir berjuta kali untuk bercerita sesuatu dengan sapa - sapa di tempat keja. So, lebih baik aku diam dari menempah bala kan??? Pada sekeping insan tu.. Bukan salah mulut ko besar walau gigi ko cantik tersusun tapi salah ko yang teramat la bodoh tahap kerbau tu. Aku rasa dia lebih arif bab agama ni.. Kalau bercakap soal agama bleh tahan gak.. so ko renung2 kan lah yer.. Nak mengustazahkan diri, aku tak berbakat. Kang orang cakap diri pun senget ada hati nak betulkan orang lak.. At least sesenget aku pun, aku mengata dalam blog tanpa meng"aib"kan sapa2 sebab tiada nama pun aku point kat sini berbanding ko.

Lu cakap gua bodoh!! Mau kena tanduk ka?? Gua kerbau educated.. Ada degree sains pertanian tau!
 
So, Uolls.. Andai korang kenal manusia seperti itu, jangan bermusuh tapi tak payah la rapat. Amat la bahaya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com