RINDUKAH KAMU PADA AKU DISINI??
Rasa macam baru kejab tadi.. Aku mula pandai jatuh hati.. sedar tak sedar aku sekarang seorang Isteri. Rasa macam baru semalam aku mula pandai lepak - lepak shopping complex.. Melalak kat karaoke walau bawah umur.. Hari ni aku dah tak perlu takut masuk karaoke sebab aku bukan underage lagi. Cepatnya masa berlalu..
Cikgu Oh Cikgu... Aku masih merindui kamu. Yang aku sayang.. yang aku suka.. yang pernah aku benci.. yang pernah aku gelar macam - macam.. yang pernah aku ketawakan keskemaannya.. Semua aku rindu. Sekolah ku nan tercantik dimata ku.. Tembok - tembok yang pernah aku panjat. Padang yang pernah aku kena round sebab lewat or tak buat homework.. Tangga2 yang pernah aku daki nak kelas.. kantin tempat aku melantak.. makcik kantin yang cukup kenal dengan aku. Tolong bawa aku ke memori itu. Aku sangat - sangat rindu.
Namun.. hanya membawa aku bersama semua adalah memori. Bukan lagi realiti. Jauh dah ku tinggalkan semua.. hanya bekas - bekas tapak yang tak ternampak sahaja kesan peninggalan aku disana. Sungguh!! Aku rindu semua. Siti Aku minta maaf.. persahabatan yang terjalin sejak kecil berakhir juga walau tanpa kata putus. Namun haluan kita telah berbeza. Sudah berapa lama kita tak jumpa, kan?? Dah hampir 2 tahun rasanya terputus khabar. Tentu kau tahu kan siti, aku dah kahwen?? Pasti berita mulut ke mulut sampai juga ke telinga kau.
SALAM RINDU BUAT SEMUA YANG DI RINDUI. RINDUKAH KAMU PADA AKU DISINI??
yerpp btol tu..
ReplyDeletesy pn merindui zmn persekolahan.. yg byk meninggalkan beribu ribu memori dan kenangan.. yg tak dpt dlupakn..
nice entry.. :)