ANAK TAK MAMPU BELA IBU KUAT MAKAN

10/21/2010 11:40:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Oh.. dunia! sampai camtu skali. Ibu sanggup tak makan demi nak bagi anak - anak makan yang si anak bila dah besar.. dah bangka.. Buang ibu dengan alasan kuat makan.Si Ibu tu makan nasik sekilo beras ke 1 hari?? Or dia minta makan kat 5 star hotel tiap - tiap hari?? Apalah sangat di makan si ibu sampai sanggup di buang anak sendiri yer?? Nak kategorikan apa ni?? Zalim?? Derhaka?? Kurang Ajar?? Atau takde perikemanusian?? Kita kompilasikan semua & kita gelarkan pada anak - anak si ibu itu.

Skodeng HM Online hari ni.. Muka surat depan dengan tajuk 9 anak 'buang' ibu kuat makan  amat buat saya terharu. Sungguh trajidis cara mereka membalas jasa ibu yang membesarkan 9 beradik sehingga menjadi manusia tapi sebab terlalu manusia sangat kepala otak mereka terus jam maka jadi la mereka makhluk (yang tak di kenali spesis nya) yang tak kenal ibu sendiri dah. Takde rasa kasih & kasihan.

Spesis yang tak di kenalpasti.. macam manusia, macam haiwan..  Sebab percampuran antara haiwan & manusia mereka jadi lebih hina dari haiwan apa lagi manusia.

Dihantarnya si ibu  ke rumah penjagaan warga emas tapi di rampas hak ibu peninggalan arwah ayah. Dah besar2.. dah tua bangka.. Dah bleh keja sendiri.. dah beranak pinak.. RM700 pencen polis arwah bapak pun nak di kebas. Dah la kebas, pastu di buang la ibu kat rumah orang tua - tua. Dengan keadaan si ibu yang lumpuh, di buang anak - anak.. terpaksa menangih simpati orang lain untuk teruskan hidup.. Apa yang bertempek kat muka dorang sehingga tak rasa malu merampas hak si tua yang uzur?? Apa warna hati yang kejam itu sehingga sanggup membuang si tua yang pernah membesarkan mereka dengan susu ibu??? Paling penting antara 9 anak tu.. takde sorang pun terdetik rasa kasih & kasihan. Dimana perikemanusian?? Apakah dah lupa mereka.. siapa yang menyuap nasik - nasik ke mulut, sehingga mereka mampu menyuapkan sendiri?? Siapa yang memberi kasih sayang, sehingga mereka dewasa dengan sempurna??

Hanya kerana makan.. di buang si ibu sampai lupa tak sapa yang menyuapkan dia makan dulu.

Duhai tanggang.. Duhai Malim Kundang... Berpatah la ke pangkal jalan. Pohon ampun sebelum si ibu di jemput pulang. Inilah realiti kehidupan. Bukan 1 or 2 kes anak membuang ibubapa.. tapi dah semakin banyak. Sama - samalah kita jadikan ia sempadan dari melakukan perkara demikian pada ibubapa kita. Sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu. Mak.. Saya sayangkan Mak. Insyaallah.. Kasih sayang ini takkan mengejami Mak selagi hayat ini masih ada. U're queen in my heart.

Inilah kesudahan kisah anak derhaka?? Korang nak kena sumpah??

2 comments:

  1. isshhh....sayu hati,..jahat sungguh manusia x berhati perot ni..buang mak hnya kerana mk kuat mkn..??neraka lah tmptnye..

    ReplyDelete
  2. smga dorang insaf & bertaubat.. sebelum terlambat. Minta kita di jauhi dari melakukan perkara yg sama pd ibu bapa kita

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com