RINDUKAH KAMU PADA AKU DISINI??

12/17/2010 12:11:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Rasa macam semalam aku bersemangat try baju skolah, kasut, stokin beg bagai.. Tak lena tidur sepanjang malam menanti hari esok.. Masuk darjah satu. Tup - tup hari ni dah bangka. Oh Cikgu Ramlah.. Masih panjangkah umur kamu. Cikgu kelas 1 Merah (Kelas aku la tu). Tetiba teringat cikgu pertama aku.. Cikgu Rohana Tadika Kemas. Entah kenapa aku tiba - tiba ingat semua ni.

Rasa macam baru kejab tadi.. Aku mula pandai jatuh hati.. sedar tak sedar aku sekarang seorang Isteri. Rasa macam baru semalam aku mula pandai lepak - lepak shopping complex.. Melalak kat karaoke walau bawah umur.. Hari ni aku dah tak perlu takut masuk karaoke sebab aku bukan underage lagi. Cepatnya masa berlalu..

Rindu pada 4k3 smkl... Tu kelas aku masa tingkatan 4. Aku memang minat sastera so aku pilih kelas sastera la.. 4 = ting 4 k=kesusteraan 3= kelas ketiga selepas kelas sains & acc. tetiba teringat cikgu Zarina.. Cikgu kauseling aku masa sekolah menengah. Nak buat camna budak nakal memang tak terlepas dari bilik kaunseling. Tapi cikgu Zarina paling best berbanding cikgu - cikgu kaunseling yang lain. Ada cikgu kaunseling macam tak layak jer jadi kaunselor.. Siap sindir2 lagi kalau kita cerita something. Then siap buat pertikaian bila kita cerita kita ada masalah. Konon masalah yang di reka - reka. Up 2 U la cikgu...

Cikgu Oh Cikgu... Aku masih merindui kamu. Yang aku sayang.. yang aku suka.. yang pernah aku benci.. yang pernah aku gelar macam - macam.. yang pernah aku ketawakan keskemaannya.. Semua aku rindu. Sekolah ku nan tercantik dimata ku.. Tembok - tembok yang pernah aku panjat. Padang yang pernah aku kena round sebab lewat or tak buat homework.. Tangga2 yang pernah aku daki nak kelas.. kantin tempat aku melantak.. makcik kantin yang cukup kenal dengan aku. Tolong bawa aku ke memori itu. Aku sangat - sangat rindu.

Namun.. hanya membawa aku bersama semua adalah memori. Bukan lagi realiti. Jauh dah ku tinggalkan semua.. hanya bekas - bekas tapak yang tak ternampak sahaja kesan peninggalan aku disana. Sungguh!! Aku rindu semua. Siti Aku minta maaf.. persahabatan yang terjalin sejak kecil berakhir juga walau tanpa kata putus. Namun haluan kita telah berbeza. Sudah berapa lama kita tak jumpa, kan?? Dah hampir 2 tahun rasanya terputus khabar. Tentu kau tahu kan siti, aku dah kahwen?? Pasti berita mulut ke mulut sampai juga ke telinga kau.

SALAM RINDU BUAT SEMUA YANG DI RINDUI. RINDUKAH KAMU PADA AKU DISINI??

1 comment:

  1. yerpp btol tu..
    sy pn merindui zmn persekolahan.. yg byk meninggalkan beribu ribu memori dan kenangan.. yg tak dpt dlupakn..
    nice entry.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com