ANAK TONG SAMPAH KINI BERGELAR PELAKON
Membesar sebagai seorang cina dengan nama Leong Swee Hsin, kemudian di ambil oleh keluarga angkat & di namakan Marven Tan Kwong Hsing. 2 tahun bersama keluarga angkat amat membahagiakan namun selepas 2 tahun.. Bapak angkatnya mengalami kerugian dalam perniagaan.. sering memukul dengan berbagai cara termasuk di hentak dengan botol arak dan di curah dengan air panas yang meninggalkan parut hingga sekarang. akibat tidak tahan, dia yang pada masa itu hanya berusia 7 tahun, melarikan diri kebalai polis dan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras sehingga tahun 1994 sebelum dipindahkan ke Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu.
Namun kesyahduan tidak dapat di sembunyikan takhkala tiba cuti sekolah dan aidilfitri dimana rakan - rakannya semua di lawati kaum keluarga. Hampir berputus asa dengan dugaan yang terpaksa di hadapi. Akibat ketandusan kasih sayang seorang ibu bapa pada Usia 14 tahun dia melarikan diri dari JKM untuk menjejak keluarga kandungnya. Dengan tanpa adanya kad pengelanan diri, dia mengalami kesukaran untuk hidup di dunia luar.. sering di tipu untuk mencari sesuap nasi dan hidup merempat. Pernah bekerja sebagai pelayan hotel dan menerima gaji sebanyak RM350 sebulan dan di beri sisa makanan pelanggan sebagai mengalas perut dan adakalanya terpaksa menyelongkar tong sampah untuk meneruskan kehidupan.
Dijadikan taruhan dalam acara minum arak.. Akibat kesempitan hidup dia tidak mampu menolak kerana habuannya masa itu RM1000 yang cukup besar angkanya bagi dia. Malam krimas 2005, dia menang besar, namun terlibat dalam kemalangan semasa pulang dan mengalami cedera parah.
Mendapat hidayah semasa dalam koma, di datangi mimpi aneh. Dalam mimpinya dia melihat Kaabah dan mendengar alunan suara yang sangat merdu. Selepas diazankan, ada seorang hamba Allah datang kepada dia dan berkata, 'belum ajalmu, belajarlah menghargai hidupmu'.Sejak peristiwa itu, Dia mula mendalami Islam dan bergelar Muslim pada Mac 2006.
Daripada ‘anak tong sampah’ yang pernah dicaci dan dipandang hina, Dia bersyukur kerana kini sudah memiliki perniagaan sendiri serta diberi peluang terbabit dalam lakonan. Itulah dia yang bernama Muhammad Khairul Hafiz Abdullah.Selepas membaca kisah hidup nya yang terpapar di akhbar dan kejayaan memperoleh kad pengenalan, dia dirisik beberapa produser filem tempatan dengan menawarkan peluang untuk berlakon dalam filem pendek.
Kini beliau bukan sahaja seorang pelakon malah menjadi seorang usahawan yang mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap, otak-otak, donat, popia dan kuih tradisional Melayu. Sesungguhnya setiap kejadian di dunia ni ada hikmahnya. Terpaksa melalui kepayahan hidup dari semenjak di lahirkan tidak membuatkan jiwa kental anak muda 23 tahun ini berputus asa biar pernah hampir berputus asa. Berkat kesungguhan & usahanya.. KINI ANAK TONG SAMPAH TELAH BERJAYA.
Rujukan :(kosmo) Derita anak gelandangan
:(harian Metro) Rezeki mencurah
simpati bile mendengarnye
ReplyDeletekesian kan..
ReplyDeletetak pa lah..sekurang2nya ada jg yg memberi kasih sayang...
salam
ReplyDeletetuah badan katakan..untung sabut
Woissh
ReplyDeletemmg tragis perjalanan hidup dia...tp mmg Allah sygkan dia....
ReplyDeletemoral of the story, rezeki tu allah bagi dalam pelbagai cara.. ada yg datang bergolek, ada yang perlahan... ada yang senang, ada yang sukar diperolehi.. jadi sebagai hambaNya, jangan pernah berputus harap...
ReplyDeleteDari kesusahan yang dia lalui berbaloi apa yang dia miliki sekarang...
ReplyDeletecian diaa....sob sob...
ReplyDeleteJap,jap....
ReplyDeleteNak Tanya Pada Pemilik Blog,mana dapat my story?Anyway thanks buat anda yang menyokong saya.Add saya di fb khailynn1malaysia@gmail.com
kamu ni pemilik kisah ni ker?? bangganya sy kamu sudi jenguk blog saya. Kisah kamu ni cuma hasil pembacaan sy di akhbar online jer.. memang kisah kamu sgt menarik & sesuai untuk jd motivasi pada semua
ReplyDeletegood job abg khairul....sepatutnya kerajaan memberi anugerah terhormat pada dia sebabbeliau seorang yang amat prihatin kepada masyarakat.mana ada org kaya yang sanggup bantu orang susah. beliau turun ke kampung kami di johor dan salurkan bantuan yang tak pernah diberikan oleh adun atau pembangkang skalipun. kini dia telah bergelar usahawan,penyanyi,pelakon,penulis skrip dan dengar kata tak lama lagi akan ada empayar novelnya sendiri. syukur ke hadrat illahi kerana DIAlah munculnya wira yang masyarakat malaysia hina selama ini menyelamatkan banyak nyawa,,,,orang miskin dan lain2 lagi.Bertuahnya jika aku jadi isterinya.Klu Bermadu Pun Sanggup.hehehehe
ReplyDelete