ATUK GUNA MOTOR HONDA 70CC TAPI KENA SAMAN MOTOR 500CC
Mesti la terkejut beruk Atuk kita ni.. Hari - hari dok tunggang honda 70cc dia jer tup tup datang saman yang 500cc.. Cucu dia modified honda 70cc dia ke 500cc ker?? Tak logik, kan?? Apa yang lebih tak logik Saman melebihi had laju yang di terima di lebuhraya Kuala lumpur - Seremban 30 Julai lepas tapi Atuk ni cakap dia dah lama tak ke kolompo. Macam mana lak saman tu boleh melibatkan nama dia??
Takut di senaraikan hitamkan kalau tak bayar saman sebelum 28 febuari ni anak Atuk ni pun mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu.
Moga pihak yang berwajib dapat la settlekan masalah Atuk ni. Nak - nak lagi Atuk kita ni cuma petani jer.. Dari bayar saman baik dia belanja cucu makan kan?? Lagipun bukan salah dia.
Rujukan (Kosmo) : Terkejut terima saman menunggang laju
alalala sian atuk..
ReplyDeletemeh sini meh...