KERANA LUKA DI SIKU.. BUAH PINGGANG JADI MANGSA

Wah keganasan rumahtangga.. op's jalan raya. Apa lagi Puan lekit ni??? Apa lagi yang nak di kupas kupis ni.. Selagi ada cerita yang sensasi di mata ku.. selagi itu aku akan mengupas, megopek & merobek tanpa belas kasihan..Uwakakakakakaka (gelak jahat tapi apsal bunyi macam sinchan gelak ni??)

Alkisahnya sorang akak ni.. menunggang motorsikal nak ke tempat kerja.. Dia mengakui kecuaiannya mengakibatkan motorsikalnya bergesel dengan satu lagi motorsikal yang di tunggang oleh seorang lelaki. Akibat rasa bersalah dia berpatah balik untuk meninjau keadaan si penunggang motorsikal bila dia sedar lelaki itu terjelopok atas jalan selepas motorsikal mereka bergesel namun niat yang murni di balas dengan sepak terajang pula walaupun lelaki itu hanya cedera di siku. Balasan cedera di siku itu di balas dengan berkemungkinan buah pinggang si akak itu rosak akibat di terajang berkali kali di pinggang, walaupun dia cuba meminta maaf. Apa punya jantan la! Dengan pompuan pun ko nak berkasar ker?? Tak puas hati settle la kat balai.. Kan benda kecil dah jadi kes besar.

Moral of the story.. Kita manusia memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kalau hanya perkara kecil maafkan je la.. Kalau tak puas hati, guna saluran yang betul jangan amik tindakkan sendiri. Bila dah jadi kes macam ni.. Hanya perlanggaran kecil tapi sebab lelaki tu dah mencederakan perempuan tu.. maybe dah jadi satu kes lain. Luka di siku cepat sembuh, rosak buah pinggang ko nak ganti?? Renung - renungkan lah yer.. Korang yang nak baca artikel ni boleh clik : Buah pinggang mungkin rosak

Comments

  1. uish, dahsyat betul
    ni la jadi bila tak dapat nak tahan sabar
    hilang pertimbangan serta merta, yg perlu guna otak dah jadi guna kepala lutut

    moral: timbang rasa, toleransi dan bawa berbincang klu ada sebarang masalah itu lebih baik

    ReplyDelete
  2. owh..lupe nak gtau..Cik ila ada tag kat blog tau! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?