KANTOI MASA ACCIDENT

12/13/2010 03:56:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Dah 2 hari tak belek online paper kan.. Kurang pengetahuan am kejab.. Hari ni dah ada kat umah amik kesempatan belek2 HM online.. skali dapat satu kies untuk di kupas kupis oleh lawyer buruk si lekat lekit. Alkisahnya..

Cik Abang bawak pompuan naik keta..Then bila si akak tau si abang accident kemain risau lak.. Then bila dia tengok pula dalam keta ada pompuan lain bersama si abang.. mengamuk la si akak. Laki yang tengah sakit, di maki hamun sampai terpaksa di tenteram kan doktor untuk di beri rawatan. Mana tak hangin si akak kalau laki kantoi dengan pompuan lain, kan?? Agaknya mesti pompuan tu dengan cik abang ada special relationship kalau tak takkan si akak nak mengamuk tak tentu pasal.

Malang memang tak berbau.. Tapi bila kantoi abis semua bau akan terbau. Kadang - kadang sejauh mana liciknya cik abang, mampu menyimpan rahsia dengan skandal.. Namun kelicikkan cik abang takkan mampu melawan kuasa Tuhan. Siapalah kita untuk menyorokkan satu perbuatan salah dari Tuhan sedangkan setiap inci perbuatan & tindakkan kita tak terlepas dari pandanganNya setiap saat. Segala yang berlaku dengan keizinanNya & ada hikmah & pengaran di sebaliknya.

Kita mungkin boleh kata si akak ni cemburu buta.. Tapi Tajuk Utama HM Online pun tulis Mengamuk suami nahas bersama kekasih (So,Memang terbukti kot laki tu akan skandal dengan pompuan yang bersama dia dalam kereta).. Tapi kita tak boleh terus berfikiran negatif pada si akak sebabnya cemburu dia maybe ada bersangkut paut dengan perangai laki dia sebelum ni. Kalau laki dia baik - baik aje tak pernah menodai kepercayaan si akak.. Mustahil si akak akan mengamuk tahap hulk macam tu, kan?? Bila kepercayaan mula pudar.. Macam - macam prasangka akan timbul. Kesannya pada si penipu.. Kena pandai2 la nak meraih kembali kepercayaan yang telah di curangi tu. Tapi berprasangka buruk sentiasa juga tak elok.. Cuma mengundang tekanan dalam perasaan pada sesuatu perkara yang tak berbukti. So, berprasangka baik itu lebih baik namun berpada - pada. Tapi dalam kes akak ni nak prasangka baik menda lagi.. Dia memang dah tau pompuan tu awek laki dia. Pada Uolls nak baca artikel ni sila clik : Maki suami kesakitan

2 comments:

  1. kak takel !!! lame x melekit ?? mane terselit ?? hehe.. mamat pun demam gak la... huuu~ batuk2 dh nie.. uhukkk2!

    ReplyDelete
  2. alahai mamat skang musim demam & batuk.. akak x ilang balik umah mentua jer.. mls nak online kat sana.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com