ADA MOOD BERBLOGGING TAPI TAKDE IDEA NAK TULIS ENTRI. LEKIT ADA TIPS
Yang penting mood kena ada. Sebab mood menguasi tindakkan kita. Kalau takde mood buat apa pun tak menjadi. Kalau lekit ada mood nak berblogging tapi tetiba blank. Takde idea lak nak update entri. Nak cerita apa pun tak tau. Totaly 0 la time ni. 1st lekit akan buat..
Blogwalking
Blogwalking yang di maksudkan bukan la sekadar clik blog orang then tinggalkan pesanan kat shoutbox pastu blah. Itu tidak menjana sebarang idea. Lekit akan baca entri - entri kat blog orang. Maybe ada entri yang menarik untuk lekit buat kesinambungan melalui pandangan & pendapat peribadi. Jangan la copy paste bulat2 lak entri orang. Kurang manis.. Dari Isu yang di bangkitkan cuba buat kupasan dari sudut pandangan sendiri pula. Macam entri aku tentang seorang gadis berketurunan orang asli tu. Amaran keras.. Kalau korang tak setuju pun dengan pendapat empunya isu tu pastikan pandangan peribadi korang tidak menyakiti hati pembaca. Kalau nak menyindir atau menegur biarlah secara halus & telus supaya takde mana2 hati yang terluka. Untuk mengelakkan sebarang pergaduhan jer.
Baca comment
Dari comment yang ringkas juga kadang - kadang boleh menyebabkan satu kisah. Maybe dari comment kat blog orang lain atau blog sendiri. Contoh dulu Aku pernah buat satu entri pasal berprasangka baik & buruk. Satu comment datang yang berpendapat berprasangka baik itu lebih baik. Dari comment tu makan tercetuslah satu lagi entri yang menyentuh pasal kebaikkan & keburukkan berprasangka baik ni. Kan dah jadi satu entri yang ada pengisiannya di situ
Bukan setakat blog jer di baca
Pembaca tidak tertakluk pada blog even kita seorang blogger. Rajinkan la membaca.. Tak semestinya isu yang hot dan kontroversi jer menarik di kupas kupis.. Macam Aku. Walau aku banyak mengambil rujukan dari akhbar online tapi tidak tertakluk pada berita tajuk utama. Sebab tajuk utama selalunya mendapat liputan luas. Cuba selak - selak ruangan dunia/global pula. Kupasan yang menarik akan menjadikan berita yang tidak sensasi jadi menarik. Cuma perlu kreatif jer
Kalau blur sangat.. Semua tips kat atas tak menjadi cuba cari dalam memori
Maksudnya sesi mengimbau kenangan lalu. Cari la peristiwa2 yang menarik dalam hidup korang tak kira yang suka atau sedih untuk korang ungkitkan semula kat blog. Maybe boleh menjadi pengajaran buat orang lain atau sekadar berhibur.
Sebenarnya kunci utama untuk menjana idea untuk mengarang atau menulis adalah pembacaan & sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Sesuatu takkan datang hanya bergoyang bontot.. erkk.. bontot lak.. goyang kaki. Kena usaha skit. Apapun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan putus asa.. terus cuba & usaha. Sekadar berkongsi apa yang aku tahu bukan berlagak pandai atau otai. Selamat mencuba.
tips yang ke-3 tu selalu DeQDEq baca kat blog melekit nih...cik lekit selalu je dpt kupas kan isu atau berita yang bkn do cover page...dah tu cara kupasan memang menarik sangat...
ReplyDeleteDeQdEq suka sangat cara cik lekit mengulas atau megupas sesuatu isu...mmg rujukan DeQdEq la blog melekit ni
saya suka buat yg last tu. cerita pasal pgalaman..hehe^^
ReplyDeletemenarik tips cik lekit ni kan.
ReplyDeletei will try. :)
menarik tips cik lekit ni kan.
ReplyDeletei will try. :)
semua tips ni memang saye apply dari mula2 berbloging dulu..^_^
ReplyDeletetips yg bagus.. tenkiu cikgu :)
ReplyDeletehmm.. lebih kurang sama kan pemikiran kita.. haish~ btw, nice entry.. ^^
ReplyDeletekalau semua pon tak ada idea macam mane? hmmm.. kne pkir idea yang seterusnye lekit :P
ReplyDeletekalau semua tips tu tak jalan sebenarnya kamu perlukan rehat dulu sbb maybe ada something yg ganggu pemikiran kamu. Biar fresh dulu.. then baru fikir nak update entri
ReplyDelete