KALAU HAID KAU BOLEH ELAK KALAU AIDS??

12/24/2010 03:22:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Selepas isu plagiat bagai.. Lekit seolah - olah ketakutan kan sehingga takde langsung isu kupas kupis yang di ambil dari sumber akhbar. Takut sesangat ker?? Takde la.. Setelah mendapat penjelasan.. Aku rasa aku takde la melanggar etika berblogging kan. Aku takde buat aktiviti plagiat pun.. Then sebagai perasmian sekembalinya isu kupas kupis ni nak kupas kupis satu artikel dari harian metro

Alkisahnya seorang wanita terselamat di rogol bila pemandu teksi yang cuba menukar profesion sebagai perogol setelah ghairah melihat wanita tersebut menresignkan sementara niatnya untuk menjadi perogol pada wanita itu setelah melucutkan semua pakaian wanita tu then dia dapati wanita itu sedang di datangi bulan mengambang (Haid). Tapi bagi melepaskan geram.. Wanita itu tetap di cabul kemudian di tinggalkan di lokasi kejadian.

Kau tau lak geli bila pompuan tu haid.. Tak jadi nak rogol camna lak kalau pompuan tu ada AIDS?? Kau tau ker?? Pemandu teksi or perogol ni aku doakan mereka terogol pengidap AIDS then biar virus tu bersinggah dalam badan dorang baru ada akai. Terima kau pembalasan dari jenayah kau buat tu!

Tu la kan.. Pompuan sentiasa di ancam. Naik teksi takut kena rogol.. Naik Bas paling2 kena cabul. Nak2 lagi time bas sesak macam tin sardin. Nak naik LRT or Monorel tak semua tempat ada. Naik angin je kan bila fikir. Yang lelaki lak.. Tak boleh ada peluang sikit mula nak amik kesempatan (Tak merujuk semua lelaki yer). Apapun jenayah macam ni memang sukar di benteras.. Even hukuman berat sekalipun. Manusia sekarang mana takut undang - undang. Cuma kita je perlu banyak strategi untuk memastikan keselamatan diri. kan??

Apapun nak baca artikel sepenuhnya sila clik : Selamat dari diperkosa kerana haid

5 comments:

  1. ha..betul2... sekarang saper pun sukar dipercayai.. Kat batu pahat tu?? Iskh2... kene bunuh g...

    ReplyDelete
  2. keji betul! itulah sbbnya kenapa tuhan bagi haid pada perempuan.

    sbg penyelamat diri!

    ReplyDelete
  3. rogol.. bunuh.. dah mcm jd satu budaya lak kt Malaysia ni kan?? Ramai org berlagak spt Malaikat Maut suka2 hati nak cabut nyawa orang

    ReplyDelete
  4. gila seks tol pemandu teksi tu..

    nasib baik pompuan tu period..

    aiii...macam2 kejadian berlaku sekarang ni.

    p/s : naik lrt tulis besar2 COACH WANITA...wanita sahaja pun ada gak makhluk lelaki ni..lau budak boleh lagi terima.. ni...
    buat me geram sangat..

    ReplyDelete
  5. manusia skg makin kejam. so kena hati2. lebih baik naik teksi pakai jubah dan purdah. bila pemandu dah mula jeling2 sila berdakwah dan ingatkan dia kepada tuhan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com