Stop Child Abuse

11/24/2010 05:16:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Jeritan!!Raungan!!Kesakitan!!Penderitaan!! Tubuh kecil tidak berdaya melawan tangan - tangan sasa.. kaki - kaki perkasa.. Memukul.. Menumbuk.. Melibas dengan objek2 yang menyakitkan.. Menyepak.. Memijak... Tanpa ada belas kasihan. Tubuh kerdil itu bukan lawan mu!! Tubuh kerdil itu takkan mampu menangkis seranggan mu!! Tubuh kecil itu hanya tahu Jerit! Raung! Sakit! Takut! Derita! Trauma! Dan.. Adakalanya berakhir dengan MAUT.

Apakah di namakan manusia jika sekejam itu?? Apa ada di hati mereka yang terlalu BATU?? Membaca berita - berita di media tentang penderaan kanak - kanak, Buat aku terfikir dimana AKAL manusia itu sungguhpun bernafsu?? Hanya berwajah manusia berhati Iblis.. Kanak - kanak tidak lepas melakukan kesilapan.. kerana itulah perjalanan untuk meniti kedewasaan. Belajar dari kesilapan mengenal Betul & salah. Kita yang dewasa juga tidak lepas melakukan kesilapan.. Namun itu bukan cara mengajar. Kadang - kadang kanak - kanak itu tidak melakukan apa - apa, cuma menjadi mangsa nafsu buas seorang manusia. Yang ghairah melihat tubuh kecil kesakitan di seksa. Cukuplah trajedi demi trajedi yang terjadi..

Pada Ibu Bapa yang mendera.. Anak - anak anugerah Esa. Tidak di lahirkan untuk menjadi tempat melepas geram tapi untuk menjadi tempang menumpang di hari tua. Pada manusia bernafsu Iblis.. Menjadikan kanak - kanak untuk melepaskan nafsu, sedar la!! Kamu lebih hina dari binatang!!

Andai tubuh kecil yang di lanyak mampu melawan.. Pasti kejadian demi kejadian penderaan mampu di kurangkan tapi Tubuh kecil itu apa yang mampu. Si Dayus pula hanya berani pada kanak - kanak. Kamu tidak akan di angkat sebagai JUARA tapi akan di keji sepanjang HAYAT yang ada.

Lihatlah Dunia.. Apa yang mampu si kecil ini lakukan jika di siksa sedangkan makan pun masih perlu di suapkan??
  
Moga kejadian  seumpama ini tidak lagi berlaku. Hukuman yang setimpal aku rasa untuk pendera ini adalah hukuman MATI jika mangsa dera mengalami kecederaan yang parah hingga meninggalkan kecacatan kekal walau masih hidup sekalipun.. Apatah lagi kalau mangsa itu meninggal dunia. Sebelum di jatuhkan hukuman MATI, aku harap mereka juga di seksa.. Seperti hukuman sebat. Biar mereka rasa betapa azabnya sakit seperti mana mereka melakukan pada kanak - kanak yang menjadi mangsa

HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP KANAK - KANAK.
unicef

6 comments:

  1. dulu lya pon ada buat n3 pasal baby ni.. kesian kan.. mmg x berperikemanusiaan sungguh org y menderanya..

    ReplyDelete
  2. tu la lya.. manusia kalau hanya berwajah manusia tp bersifat syaitan camni la jadinya

    ReplyDelete
  3. hmm.. buat anak tu sedap n seronok agaknye (frankly speaking, maaf) tapi bile dah terberanak, jagalah anak tu baik2... anak tu anugerah... rahmat pembawa rezeki... sayangi anak-anak...

    ReplyDelete
  4. Entah la zaman sekarang ni.. Makin Jahil lak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com