08 December 2010

BAKAL MUMMY

Menghitung hari.. Detik demi detik..  Feeling kris dayanti kejab yer. Wah sukanya! Menghitung hari sambil mengusap - usap perut kecil yang tak lama lagi memboyot. Status akan naik lagi satu level.. Maka tanggungjawab pun bertambah level. Tapi.. Semua itu bukan bebanan... Tak sabar nak rasa si kecil pandai menendang.


Dalam perut siapakah itu?? Aku ker?? Alhamdulillah rezeki.. Tuhan memberi amanah untuk kau pelihara, didik, asuh, belai & di beri kasih sayang secukupnya. Dah berisi bukan di dalam perut  aje tapi zahir pun sama turut menambah isi - isi bagi menampung si kecil yang akan bersama - sama membesar berkongsi nafas & makan minum sebelum ia menjengah dunia. Aduhai.. Anak, tak sabar rasanya mummy ingin melihat kamu.

Hari demi hari di kira.. Tak terlupa walau sehari. Due date yang doktor jangka, Itulah di pegang agar isi rahimnya terjaga. Aduhai.. Anak! Sihat la kau sehingga menjenguk dunia. Membesarlah kau dengan sempurna untuk menjadi pembela mummy & dady.

Wei! Lekit bangun!! Mimpi ka?? Ko dok cakap pasal anak dalam perut sapa ni lekit! Perut ko anak cacing je sedang membesar bagai juara. Ni ha.. Anak kawan - kawan yang menamatkan zaman bujang di tahun 2010. Jeles Tau!! Orang lain pakat dok hitung hari nak jadi mummy yang aku takut sampai jadi mumia tak merasa nak timang baby. Oh.. Tuhan. Jangan la menduga hamba Mu sebegitu rupa. Naluri Ibu dalam diri ku ini masih ada. Berilah kesempatan daku merasa betapa bahagia ber cahayamata.

Yelah.. Bila buka FB.. yang sedang memboyot anak pertama asyik cerita pasal pengalaman pregnant jer. Best2 je dengar. Yang dah 5 bulan keatas mula cerita progress baby dalam perut. Ada menendang.. Ada berpusing. Aku melopong je baca! Bila agaknya yer??? hurmmmm..

10 Komen Melekat:

Cik Puan iLa said...

insyaallah..rezeki tu bila2 masa je boleh datang.. :)

Aishot said...

sabar la kak..
nanti ada rezeki ada la ;D

Cik Liyana said...

sabar dear, mungkin Allah belum nak bagi rezeki lagi lah tuh...mungkin esok..mungkin lusa..kita pon tak tahu kan! Cikliyana doakan bia cepat dapat baby okey!

ehemm..doakan cikliyana biar cepat2 dpt jodoh ek..

suria lekatlekit said...

cik Ila.. Tu la tu hope ada la rezekinya

Cik Gallus.. tgh sabar ni kalau tak sabar dah lama akak culik anak dorang

Cik Getah.. (sedap lak pggil Liyana cik getah) Tu la tu.. Hope Jgn lambat2 sgt.. Tgh doakan cik getah bertemu encik getah dgn segera pastu kawen pastu dpt baby..

Nurdiyana Yaccob said...

InsyaAllah ada rezeki cik lekik nanti...DeQdEq tertipu sdh....DeQdEq igtkan td cik lekik dh ada isi...nak tumpang gembira dh td

suria lekatlekit said...

kekekeke.. intro je macam tu. Biasa blogger.. menulis apa yg ada dlm fikiran. Meluah apa je rasa.. (tp lekit menggunakan konsep tidak terlalu mendedahkan hal yg terlalu peribadi dalam blog).. tp kalau betul ada.. Mesti la kita share dgn semua.. nampaknya blom dtg berita gembira camtu lg

Nurdiyana Yaccob said...

takpe2....mudah2an Allah murahkan rezeki cik lekik dan suami dgn kedatangan anak dlm hidup cik lekik...

Unknown said...

sabar yer.. nanti kalau ade mane tau sekali kembar... huhuhu... insyaallah... berusahalahhhhh!!

suria lekatlekit said...

Berkemungkinan boleh.. sebab sebelah hubby ada mak sedara & bapak sedara kembar.. ada keturunan kembar ni nasib baik dpt kembar.. Fuiyooo!! Akulah mummy terhepi

Unknown said...

ape lagi???? runtuhkan kubu yg sedia ada.. redahhh jee... jgn tahan2.... kasi hantam :P hehehe

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;