MATI DUA KALI CUMA KESILAPAN MANUSIA

Kepakaran manusia takkan mampu menandingi kepakaran pencipta  (Allah). Sesungguhnya takde manusia yang hidup & mati 2 kali cuma sering di kaitkan dengan bagai mati hidup semula bila manusia itu menerima musibah yang besar hingga dia terfikir takkan berpeluang lagi hidup waktu tu tapi dengan kuasa Allah maka dia masih di beri kesempatan untuk hidup.

Ok.. terbang dengan belon panas jauh sikit ke Brazil yer tentang seorang wanita tua yang di sahkan mati kemudian tiba - tiba hidup semula ketika dalam keranda kemudian mati selepas dua hari. Ini membuktikan manusia sering membuat kesilapan.. sebabnya maybe warga emas itu cuma koma then ada kesilapan teknikal kat mana - mana maybe dia di sahkan mati. Tup.. tup dah siap keranda bagai, bangun pula si tua ni then mati balik selepas 2 hari.

Tuhan takkan pernah membuat kesilapan.. Setiap manusia yang hidup sudah di tulis hari kematiannya. Bila tiba masanya takkan lewat atau cepat walau sesaat. Kita manusia walau bergelar pakar sekalipun ingatlah kepakaran kita tidak mampu menandingi Pencipta. Jangan angkuh dengan kelebihan yang di beri kerana apa juga yang kita miliki hari ini adalah pinjaman dari Nya.

Rujukan (Harian Metro) : Wanita tua mati kali kedua

Comments

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?