MANJA DI TEMUI... BAYI TERGILIS

Akhirnya...
Manja di temui di celah2 tilam yang dia dah lubangkan kuarkan segala span bagai dalam tu untuk membentuk penempatan baru. Tapi malangnya berjaya di kesan.. Oh.. Manja! Maybe dia dah bosan hidup dalam case & nak kembali ke habitat asal iatu tinggal dalam lubang.

Bagi yang tak kenal sapa  manja tu.. Dia hamster aku yang hilang semalam. Malam semalam aku jumpa dia dalam bilik.. Dia dah gigit tilam & buat lubang. Takpe la.. At Least dia tak hilang jauh dari rumah. Tu pun dah ok! Hari ni dia kembali menerima hukuman dia kurung dalam case & di kunci ketat2 & rapat2. Kalau manja dapat loloskan diri lagi.. Dia memang layak dapat award.

Tu kisah manja yang ghaib sekejab semalam... Tapi membelek harianmetro hari ni.. amat mengejutkan. Lagikan hamster ku sayang.. Tapi macam mana seekor manusia yang tak reti nak rasa sayang apatah lagi kesian pada seorang bayi yang dia sendiri kandung & lahirkan walau di luar nikah sekalipun. Bayi yang di buang dalam plastik sampah sehingga di gilis secara tidak sengaja oleh seorang kaki pancing. (clik untuk membaca artikel sepenuhnya : Bayi rupanya) Tindakkan tidak berperikemanusia ini di lakukan oleh manusia sendiri bukan haiwan. Kalau dah taknak.. kenapa di bela hingga 9 bulan dalam perut kemudian membunuh pulak. Kenapa tidak di buang dari awal kandungan lagi?? Itu lebih baik dari menyiksa satu nyawa sebelum ajal. Bukan menyokong tindakkan pengguguran haram tapi jika di lihat.. Itu lebih baik dari membuang bayi tidak berdosa di tempat2 yang memilukan.


walau kedua - duanya tetap berdosa.. Tapi ia lebih menyedihkan jika yang di buang bagai sampah itu seorang bayi dari seketul darah yang belum membentuk apa2 sifat. Jika dari awal kehadirannya tidak di inginkan.. adalah lebih baik jangan melahirkannya. Terbayang aku bagaimana keadaan bayi itu sebelum ajal.. Tangisan.. lapar.. dahaga.. sejuk.. panas.. di gigit serangga..  Tak sanggup aku nak membayangkan lama - lama. Apalah daya kalau dia hanya seorang bayi. Entah macam mana rupa sekeping hati insan itu sehingga sanggup membuang zuriatnya macam sampah. Mungkin hatinya juga seperti SAMPAH!

Comments

  1. Sib baik manja ok....
    sadisnya tgk baby tu...

    ReplyDelete
  2. apa prngai mnusia zmn skg ni,mkin tak berhati perut..pndai buat,tak pndi tnggung..cian baby yg tak tau apa2.. inalillah,btw syukur manja selamt,heeee

    ReplyDelete
  3. Orang yang membuang bayi ni raraf dia lagi rendah dari haiwan..kerana haiwan sayangkan anaknya...

    ReplyDelete
  4. teringat hamster saya yang terlepas dulu n terjumpa bawah katil mak saya...itu pun lepas dia gigit kaki mak saya..baru tau dia kat bawah katil,..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?